Thursday, May 28, 2009

Tuesday, May 26, 2009

exam mode~

bismillahirrahmanirrahim.....
alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah...
hanya dengan rahmat dan kurnia juga cintaNya masih lagi aku bernafas di muka bumi ini..

alhamdulillah....selesai sudah zachot utk 5 sbjects. tinggal lagi satu utk diusahakan, pathology, sabtu nih. dan kemudian, insyaALLAH andai dipnjangkn umur olehNya, akan aku berjuang bersama- sama sahabat yg laen utk final physiology(4 Jun) dan biochemistry(8 Jun)...

bile terfikir dan dalam merancang jadual stad, hatiku berdebar- debar. khuatir andai tak lepas(failed). mengenangkn physiology yg tidak penah colloq(test). macam2 perkara negative terbayang di kepala ini. terfikirkan waktu kene repeat utk final bioorganic chemistry tyme 1st year dulu, makin watkan aku berdebar- debar..

namun, terus aku teringat kembali...dan bertanya pada diri sendiri...

"utk apa aku study?"
"utk apa aku amik medic yg susah nih?"
adakah ALLAH mengira dan menilai hambaNYA melalui result exam nih?


lantas aku terpike, 'ALLAH kan tak nilai hambaNya melalui result exam'...usaha jela yg termampu. usaha sekuat mungkin namun jangan sampai melupakan ALLAH dalam kita berusaha. sepatutnya, semakin dekat kita dengan hari peperiksaan, semakin dekat juga kita dengan diriNya. semakin kuat kita beribadah dan memohon ampun padaNya. biarla andai telah ditakdirkn utk kita kene repeat, itu adalah UJIAN ALLAH. dan jangan kita lupe, seandainya kita berjaya juga, itu juga merupakan UJIAN darinya. namun jarang kita sedar bahawa setiap nikmat yg kita dapat itu merupakan ujian dariNya. kita sering terleka tanpa mengucapkn alhamdulillah pon di dalam hati apabila mendapat sesuatu kegembiraan..

Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari AI Kitab: "Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip." Maka tatkala Sulaiman melihat singgasana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: "Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia." (27:40)



"Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur." (7:10)


astaghfirullah..astaghfirullah...astaghfirullah...

D= DOA
U= USAHA
I=IKHTIYAR
T=TAWAKKAL

berusaha yg kita terdaya. andai kita berjaya, jangan sesekali merasakan kejayaan kita adalah kerana USAHA kita, namun semua itu adalah datangnya dari DIA. tanpa IZINNYA, kita takkn memperoleh apa2pon di muka bumi ini. dan seandainya kita kurang bernasib baik, yakinlah, semua itu adalah dalam perancanganNYA, dan sebaik- baik perncangan dan ketetapan adalah ketetapanNya. semuanya pasti ada hikmahNya. semua yg terjadi, itulah yg terbaek buat kita. wallahu'alam...

SELAMAT BERJUANG SAHABAT2! SEMOGA ALLAH PERMUDAHKN URUSAN KITA SEMUA!







~sweetnyer vdeo nih!jzkk sis!~

Sunday, May 24, 2009

hakikat..


Pabila terasa di awasi tuhan
rasa berdosa setiap masa
rasa hina diri dengan tuhan
rasa bersyukur dengan nikmatNya

jiwa derita dengan dosa
hati rasa kurang amal padaNya
itulah hakikat sifat kehambaan
bahagia..

Allah ya Allah…
mukmin sejati sentiasa waspada
dari dosa tanpa sengaja
apatah lagi dosa yang nyata
umpama gunung jatuh pada Nya
segala galanya untuk tuhanNya

jiwa derita dengan dosa
hati rasa kurang amal padanya
itulah hakikat sifat kehambaan
bahagia..

Allah ya Allah…
gerak laku bertambah kaku
lantaran nafsu yang telah jemu
namun diriku bertambah malu
padaMu ya rabbi
yang miliki ciptaan nafsu

carilah cinta~



berguguran airmata tatkala mndengar lagu ini..
berguguran juga mendengar perkongsian usrah petang td...
berguguran juga pabila berkongsi cerita dengan sisters...
masyaALLAH..
farahin terharu dgn semangat sahabat2 sume..
sdeyh tak dpt join usrah petang td...
tp tkpe, pasti ada hikmahNya setiap kesakitan itu..
terasa semangat antunna smpai kepda farahin..
hmm...
jzkk sume atas perkongsian antunna..
semangat kita sume, ALLAH juga yg kurniakan...

hidup kita mcm gerabak metro...
pasti ade DESTINASINYA...
di mana 1 hari nnti..
pasti ade malaikat maut yg akan menjemput kita di mana2 perhentian..
moga kita turun pada destinasi yg akan menjamin kebahagiaan kita di sana kelak..
tempat yg ABADI KEBAHAGIAANNYA..
perbanyakknlah persiapan kita...
teruskan mencarik redhaNya...

kisah asiah dan Firaun...
isteri Nabi Lut...
Nabi Ibrahim dan kaumnya...
byk lagi cth laen...
di mana menunjukkn betapa pentingnya tarbiyyah zatiyyah kita...
choice ada di tangan kita...
walau sesukar manapon surrounding kita...
walau sepayah manepon ia...
sejarah dah membuktikan...
kita pasti dapat atasi segala halangan asalkan kita benar2 MAHUKANNYA!

