Monday, December 29, 2008

rndu mereka~

Malam tadi ngah sedih2, takde mood, tyme rumet sume dah tdo, dok tgk gambar2 yg ade kat laptop nih. Terkenangkan kenangan same2 ngan kengkawan kat SAMBEST, INTEGOMB.. rindu mereka sangat2. tapi paling rindu bile tgk gambar2 geng kat INTEC dulu. Teringat dulu, if bukan kerana Allah izinkan sy berkenalan ngn mereka nih, yg baik2 nih, yg semngat pegi usrah kat intec, kot2 sy dok leka ngan dunia sendiri kot. Hmm. ..Syg n rindu mereka semua..

Mase 1st tyme jumpe kay d n farahdiba, tak pernah pon kenal sebelum ni. Tp tyme dorg datang bilik tuh, terus mesra abes ar. At last, sy tanye “kita ni borak mcm dah lame kenal, kn?” walaupon tak same bilik, pagi2 sy kene jerit panggil dorg turun, selagi farahin tak jerit, takyah turun lagi kata dorg. Selalu makan same2,solat jemaah same2, baca yaasin, tazkirah kat bilik farah, kay d, atam n farahdiba. Hee~ Teringat bila dapat tau rakan2 JPA takde yg akan dihantar kat Moscow ngan kami dak2 KNS, rase dah tak semangat nak belajar. Teringat dulu nak pegi memane jer, terutama nak pegi pasar malam, or kelas pagi2 tuh, kene kira, cukup tak ni 7 orang. Hehe..rindunyerla!! Tapi, sy yakin, ukhuwwah kita takkn berhenti smpai situ jer. N alhamdulillah, walaupon kami jauh, namun ukhuwwah tuh tetap utuh!!


Gudluck atam, kay d n ikin kat nizhny…

Gudluck athirah n yaqin yg ade kat volgo..

N gudluck juga buat farah adibah n sy kat Moscow nih…



Semoga dalam membuat pelbagai persiapan menghadapi final anatomy n histology nih, kita tak jauh dari Allah..semoga inilah masanya kita nak lebih dekat dengan kekasih kita sayang kamu semua kerana Allah!!!!

Salam maal hijrah buat semua….:)


“Dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.”<8:63>





will u marry u?

Bile sebut kat org game nih, ramai cam pelik. Will u marry u? pe bnde la ni kn…


So, nak btau pasal game ni la ni..walaupun kengkawan kat Moscow mesti dah ramai yg tau, n sahabat2 seusrah tyme kat Malaysia dulu mesti dah tau gak..

Ok, senaraikan 3 ciri paling teratas, paling top la, or senang kate paling ideal yg kita nak MESTI ada kat pasangan kita yg mana kita nak jadikan teman hidup kita. InsyaALLAH teman sampai ke syurga. Amiin…



Ok..dah senaraikan ke???? Hehe..sy tak leyh la nak senaraikn kat sini. Sat g kantoi dah ciri2 yg sy nak…

Juz bg contoh la kn…ok..

1st…org tuh kene hafaz Quran 15 juzuk…
2nd…die jaga batas2 pergaulan…
3rd…tak pernah couple ngan sesape…

Ni bukan sy punye ciri2 k…jauh sangat2 nih…(sedar diri tak layak utk mintak yg mcm 3 disenaraikan tuh)..

Ok..bile dah senaraikan, cuba kita fikir, agak2nyer, ciri2 yg kita nak ada kat pasangan kita ni, ada tak kat diri kita?? Cube check…

Aku ni hafaz ke Quran smpai 15 juzuk???
Aku ni betul2 jaga batas2 pergaulan aku ngan dak laki/pempuan ke??
Aku ni tak pernah couple ngan sesape ke??


Kesimpulan dari game nih, kita tak leyh nak letak high expectation from orang yang akan jadik pasangan hidup kita andai diri kita sendiri tak seperti yang kita nak tuh. Nape game nih namenyer will u marry u?? cz cube kita check lek, agak2nyerla kan, diri kita yg skangni, cthnyer cam sy nih, byk lagi jahiliyyah, nak ke kawen ngn orang yg ade sifat cam diri kita skangni? Kalau sy, tak nak kot. So, pe kita kene buat??? Kita kene la usaha utk memperbaiki diri. Jadi seperti ciri2 yg kita nak tuh. .barulah layak utk orang yg baik camtuh…so, chaiyok!!! Jom usaha jadi ummat Islam yg sebenarnyer. Jom baiki diri same2!!!:)


“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”<24:26>

Sunday, December 28, 2008

from russia with hate



nape suke pukul2 orang nih!!ee..tak sukenyerla!!

maaf..

