Saturday, May 2, 2009

beritahu pada muslimah itu...


Beritahu pada muslimah itu...
Dirinya ibarat kaca...
Disentuh terguris.....
Dihantuk serpih...
Dihempap berkecai....


Beritahu pada muslimah itu.....
Jaga tutur kata........
Cakap tinggi nanti dibenci........
Terlalu rendah dipijak pula...........
Cakap sombong mengundang lawan.......
Hati-hati meluah kata..........
Kerana pulut santan binasa...
kerana mulut badan binasa....


Beritahu pada muslimah itu.....
Jaga tingkah laku.......
Harga diri letaknya di situ.......
Jangan meluru ikut telunjuk nafsu.....
Sesekali tersilap langkah..
Akan dihukum selamanya..
Keturunan dicerca payah..
Menyesal kemudian bukan faedah...


Beritahu pada muslimah itu...
Jaga pakaian......
Ia cermin peribadi..
Juga lambang bangsa..
Di mana dan dalam keadaan macam manapun...
Biar orang kenal...
Dia orang ISLAM.


Beritahu pada muslimah itu...
Simpan secebis malu..
Kerana malu itu...
Sebahagian daripada iman...

1 comment:

admin2 said...

astaghfirullah....jzkk dearie...

a good reminder indeed