"sabda rasul: Apabila Allah kasihkan seseorg, Allah mengenakannya dgn suatu cubaan sehingga Allah mendengar rengekan permintaannya yg bersungguh-sungguh."

alhamdulillah...alhamdulillah....carilah cinta ALLAH....berusahalah bernafas dengan status HAMBA yg sebenar2nya..sentiasalah bertaubat kerana DIA cintakna hamba yg sering kembali kepadaNya setelah melakukn kesalahan...

~TERUSKAN 'PROJEK KITA'..TERUSKAN BERMUJAHADAH!~

Wednesday, May 20, 2009

Tuesday, May 19, 2009

masa itu suatu tarbiyyah...

MASA ITU SUATU TARBIYYAH...

sering tertanya- tanya, apakah yg dimaksudkn dengan masa itu satu tarbiyyah..

adakah dengan menggunakn masa yg banyak utk dakwah itu dikira tarbiyyah?mungkin...

adakah mengorbankn masa itu satu tarbiyyah? hmm.. mungkin...

tp apa yg dimksudkn masa itu merupakan tarbiyyah buat diri kita adalah, bila mana kita mendapat sesuatu yg sudah kita fahami, kita seharusnya atau sewajibnya, mengaplikasikan ianya secara terus dlm kehidupan dan diri kita. nak atau tidak, kita PERLU melakukn perubahan.

mmg susah, bukan senang, namun, jika kita tidak memaknakan apa yg kita fahami, itu bermakna sebenarnya, KITA BELUM MEMAHAMI! kita tak boleyh expect orang laen utk terus berubah dgn apa yg kita ckp, tp kita harus mewajibkan diri kita, berckp dgn diri sendiri, bulatkn tekad di dlm hati kita harus berubah dgn secepat yg mungkin. jgn jdkn alasan perubahan memerlukan masa. jangan manjakan diri kita!

ya ALLAH..
permudahkan aku dan sahabat2ku utk projek baru kami..

berdoalah kepadaNya supaya ditanamkan sifat malu kepadamu
berlaku benarlah dalam semua perkara

rendahkanlah suaramu
jagalah deria penglihatan dan pendengaranmu...

~kuatkn dirimu...iA pasti ada penghujung yg baek buat dirimu~

bisikan nurani..



ya ALLAH,
hilangknlah resah gelisah di hatiku,
ya ALLAH,
tenangknlah jiwaku dgn cinta dan kasih sygMU,
ya ALLAH,
kurniakanlah aku kesudahan yg baek atas semua ini..
ya ALLAH,
ikhlasknlah hati ku utkMu..

ya ALLAH,
kurniakan aku cinta org yg mencintaiMu,
ya ALLAH,
andai ada yg terbaek utkku,
satukanlah hatiku dan hatinya di waktu yg paling sesuai,
jgn kaburi mataku dgn nafsu DUNIA semata- mata..

improve diri sebaeknya andai nk yg baek...iA nnti di penghujungnya ada kesudahan yg baek utkmu...

~kata2 utk diri sendiri..BISIKAN NURANI~

Monday, May 18, 2009

riang ria Kuzmin...

dengan nama ALLAH Tuhan Yg tidak jemu memberikan perhatian dan kasih sygNya pada kita...
puji- pujian dan selawat junjungan buat Rasulullah SAW yg merupakan qudwah hasanah kita...

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.....
walaupun emosi masih tidak berapa menentu kerana exam yg semakin menghampiri dan semakin byk tak dicover lagi, tp hati ini sgt2 tergerak utk mencotet di blog ini..

sungguh, perancangn dan perancangan ALLAH susun itu sgt2 cantik! alhamdulillah, semalam kami seusrah berusrah dan bermalam di hostel Kahov. dari awal mula majlis usrah, kuliah 7 minit yg disampaikn oleh eliza bertajuk tentang KASIH SYG. dan kemudian, kami tilawah dan tadabbur surah Ar Rahman. tersentuh sekali lagi dengan topik kasih sayang dengan surah ini..