"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik yea~…
-Amin, UK-"

Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.

Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….

Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.


Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku…


Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sket la pendek cerita!."


"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.


"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.


Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!


"Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya…" Amin cuba menyedapkan hati.


Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'


Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini.


Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.


'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.

"Esok free tak? Boleh kita chatting?"

"Boleh... Saya free je." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday' aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.

"Ok.Tq..." balasnya pula.


Keesokannya, aku menanti awal dia online.

'Tuk. Tuk. Tuk..' Amin has signed in.

Oh, tepat sungguh waktunya...


Amin: assalamualaikum wbt.

Wani: wsalam…

Amin: apa khabar? sihat? iman baik?

Wani: alhamdulillah... sihat2..=) awak?

Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tp takpe, ok je semua

Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week...

Amin: welcome… tak balik. byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit...

Wani: wah, rajinnya... baguslah!

Amin: hurm...

Amin: study macam mana?

Wani: ok je... new sem ni berat sket.. Jadual pack.

Amin: oic...

Amin: takpe, study rajin2 ye..

Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…

Amin: hurm…

Wani: apa dia? tanya la… sila2..

Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?

Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… tak lebih daripada tu… tp, special sket… tiada couple-couple mcm org lain… declare pun tak kan?

Wani: so, statusnya kawan je la…

Amin: hurm…

…..

Wani: erh, tak betul ke?

Amin: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj… yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima..


Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…

Wani: jadi…

Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…

Amin: sbb……

Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru…

Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…

Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber’zina’…

Amin: huh…

Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…

Amin: kononya Islamik…

Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik…

Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber’couple2’ nieh..

Amin: hurm…..

Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…

Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…

Amin: sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat…

Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…

Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…


Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…


Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa…


Cinta hakiki hanyalah pada Allah…

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.


Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.


Aku terus menjawab ringkas….

Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…

Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.

Wani: wassalam.


Signed out


Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya… Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah.. Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.




“Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai.” Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.


“Ya bang, Wani turun…”


Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan ‘presentation’ kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program ‘Belia Negara 2057’ esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta

P/S:diambil dari iluvislam. posted by afiqawe7. sekadar renungan wat semua~

hadis bahtera



kat dalam kapal ni, ade orang yg duduk di tingkat atas, dan ada org yg duduk kat tingkat bawah. namun, kalau ada apa2 yg diperlukan oleh orang bawah, mereka perlu meminta bantuan dari orang atas.

ade satu hari nie, orang bawah nak mntak air kat orang kat atas. tapi hari tuh, diorang rasa, cam dah malas nak susahkan orang atas. diorng pike jalan mudah, dorang nak tebuk jer lubang kat kapal tuh so dat easier for them nak minum air la kononnyer.

so..apa peranan orang kat atas bila tau pasal perkara nie??

adakah patut berdiam diri??atau pon menegur mereka supaya jangan wat cmtuh..

kalau tak nnti, kapal tuh akan tenggelam..abes sume orangpon akan mati..

maka, apakah yang sepatutnya orang2 kat atas laksanakan??

hmm...kesimpulannyer..

adakah patut kita membiarkan sahaja orang2 yg tidak tahu atau tidak paham lagi tentang dosa terus- terusan melaksanakannya???

atau kita sepatutnya menegur mereka..mengingatkan mereka??

cam kat cite kapal nih, if orang kat bawah tuh tebuk la lubang kat kapal tuh, kapal tuh akan tenggelam kn? so sume orangpon akan mati after dat..sebab itu, orang kat atas berperanan utk menegur dan melarang org2 di bawah supaya tak wat perkara tersebut.. agar sume org pon selamat...

Dan ingatlah ketika suatu ummat di antara kamu berkata, "Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan Allah dengan azab yang sangat keras?" Mereka menjawab, "Agar kami mmpunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada TuhanMu, dan agar mereka bertaqwa."<7:164>
“…sebenarnya manusia itu semua sedang tidur, ketika mereka meninggal dunia, pada saat itulah mereka sebenarnya terbangun.”

jgn berputus asa....:(

tersentuh dengar lagu damba kasih nie di pagi hari ni..
Ya ALLAH...semakin aku cuba utk menghampiriMu, semakin kuat Kau mendugaKu..
Ya ALLAH...terkadang aku lupa Kau sedang manguji keimananKu, namun aku terus leka dek nafsu diri yang tak dikawal dan ditahan..
Ya ALLAH...layakke aku utk ke syurgaMu?
Ya ALLAH...tersentuh dan sgt terasa dengan setiap ayat2 dlm surat cintaMu..

Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi org2 yg bertaqwa, iaitu orang2 yg berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang2 yg menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai org yg berbuat kebaikan, dan juga org2 yang apabila MENGERJAKAN PERBUATAN KEJI ATAU MENZALIMI DIRI SENDIRI, segera MENGINGAT ALLAH, lalu memohon ampunan atas dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa- dosa selain Allah? Dan mereka TIDAK MENERUSKAN PERBUATAN DOSA itu sedang MEREKA MENGETAHUI.<3:133-135>

Ya Allah..adakah aku sudah benar2 berjihad dan bersabar??

Apakah kamu akan mengira bahwa kamu akan masuk syurga,padahal belum nyata bg Allah org2 yg berjihad di atr kamu, dan belum nyata org2 yg sabar.<3:142>

Jihad yg diertikan di sini adalah berperang utk menegakkn Islam dan melindungi org Islam, memerangi HAWA NAFSU, mendermakan harta utk kebaikan Islam dan umat Islam dan membenteras kejahatan dan menegakkn kebenaran..apakah aku sudah benar2 melaksanakn keempat2 ni??layakke aku masuk syurgaMu??bagaimana utk berhadapan dgnMu nnti Ya Allah...

Dan terhadap dua org yg melakukan perbuatan keji di atr kamu, maka berilah hukuman kpd keduanya. Jika keduanya taubat dan memperbaiki diri, maka biarknlah mereka. Sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang. Sesungguhnya bertaubat itu hanya pantas bg mereka yg melakukan kejahatan krn TIDAK MENGERTI, kemudian segera bertaubat. Taubat mereka itulah yg diterima Allah. Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana. Dan taubat itu tidaklah diterima dari mereka yg melakukan kejahatan hingga apabila datang ajal kpd seseorg di atr mereka, barulah dia mengatakan, "SAYA BENAR2 BERTAUBAT SEKARANG." <4;16-17>

Ya Allah..berikanlah aku kekuatan...adakah aku benar2 sudah bertaubat dari melakukan tiap perkara yg Kau larang??
tp,walau sesusah manepon ia, aku harus berusaha mengubahnya..aku tak boleh berputus asa dengan rahmat Allah...

Katakanlah, "Wahai hamba2Ku yg melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa- dosasemuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.<39:53>

Ya Allah...kurniakan aku cintaMu yg sebenar2nya..kurniakan aku cinta org2 yg mncintaiMu..agar sentiasa teguh kecintaanku padaMu..

P/S:jzkk kak sudi ingatkn sy. sudi layan sms n ym sy pagi2 hari ni...:'(

damba kasih

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiriku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mandugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku dihadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku
kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun
Kasih - sayang Mu oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri
gerbang Syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari seksa Mu......
Oh Tuhan
Kasih sayang Mu Oh Tuhan.

Monday, December 22, 2008

7 perkara yang Jibril tak mampu laksanakan berbanding manusia

1. solat jemaah 5 waktu

2. duduk bersama para ulama'

3. menziarahi orang sakit

4. hantar jenazah ke kubur

5. beri air minum

6. damaikan antara dua saudara yg bermusuhan atau berselisih

7. memuliakan jiran tetangga dan anak yatim

10 wasiat terakhir Nabi SAW

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.

love them so much!!!

alhamdulillah..dapat juga jumpa ngan sume muslimat yuog semalam..syukur, setiap kali nak wat perjumpaan setiap mggu ni, rasa cam tak sabar2 sgt2, rndu sgt2..mungkin benar orang kata, bila mana ukhuwwah dan berjumpa utk mencari keredhaanNya itu lebih bermakna dari hangout ngn kgkwan utk bersuka-suka kat dunia nie..

walaupon terpaksa lambatkn perjumpaan dari pukul 10.30am ke 11am..then lambat lagi..risau gak if tak smpat nak dhuha same2.tp alhamdulillah sempat gak..terfikir nak wtpe utk perjumpaan mggu nie, perut sendiri pon lapar senanyer. last2 wat cucur jela. bile bwk nek atas, tak sempat sume org nek,cucur dah abes. hehe. then, ade sorg sahabat nak masakkn spiral goreng. tgk kesungguhan dorg utk perjumpaan nie,rasa terharu sgt2. mula2 dulu takut jugk if nak wat perjumpaan tiap ari ahad ganggu sahabat2 tapi alhamdulillah, ALLAH permudahkan..