"Semua yang ada di langit dan bumi selalu meminta kepadaNya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan,Maka nikmat Rabb-mu yang manakah yang kamu dustakan?Kami akan memperhatikan sepenuhnya kepadamu hai manusia dan jin.Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"(55:29-31)

tersentuh sangat2..ALLAH sgt2 sibuk namun setiap permintaan kita, sentiasa DIA dengar. cuba kalau kita dengan org yg paling sayang, adakalanya, di saat- saat kita sangat2 memerlukan dia, dan mungkin pada waktu itu dia sibuk, adakah dia akan dengar dengan baik setiap luahan hati kita? Adakah dia akan mmpu memberikan nasihat atau2 kata2 yg terbaek buat kita? namun ALLAH..walau sesibuk manapon DIA, DIA tetap di sisi kita selalu. tanpa kenal erti sibuk. dan DIA juga memperhatikan kita sepenuhnya. adakah wujud insan di dunia ini yg mampu mempehatikan kita sepenuhnya seperti mana yg ALLAH lakukan kepada kita? huhu..reflex kepada diri sendiri semula, sejauh manakah kasih syg kita kepada ALLAH? sejauh manakah kita benar2 melakukan pengorbanan untuk menggembirakan hati ALLAH? sejauh manakah kita memberikan perhatian kita kepada ALLAH?

kemudian, kami tido bersama- sama walaupon usrah belum selesai lagi dek mata semua yg sudah mengantuk. dan pada mlm itu, alhamdulillah diri ini sempat tido utk 2 jam sahaja.walaupon mata ini sangat2 penat dan letih, tapi terasa semangat dan kegembiraan yg timbul di dalam hati apabila melihat sahabat2 sama- sama bangun qiyyam, membaca maathurat bersama- sama, terasa seperti di berlin kembali! alangkah bestnya andai dapat sebilik ngn sume. kemudian kami menyambung usrah kembali dan bersiap- siap utk ke kuzmin.

sesampainya di kuzmin, mendengar sedikit kata- kata aluan daripada kk fida, sekali lagi disentuh soal KASIH SAYANG. cantiknya perancangan ALLAH! tersusun elok sume itu, alhamdulillah. dan walaupon badan sy letih, penat dan sakit- sakit dek main yg macam tak ingat dunia, tp hepy sebab dpt berjumpa dan berkongsi dengan ssters laen tentang banyk perkara. dapat berkenalan dengan ssters MAI. alhamdulillah, RIANG RIA KUZMIN mmg best!








~entry kali ni agak kusut dek exam yg semakin dekat..~

p/s:for usrati; jangan lupe 'projek baru' kita yek..selamat bermujahadah semua!=)

Thursday, May 14, 2009

kita tetap bersama~


ngah stad, ttbe terjumpe lagu nih..
farahin nk dedicate kan sume ahli usrah farahin....
kata2 semangat utk teruskan perjuangan kita..
walaupon lagu nih takde yg nmpak Islami...
tp leyh aplikasikn dlm ukhuwwah kita jugak kn?
jgn putus asa dlm DF sesape yg sahabat ngh usaha..
jgn hapuskn impian tuh..=)


aku sadar bukan mudah

untuk mengejar mimpi indah
pernah suatu ketika dulu ku punya
harapan besar
kini aku tak pasti
dapatkah ku miliki

sudah jauh kita temu
kekalkanlah impian lalu
mungkin ada hikmah yg akan menunggu di penghujung jalan
biar nanti kecewa
setidak-tidaknya cuba


jika halangan menduga
perjalanan kita
janganlah kau putus asa
kerna ku ada di sisi
setia menemani
andai semangat mu gugur
genggamlah tanganku
kita hampir ke situ


adakala ku terasa
ketabahan tak setegah
tetapi apakan andainya
berhenti separuh jalan
percayalah padaku
aku yakin kita mampu

biar orang katakan
rapuhnya harapan
bukan mereka tentukan tapi
kau ada aku
dan aku punya kamu
apa telah akhirnya
tetap bersama

~asyik entry yg jiwang2 jer sekarang nih..perasaan nak pulang ke rumah semakin membuak2..kecuakan menjelang peperiksaan juga semakin kuat mencengkam jiwa..ya ALLAH...permudahkn aku dan sahabat2ku...perbetulkn niat kami dlm usaha menghadapi peperiksaan ini~

Saturday, May 9, 2009

hepy mother's day!



Kubuka album biru
Penuh debu dan usang
Ku pandangi semua gambar diri
Kecil bersih belum ternoda

Pikirkupun melayang
Dahulu penuh kasih
Teringat semua cerita orang
Tentang riwayatku

Kata mereka diriku slalu dimanja
Kata mereka diriku slalu dtimang

Nada nada yang indah
Slalu terurai darinya
Tangisan nakal dari bibirku
Takkan jadi deritanya

Tangan halus dan suci

Telah mengangkat diri ini
Jiwa raga dan seluruh hidup
Rela dia berikan

Oh bunda ada dan tiada dirimu
Kan slalu ada di dalam hatiku

buat naqibahku...



alhamdulillah...selesai sudah picnic bersama- sama ssters M2 td. syukur kerana diberi peluang utk bertaaruf bersama mereka, lebih mengenali saudara2 seIslam kita di sana walaupon bukan berada di satu universiti yg sama. jazakillah buat penganjur yg mengajak kami pelajar M1 join sama! =)

hmm..tp post nih bukan nk cte mngenai picnic td. tp terasa teringin ingin meluahkn sesuatu kpd seseorg. teringat satu ayat yg aku tak sangka apabila naqibah aku ungkapkan, secara tiba2 airmata aku mengalir..

"hmm..sebenarnya, insyaALLAH akk akan bernikah bulan 8 nih. jgn bgtau sesape dulu yek psl bnde nih."

scr spontan ttbe airmata aku mengalir. ya ALLAH, kenapa dgn aku nih? bnde gembira sepatutnya kenela hepy. insyaALLAH, 8.8 nih, setahun dah akk bernikah! farahin hepy utk akk!

teringat kata2 aku kpd ahli usrah aku td..

"hmm...senanyer farahin nk luah, tahun nih, terasa mcm usrah farahin dh tak mcm tahun lepas. tak taula. dh lame farahin rase. farahin rase cam waktu tuh terhad utk kita bersama- sama. terasa spt byk dh tanggungjawab msg2. "

mgkin aku ttbe terluahkn perkara ini cz kerinduan terhadap naqibahku yg sudah seminggu tak bersua muka.huhu..farahin rindu akk!

tp bukan bermaksud utk meluahkn kata2 itu kerana aku sedih atau kecewa atau perasaan yg seangkatan dgnnya. juz aku sudah terasa, umurku semakin meningkat, tanggungjawab yg perlu dipikul semakin berat. dan aku seharusnya mampu menghadapi pelbagai masalah dgn sendirinya. aku harus menjadi lebih matang. tidak spt tahun lalu. bila mana aku sdeyh, aku down. bila aku msg naqibahku, terus mendapat panggilan daripada dia. owh rindunyer farahin pd waktu dulu!

lagi setahun, tak pasti aku akan seusrah lagi dgn naqibahku itu atau tidak. but, aku punya 1 tahun saja lagi utk sering berjumpa dengan dia. cz dia dh nak grad. dan aku? terus berada di sini. perlu utk meneruskn perjuangan yg harus diteruskn demi kegemilangan ISLAM yg aku impikan. adakalanya aku rindu sgt2 pada waktu dulu, sehinggakn aku baca balik semua msg2 yg naqibahku beri pd waktu dulu di handphone lame. farahin takkn buang msg2 tuh cz kata2 tuh byk ubat semangat farahin..

masing2 sudah ada tanggungjawab yg perlu dipikul. semakin lama semakin berat. bertambah dgn final yg semakin dekat, mgkin kesibukan menghadapi exam membatasi waktu kita utk bertemu. namun farahin yakin, dlm kesibukan kita prepare utk exam tuh, ukhuwwah kita akn tetap utuh!

teringat pula di awal pernikahan dia, aku terkadang menangis bila mana msg ym aku tak dibalas.huhu...terasa kelakar pula bile mngenangkn perkara itu. terkadang aku jeles ngn zauj nya. haha...(terlebih perasaan pula)..hmm, tapi takpela, itu mmbuktikn, syg itu sgt2 utuh buat akk! ini bukan taksub naqibah yek! taksub laen! sayang laen!

ok..tu sahaja luahan hati farahin ptg nih buat akk. akk, stad elok2 yek. moga ALLAH berkati usaha akk dan zauj. moga ALLAH sentiasa limpahkn nikmatNya yg barakah kpd akk dan zauj. juga mawaddah dan sakinah dlm rumahtangga akk! gudluck akk!

~farahin yg sentiasa merindui akk..hehe..jiwang la post nih~


Friday, May 8, 2009

khuf..

Muungkin buat pengetahuan sahabat2 semua..dalam kita menjalankan ibadah kita, sebaeknyer kita mengetahui dgn lebih mendalam mengenai setiap rukhsah yg kita ambil..sy tercari2 mengenai khuf ini, kerana telah lame mengamalkn tetapi tak benar2 mengetahui ilmu tersebut dek lupa belajar waktu sekolah dulu...

Dalil keharusan menyapu khuf

Sebelum kita melihat lebih lanjut mengenai syarat-syarat dan cara-cara menyapu khuf, adalah lebih baik jika kita melihat apakah dalil yang membolehkan seseorang itu menyapu khuf. Antara dalil bagi keharusan menyapu khuf ialah: hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh Jarir bin Abdullah al-Bajili, katanya: Saya telah melihat Rasulullah S.A.W. mengambil wudhuk setelah menunaikan qadha hajat. Baginda telah berwudhu dan kemudiannya meyapu kedua khuf (yang dipakai oleh) baginda” (H.R. al-Bukhari, hadis no. 1478, Muslim, hadis no. 272).