after dhuha same2, ade sorg sahabat yg dah diberikan tanggungjawab utk ceritakan tentang 10 wasiat terakhir Nabi SAW. dan sy sempat rakamkan tapi disebabkan internet yg sgt lambat, jadik malas pulak nak uploadkan.





selalunyer, wat malam ahad, solat Isyak dan baca Yaasin same2 tapi disebabkan sy dan sahabat2 ade usrah malam nie, maka wt pagi. n lagipon, malam nie dorg nak celebrate besday sarah kat luar. hepy besday sarah!

after dat, kami solat zohor same2 dan makan2...hepy sgt2 ngn sume..teringat kata2 sorg sahabat bila dah nak tutup majlis "kita nie golongan minoriti kat yugo nih, so kita kene rapat, saling mengingatkan dan kene sgt2 menjaga antara satu sama lain"...hmm, mmg btolpon, yugo tak macam kat kahov. ade surau, n suasana bi'ah tu wujud. but tak smestinya tak mmpu utk mewujudkn bi'ah tuh. perlu slow2 dan sedikit demi sedikit. insyaALLAH, moga Allah mudahkan urusan dakwah..

ape yg boleh sy dapat dari wasiat nabi, sgt banyak..namun, bila kita lihat kembali, Nabi SAW takdepon meninggalkan wasiat yang berat2 utk ummatnya. yg ringan2 namun jika kita tak mmpu utk melakukan perkara2 seringan itu, layakkah kita bergelar ummatnya??betapa sygnyer Nabi kat kita, andai perkara seringan itu kita tak mmpu lakukan, seolah2 kita tak menghargai nabi, pengorbanan dan cinta nabi.

hmm..dan 1de 7 perkara yg Jibril sendiri jeles dgn ummat nabi..bila difikir2kan, malaikat yg memang imannya tak pernah berkurang pon jeles ngan kita kerana dapat melakukan 7 perkara ini, sangat rugilah kita as manusia jika tak mengambil peluang utk melaksanakan 7 perkara ini.

masyaALLAH..moga ALLAH lindungi ukhuwwah yg terbina ini. moga ALLAH terus mmberikan petunjukNya kepada kami..amiin..

~renungan~

"Barangsiapa yang beramal baik dalam Islam (setelah masuk ke dalamnya dari kejahiliyahan) maka ia tidak akan dipertanyakan akan apa yang telah diperbuatnya pada masa jahiliah. Dan siapa yang berbuat buruk dalam Islam, maka ia akan dimintakan pertanggungjawaban akan dosanya pada yang pertama (saat masih jahiliah) dan yang lainnya (setelah Islam)".

Monday, December 15, 2008

biacara kata

Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti

Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...

peliharalah ukhuwwah kita

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat nikmat.”
· “Hai orang-orang yang beriman,janganlah suatu kaum mengolok-olok suatu kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman, dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”
· “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebagian kamu menggunjingkan sebagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”
· “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS.Al-Hujuraat: 10-13)


Allah SWT menegaskan dalam ayat 10 bahwa sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara seperti hubungan persaudaraan antara orang-orang seketurunan karena sama-sama menganut unsur keimanan yang sama dan kekal.

Setiap muslim memiliki hak atas saudaranya yang sesama muslim. Dalam hadits riwayat Bukhari dari Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda, “Orang muslim itu adalah saudara orang muslim,jangan berbuat aniaya kepadanya, jangan membuka aibnya, jangan menyerahkannya kepada musuh, dan jangan meninggikan bagian rumah sehingga menutup udara tetangganya kecuali dengan izinnya, jangan mengganggu tetangganya dengan asap makanan dari periuknya kecuali jika ia memberi segayung dari kuahnya. Jangan membeli buah-buahan untuk anak-anak, lalu dibawa keluar (diperlihatkan) kepada anak-anak tetangganya kecuali jika mereka diberi buah-buahan itu.

“Kemudian Nabi saw bersabda, “Peliharalah (norma-norma pergaulan) tetapi (sayang) hanya sedikit di antara kamu yang memeliharanya.

“Dalam hadits shahih lain yang dinyatakan, “Apabila seorang muslim mendo’akan saudaranya yang ghaib, maka malaikat berkata ‘Amin’, dan semoga kamu pun mendapat seperti itu.”