Al-Mughirah bin Syu’bah juga ada meriwayatkan, katanya: “Ketika saya berada bersama Rasulullah S.A.W. ketika bermusafir, saya ingin membukakan khuf baginda, tetapi baginda melarangnya untuk baginda menyapunya”. ( H.R al-Bukhari, hadis no. 203, H.R. Muslim, hadis no. 274)

Syuraih bin Hani, pernah bertanyakan kepada Aisyah tentang cara baginda memakai khuf, beliau menceritakan: “Pergilah kepada Ali, beliau lebih tahu (daripadaku) tentang hal ini!, beliau pernah bermusafir dengan Rasulullah S.A.W”, lalu Syuraih pun bertanyakan kepada Ali, Ali menjawab: “Rasulullah S.A.W. membenarkan (kaum muslimin) menyapu khuf untuk tempoh tiga hari bagi mereka yang bermusafir, dan sehari semalam untuk mereka yang bermukim”. (H.R. Muslim, hadis no. 276)

Banyak lagi hadis-hadis lain yang menceritakan perihal menyapu khuf ini daripada riwayat para shabat yang berlainan. Boleh dikatakan periwayatan tentang keharusan menyapu khuf mencapai bilangan “mutawatir maknawi”. Ini menjadikan sesetengah golongan Hanabilah (pengikut mazhab Ahmad bin Hanbal) menjadikan kepercayaan harus menyapu khuf sebagai sebahagian daripada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Majoriti umat Islam juga beriman dengan keharusan menyapu khuf, kecuali golongan Syiah Imamiyyah yang menafikan bahawa Rasulullah S.A.W. mengharuskan menyapu khuf. Pandangan mereka dalam hal ini ditolak oleh umat Jumhur ulama kaum muslimin.

Syarat Menyapu khuf


Untuk seseorang itu boleh menyapu khuf, dia mestilah menepati beberapa syarat. Antaranya ialah:

a) Dia hendaklah memakai khuf hanya selepas dia telah mengambil wudhuk yang sempurna (dan telah membasuh kedua kakinya terlebih dahulu).
Selepas berwudhuk barulah beliau boleh memakai khuf. Jika wudhuknya terbatal selepas memakai khuf tersebut, jika beliau ingin mengambil wudhuk yang baru, beliau tidak perlu membasuh kakinya lagi, malah cukup dengan menyapu bahagian atas khuf nya sahaja”. Dalil untuk syarat ini ialah tegahan Rasulullah terhadap Mughirah bin Syu’bah dari membuka khufnya, kerana baginda telah berwudhuk secara sempurna sebelum memakai khuf tersebut. (Telah diterangkan sebelum ini)

b) Khuf tersebut hendaklah menutupi bahagian kaki yang dibasuh ketika wudhuk. (Hendaklah ia menutupi kaki sehingga paras buku lali). Dalilnya ialah khuf yang dikenali sebagai khuf ialah yang menutupi kaki sehingga buku lali. Jika ada stokin kulit yang menutupi kaki tetapi tidak menutupi buku lali, maka ianya tidak dipanggil khuf oleh orang Arab.

c) Hendaklah ia menghalang air dari menembusinya.
Ini merupakan syarat yang diletakkan oleh mazhab Syafi’i. Bagi sesetengah mazhab lain, mereka tidak meletakkan syarat ini. Oleh sebab itu, menurut sesetengah mazhab, harus bagi seseorang untuk menyapu stokinnya sebagai menggantikan khuf seperti yang akan kita perbincangkan nanti.

d) Hendaklah ia diperbuat daripada kulit yang suci dan telah melalui proses penyucian.
Ini kerana kulit yang najis tidak boleh dibawa bersolat.


Cara menyapu khuf

Ali R.A. yang telah berkata: “Jikalaulah urusan agama hanya berdasarkan akal semata-mata, nescaya tapak kaki khuf lebih utama untuk disapu daripada atasnya. Dan daya pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyapu telapak khufnya juga kadang-kadang”. (H.R. Abu Daud, hadis no. 162).

Berdasarkan hadis tersebut dapatlah kita fahami bahawa cara menyapu khuf ialah dengan menyapu air ke atas lapisan atas khuf, iaitu dasar atas kaki dan bukannya telapak bawah kaki. Walau bagaimanapun, berdasarkan hadis itu juga dapat kita fahami bahawa tiada kesalahan juga untuk menyapu bawah telapak khuf. Dalam mazhab Syafi’i perbuatan tersebut dianggap sunat. Maknanya, selain daripada menyapu air di bahagian atas khuf dengan sebelah tangan, sebelah tangan yang lain pula menyapu bawah telapak khuf (Lihat: al-Bugho, Mustafa, al-Fiqh al-Manhaji, j. 1, h. 67)



Perkara yang membatalkan penyapuan khuf

Terdapat tiga perkara yang membuatkan seseorang itu tidak boleh lagi menyapu khuf dan terpaksa mengambil wudhuk secara normal.

a) Jika si pemakainya membuka khuf tersebut.
Maknanya, jika seseorang itu telah memakai khuf dengan wudhu yang sempurna dan ingin menyapu khuf selepas itu, beliau tidak boleh membukanya. Jika beliau membuka khuf tersebut, beliau tidak boleh lagi menyapu khuf itu kecuali selepas wudhuk sempurna yang baru.

b) Habis tempoh penyapuan.
Jika cukup tempoh tiga hari tiga malam pemakaian khuf bagi orang yang bermusafir dan juga sehari semalam bagi mereka yng bermukim, mereka tidak lagi boleh menyapu khuf lagi. Sebaliknya mereka hendaklah mengambil wudhuk yang baru untuk memakainya semula dengan tempoh yang baru.

c) Berlaku hadas besar .
Jika seseorang yang memakai khuf berhadas besar ketika memakai khuf, beliau hendaklah menanggalkan khufnya untuk mandi wajib. Beliau tidak boleh mandi wajib dengan memakai khuf dan sekadar menyapunya sahaja. Safwan bin ‘Asal telah meriwayatkan dari Rasulullah S.A.W. : “Sesungguhnya baginda telah menyuruh kami menyapu ke atas khuf ketika kami bermusafir, dan tidak menanggalkannya selama tiga hari berturut-turut. (Tidak kiralah) kerana kencing ataupun buang air besar, kecuali jika kami berjunub (maka kami wajib menanggalkannya dan mandi)”. (H.R. al-Tarmidhi, hadis no. 96)


diambil dari blog http://maszleemalik.blogspot.com/2007/09/menyapu-khuf-rukhsah-di-musim-sejuk.

Tuesday, May 5, 2009

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;

"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud

Keterangan

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah s.w.t.

Kitaa berdoa agar Allah s.w.t. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyallah.

cinta yg hakiki..


teringat kata2 dlm novel Ketika Cinta Bertasbih yg dulunya mmg sy nak sgt2 kongsikan di blog nih. terasa kata- kata itu sangat2 memberikan semangat utk kuat dlm bermujahadah..

"Bayangkan Kang, kalau boleh jujur, aku sudah bersimpati
padanya sejak mengajarnya di Madrasah Aliyah. Dulu aku
tidak merasakannya. Tapi sejak dia tiba di Cairo ini, aku diamdiam
sudah merencanakan hendak mengkhitbahnya begitu aku
lulus. Aku sangat mencintainya. Namun herannya ketika dia
minta saran kenapa aku bisa memberi saran demikian. Kenapa
aku sok jadi pahlawan dengan mengutamakan orang lain?
Sekarang aku seperti terpanggang oleh api cemburu dan
penyesalan yang sangat menyakitkan. Aku harus bagaimana
Kang?"

Azzam tersenyum. Entah kenapa mendengar kisah Fadhil
ia ingin tertawa, tapi tidak dilakukannya. Ia takut membuat
Fadhil semakin tersiksa. Dengan tenang, ia berniat menghibur
dan memberikan jalan yang lebih terang kepada Fadhil. Ia
menanggapi,

"Dhil, Fadhil, masalah yang kau hadapi itu masalah kecil.
Tak usah kaubesar-besarkan. Nanti semuanya akan baik-baik
saja. Ini kebetulan aku baru saja membaca perkataan Imam
Ibnu Athaillah yang sangat dahsyat tentang cinta. Dan perkataan
beliau ini bisa jadi terapi yang tepat untuk penyakit cintamu. Ya, aku katakan apa yang kau simpan di hatimu itu adalah penyakit. Cinta sejati itu menyembuhkan tidak menyakitkan."

Dengar baik-baik ya perkataan Ibnu Athaillah, saya bacakan
langsung dari kitab aslinya. Beliau mengatakan: la yukhriju
asy syahwata illa khaufun muz'ijun aw syauqun muqliqun! Artinya
tidak ada yang bisa mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangnn
duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan
hati, atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana!
"Coba resapi baik-baik kata-kata ulama besar dari Iskandaria
ini. Kecintaanmu pada Tiara itu syahwat. Hampir semua
orang yang jatuh cinta itu merasakan apa yang kau rasakan.
Dan perasaan seperti itu tidak akan bisa kau keluarkan, kau usir
dari hatimu kecuali jika kau memiliki dua hal.

"Pertama, rasa cinta kepada Allah yang luar biasa yang menggetarkan hatimu. Sehingga ketika yang ada di hatimu adalah Allah, yang lain dengan sendirinya menjadi kecil dan terusir. Kedua, rasa rindu kepada Allah yang dahsyat sampai hatimu merasa merana. Jika kau merasa merana karena rindu kepada Allah, kau tidak mungkin merana karena rindu pada yang lain. Jika kau sudah sibuk memikirkan Allah, kau tidak akan sibuk memikirkan yang lain. "Karena hatimu miskin cinta dan rindu kepada Allah, jadinya kau dijajah oleh cinta dan rindu pada yang lain. Saat
ini yang menjajah hatimu adalah rasa cinta dan rindumu pada
Tiara. Itulah yang membuatmu tersiksa Padahal kau sudah
tahu kalau dia sudah dilamar dan dikhitbah saudaramu sendiri.
Kau harus tahu perasaan seseorang tidak bisa mengubah
hukum syariat. Seberapa besar rasa cintamu kepada Tiara dan
seberapa besar perasaan cintanya kepadamu, tidak akan mengubah
hukum dan status Tiara, bahwa ia telah dikhitbah oleh
saudaramu. Apalagi Tiara telah menerimanya.

"Panitia pernikahan telah ditata. Kau sama sekali tidak
boleh merusaknya. Kalau kau mau jadi pahlawan jangan setengah-
setengah. Jadilah pahlawan yang benar benar pahlawan,
meskipun harus mengorbankan sesuatu yang kau anggap paling berharga. Tidak ada pahlawan yang tidak berkorban apa-apa!"