Dalam ayat 11 dan 12 Allah SWT menjelaskan bagaimana sebaiknya pergaulan di antara orang-orang beriman. Di dalamnya terdapat hal-hal yang diperingatkan Allah agar kaum beriman menjauhinya karena dapat merosak persaudaraan di antara mereka.

Diriwayatkan bahwa ayat 11 ini diturunkan berkenaan dengan tingkah laku kabilah Bani Tamim yang pernah berkunjung kepada Rasulullah saw lalu mereka memperolok-olokkan beberapa sahabat yang fakir-miskin, seperti Amar, Suhaib, Bilal, Khabbab, Salman al-Farisi, dan lain- lain karena pakaian mereka sangat sederhana.

Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, sabda Rasulullah saw,”Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan hartamu tetapi Ia memandang kepada hati dan perbuatanmu.”

Pada ayat ini pula Allah menyebutkan wanita secara khusus sebagai peringatan terhadap kebiasaan tercela kaum wanita dalam bergaul. Terdapat riwayat yang melatarbelakangi turunnya ayat ini ialah berkenaan dengan kisah Shafiyah binti Huyay bin Akhtab yang pernah datang menghadap Rasulullah saw dan melaporkan bahwa beberapa wanita di Madinah pernah menegur dia dengan kata-kata yang menyakitkan hati, seperti: “Hai perempuan Yahudi,Keturunan Yahudi dan sebagainya”, sehingga Nabi saw bersabda kepadanya, “Mengapa tidak engkau jawab saja, ayahku Nabi Harun, pamanku Nabi Musa, dan suamiku adalah Muhammad.”

Dalam ayat 10 Allah SWT memperingatkan kaum mukmin supaya jangan saling mengolokkan karena boleh jadi kaum yang diperolok-olokkan pada sisi Allah jauh lebih mulia dan terhormat dari mereka yang mengolok-olokkan dan kaum wanita pun jangan saling mengolokkan karena boleh jadi wanita yang diperolok-olokkan pada sisi Allah lebih baik dari wanita yang mengolok-olokkan.Kemudian Allah SWT melarang kaum mukmin mencela diri mereka sendiri karena mereka bagaikan satu tubuh yang diikat dengan persatuan.

Dilarang pula panggil-memanggil dengan gelar yang buruk seperti panggilan kepada seseorang yang sudah beriman dengan kata-kata : hai fasik,kafir,dsb. Panggilan yang buruk dilarang diucapkan karena gelar-gelar buruk itu dapat mengingatkan kefasikan setelah beriman. Barang siapa tidak bertaubat dari memanggil dengan gelar-gelar buruk maka akan menerima konsekuensi dari Allah berupa azab pada Hari Kiamat.

Dalam ayat 12 Allah SWT memberi peringatan kepada orang-orang yang beriman, supaya mereka menjauhkan diri dari su’uzhan / prasangka buruk terhadap orang-orang beriman. Jika mereka mendengar sebuah kalimat yang keluar dari saudaranya yang mukmin maka kalimat itu harus diberi tanggapan dan ditujukan kepada pengertian yang baik, jangan sampai timbul salh paham, apalagi menyelewengkannya sehingga menimbulkan fitnah dan prasangka. Kemudian Allah SWT menerangkan penyebab wajibnya orang mukmin menjauhkan diri dari prasangka yaitu karena sebagian prasangka itu mengandung dosa.

Allah melarang pula ghibah,namimah, dan mencari-cari aib orang lain. Mengenai definisi ghibah, Rasulullah saw bersabda, “Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci. “Si penanya kembali bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu bila yang diceritakannya itu benar ada padanya? “Rasulullah menjawab, “Kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar engkau berbuat buhtan (dusta).”(HR.Muslim,Tirmizi,Abu Daud, dan Ahmad). Sedangkan namimah dapat dibagi menjadi hamz (mencaci maki) dan lamz (mencela).(QS.Al-Humazah: 1)

Rasulullah mengecam orang yang suka ghibah dan mencari-cari kesalahan orang. Diriwayatkan oleh Abi Barzah al-Islami, sabda Rasulullah saw, “Wahai orang-orang yang beriman dengan lidahnya, tetapi iman itu belum masuk juga dalam hatinya, jangan sekali-kali kamu berghibah (bergunjing) terhadap kaum muslimin dan jangan sekali-kali mencari noda atau auratnya. Karena barang siapa mencari-cari noda mereka, maka Allah akan membalas pula dengan membuka noda-nodanya. Dan barang siapa yang diketahui kesalahannya oleh Allah, niscaya Dia akan menodai kehormatannya dalam lingkungan keluarganya sendiri.”