Kedua mata Fadhil basah mendengar kata -kata Azzam
yang membukakan jalan lebih terang baginya. Tapi Tiara
masih juga tertulis dengan jelas di hatinya.

"Terima kasih Kang. Cinta memang bukan segala-galanya,
tapi kehilangan cinta seperti kehilangan segala -galanya."
Azzam tersenyum dan berkata dengan suara pelan,

"Benar. Mencintai makhluk itu sangat berpeluang menemui
kehilangan. Kebersamaan dengan makhluk juga berpeluang
mengalami perpisahan. Hanya cinta kepada Allah yang
tidak. Jika kau mencintai seseorang ada dua kemungkinan
diterima dan ditolak. Jika ditolak pasti sakit rasanya. Namun
jika kau mencintai Allah pasti diterima. Jika kau mencintai
Allah, engkau tidak akan pernah merasa kehilangan. Tak akan
ada yang merebut Allah yang kaucintai itu dari hatimu. Tak
akan ada yang merampas Allah. Jika kau bermesraan dengan
Allah, hidup bersama Allah, kau tidak akan pernah berpisah
dengannya. Allah akan setia menyertaimu. Allah tidak akan
berpisah darimu. Kecuali kamu sendiri yang berpisah dari-
Nya. Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan
adalah cinta kepada Allah 'Azza wa Jalla."

Mendengar hal itu ada kesejukan yang mengaliri jiwanya.
Kesejukan yang membuat hatinya sedikit terhibur dan lega.
Jiwanya perlahan mulai menemukan ketenangan.

~temukan aku dgn nikmat cintaMu yg tiada batasan dan hujungnya..kurniakn aku rindu padaMu yg tiada penghujungnya....~

Monday, May 4, 2009

hepy picnic!









usrati~

makanan kami
alhamdulillah...smlm usrah sy ade wat picnic kat park M2..walaupon naqibah sy terpksa pulang awal kerana ade study group, tapi masa yg diluangkn bersama tuh sgt2 best!

moga perjuangan ini akan tetap diteruskn walau apa jua keadaan..amiin....

Saturday, May 2, 2009

mari belajar Al Quran!


ingin sy kongsikan link pengajaran Quran dari seseorang...
sungguh..sangat2 indah bahasa Arab itu...

Nouman Ali Khan - Divine Speech Prologue

ibadahku...


ingin sy petik kata- kata yg semakin menjadi peringatan buat diriku...
selama ini, mgkin masih belum jelas apa itu ibadah buat diriku...

‘Ibadat berasal dari kata 'abd; ertinya adalah "pelayan" dan 'budak". Jadi, 'ibadat bererti
"penghambaan" dan "perbudakan".

Apabila seseorang yang menjadi budak kepada orang lain, melayani tuannya

sebagaimana halnya seorang budak, dan bersikap terhadap orang itu sebagaimana
terhadap seorang tuan atau majikan, maka perbuatan seperti itu disebut penghambaan dan
'ibadat. Berlawanan dengan ini, apabila seseorang yang menjadi budak kepada orang lain
dan juga memperolehi gaji daripadanya, tetapi tidak mahu melayaninya sebagaimana
seorang budak terhadap tuannya, maka ia dikatakan tidak patuh dan membangkang, atau
lebih tepat lagi, hal itu dapat dikatakan sebagai pengkhianatan.
Sekarang fikirkanlah bagaimana seharusnya tingkah laku seorang budak terhadap
tuannya.

Kewajipan pertama dari seorang budak adalah memandang tuannya sebagai penguasa
(lord), dan merasa berkewajipan untuk setia kepada orang yang menjadi tuannya,penunjang hidupnya, pelindung dan penjaganya, dan meyakini sepenuhnya bahawa tidak
seorang pun selain tuannya itu yang layak mendapatkan kesetiaannya.

Kewajipan kedua dari seorang budak ialah selalu patuh pada tuannya, melaksanakan

perintah-perintahnya dengan cermat, jangan sekali-kali enggan melayaninya, dan tidak mengatakan sesuatu pun atau mendengarkan perkataan dari siapa pun yang bertentangan dengan kehendak tuannya. Seorang budak dalam setiap saat, situasi dan keadaan, adalah tetap seorang budak. Ia sama sekali tidak mempunyai hak untuk mengatakan bahawa ia akan mematuhi perintah tertentu dari tuannya dan membangkang perintah lainnya, atau bahawa ia menjadi budak tuannya untuk waktu-waktu tertentu dan bebas dalam waktu-waktu yang lain.

Kewajipan ketiga dari seorang budak adalah menghormati dan menghargai tuannya. Dia
harus mengikuti cara yang ditentukan oleh tuannya sebagai sikap hormat kepada tuannya. Dia mestilah selalu hadir untuk memberi hormat pada waktu yang ditentukan oleh
tuannya sebagai bukti bahawa dia benar-benar setia dan patuh kepada tuannya.

Inilah hal-hal yang mutlak yang harus dipenuhi dalam 'ibadat, iaitu pertama, kesetiaan

terhadap tuan dan majikan; kedua, kepatuhan kepadanya; dan ketiga, penghormatan dan
penghargaan terhadapnya.


adakah kita benar2 telah memaknakn HAMBA kita padaNya?
adakah kita benar2 telah menghormatiNya?
adakah kita benar2 telah menunaikan hak kita padaNya?
adakah kita benar2 telah meluangkn masa kita benar2 utkNya?
atau kita menjadi org2 yg BIADAP?
tidak bersyukur dan tidak menggunakn segala nikmat yg telah diberikn dengan sebaeknya?

sungguh...aku syg padamu!

tidak tahu mengapa hatiku ini meronta- ronta...
saat membaca blog sahabatku yg jauh di mata..
kata-katanya yg bagaikn membawa bersama rohnya padaku..
sungguh aku rindu padamu duhai sahabat...!

tidak tahu mengapa hatiku ini meronta- ronta..
ingin ku luahkn kata2 yg sudah lama terpendam di dlm hatiku..
namun..
aku takut..
aku khuatir..
kata2 ku...
nasihatku akan membuatkn engkau terguris..

tetapi...
hatiku seolah2 memujuk...
ISLAM itu agama yg berupa NASIHAT...
maka, berikanlah nasihat itu selalu...

sahabat..
sungguh...aku sayang padamu...
aku tidak mahu engkau tergolong dlm golongan org2 yg rugi..
membazirkn masa dgn perkara2 yg bakal menjadi penghalang antara engkau dan PenciptaMu...
sungguh..
benar..
aku tidak sempurna...
aku masih byk kekurangan...
namun, izinkn aku menasihati dirimu...
aku takut engkau khayal dek cinta manusia yg tidak berkekalan...
yg akhirnya mungkin bakal mengecewakn mu...

sahabat...
sungguh...kerana aku cinta padamu...
ingin ku lontarkn kata2 hati ini padamu...
bukan kerana tanggungjawab...
namun, kerana sygku padamu...
aku sangat2 menyayangi dirimu...
aku benar2 menyayangi dirimu...

ya ALLAH, kurniakanlah aku kekuatan dlm Ad Deen Mu...berikanlah aku tarbiyyah dan cinta dariMu...dan cinta org2 yg mencintai diriMu...permudahknlah urusan ku dan sahabat2ku...

~monolog dalaman diri yg sntiasa meronta- ronta utk diluahkn~


demi masa..


dengan nama Tuhan Yg Maha Mengetahui setiap yg berada di dlm hati manusia....

ya ALLAH....
setiap pagi, ketika bertemu dgnMu..
ku bacakan Al 'Asr itu...
ku harapkn agar diri ini sentiasa beringat..
bahawa aku sentiasa berada dlm kerugian...
bahwa aku sentiasa berada dlm kebodohan...
melainkn manusia yg mmbuat kebajikan...
berpesan2 pd kebenaran...
dan jua pada kesabaran...

masa dan setiap nafas yg Kau berikn..
akan dipersoalkn semula di akhirat kelak..
lantas hatiku menangis..
takut dan cinta padaMu bersatu..
adakah aku di antara org2 yg mahu Kau lihat dan tunggu wajahnya di akhirat nnti?

Tuhan Yg Memelihara dan Raja segala cinta,
hanya padaMu Aku serahkn hidup matiku,
peringtknlah aku agar aku tidak tersasar dari jalanMu ini..
kurniakn aku cintaMu yg tak pernah mengecewaknku...
kurniakn aku cintaMu yg sentiasa mmbahagiaknku...
kurniakan aku hati yg khayal dibuai rasa cintaMu..

~byknyer masa terbuang tanpa kita sedari...renungn buat diri dan sahabat2..:'(

beritahu pada muslimah itu...


Beritahu pada muslimah itu...
Dirinya ibarat kaca...
Disentuh terguris.....
Dihantuk serpih...
Dihempap berkecai....


Beritahu pada muslimah itu.....
Jaga tutur kata........
Cakap tinggi nanti dibenci........
Terlalu rendah dipijak pula...........
Cakap sombong mengundang lawan.......
Hati-hati meluah kata..........
Kerana pulut santan binasa...
kerana mulut badan binasa....


Beritahu pada muslimah itu.....
Jaga tingkah laku.......
Harga diri letaknya di situ.......
Jangan meluru ikut telunjuk nafsu.....
Sesekali tersilap langkah..
Akan dihukum selamanya..
Keturunan dicerca payah..
Menyesal kemudian bukan faedah...


Beritahu pada muslimah itu...
Jaga pakaian......
Ia cermin peribadi..
Juga lambang bangsa..
Di mana dan dalam keadaan macam manapun...
Biar orang kenal...
Dia orang ISLAM.


Beritahu pada muslimah itu...
Simpan secebis malu..
Kerana malu itu...
Sebahagian daripada iman...