Adapun beberapa pengecualian dibolehkannya ghibah adalah sbb:
· Orang yang mazlum (dianiaya) menceritakan keburukan orang yang menzaliminya dalam rangka menuntut haknya.
· Jika bertujuan memberi nasehat pada kaum muslimin tentang agama dan dunia mereka.
· Dilakukan dengan niat baik dan mengharapkan ridha Allah semata.

Pada ayat 13, Allah menjelaskan bahwa manusia diciptakan-Nya bermacam-macam bangsa dan suku supaya saling mengenal dan saling menolong dalam kehidupan bermasyarakat. Dan tidak ada kemuliaan seseorang di sisi Allah kecuali dengan ketakwaannya.

Dalam suatu hadits riwayat Abu Hatim yang bersumber dari Ibnu Mulaikah berkenaan turunnya ayat ini ialah bahwa ketika fathu Makkah, Bilal naik ke atas Ka’bah untuk adzan. Beberapa orang berkata, “Apakah pantas budak hitam adzan di atas Ka’bah?”. Maka berkatalah yang lain, “Sekiranya Allah membenci orang ini, pasti Allah akan menggantinya. “Maka datanglah malaikat Jibril memberitahukan kepada Rasulullah saw apa yang mereka ucapkan. Maka turunlah ayat ini yang melarang manusia menyombongkan diri karena kedudukan,pangkat, kekayaan, dan keturunan dan bahwa kemuliaan seseorang di sisi Allah dinilai dari derajat ketakwaannya.

Ayat ini juga menyatakan bahwa persaudaraan Islam berlaku untuk seluruh umat manusia tanpa dibatasi oleh bangsa, warna kulit, kekayaan dan wilayah melainkan didasari oleh ikatan aqidah. Persaudaraan merupakan pilar masyarakat Islam dan salah satu basis kekuatannya. “Seorang mukmin terhadap mukmin yang lainnya bagaikan bangunan yang saling mengikat dan menguatkan serta bagaikan jalinan antara jari-jemari.” (HR.Muttafaq’alaih dari Abu Musa r.a.)

Rasulullah saw pernah menganggap persaudaraan antar umat Islam adalah basic yang sangat penting sehingga hal yang dilakukan beliau adalah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Anshar secara formal satu dengan yang lainnya ketika hijrah ke Madinah.

~teguran kepada semua. adakalanya, kita tak sedar kita seolah2 menceritakan tentang keaiban sahabat kita kepada orang lain terutamanya yang muslimat menceritakan hal tersebut kepada org ajnabi. mungkin kita tak sedar, hal ini mengaibkan sahabat kita sendiri. contohnya seperti hal yang berlaku di bilik, apakah perlu utk kita menceritakan hal tersebut kepada semua orang terutamanya ajnabi?? seperti perangai atau habit sahabat kita di bilik. dlm tak sedar kita dah merosakkn ukhuwwah sesama kita. perkara ini mungkin nampak seperti tiada apa2 yang serius namun tahukah kita apa yang dirasakan sahabat kita??malu???marah???

peliharalah ukhuwwah yg terbina sesama kita. sesungguhnya kekuatan ukhuwwah itu merupakan penjana iman terbesar dlm diri kita. wallahua'alam..~

Friday, December 12, 2008

keistimewaan surah al-Ikhlas

Au zubillah himinashsyaitan
nirrajim...bismilla hirrahmannirrahi m'

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu
ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w: 'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah S.A.W pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya, Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

tika mghadapi kesukaran

Apakah amalan atau bacaan yang paling baik dilakukan ketika menghadapi keadaan yang sukar atau sedih?

Sesungguhnya tidak ada petunjuk yang lebih baik berbanding petuntuk dari Nabi SAW. Seseoranng yang menghadapi kesukaran , keluh-kesah dan kesedihan bacalah doa yang diajarka oleh Nabi SAW seperti yang diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud RA Nabi SAW telah bersabda:

ما أصاب عبداً هم ولا حزن فقال “اَللَّهُمَّ إنِّيْ عَبْدُكْ ابْنُ عَبْدِكْ ابْنُ أَمَتِكْ نَاصِيَتِيْ بِيَدِكْ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكْ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكْ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكْ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكْ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكْ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكْ أنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ وَنُوْرَ صَدْرِيْ وَجَلَاءَ حُزْنِيْ وَذَهَابَ هَمِّيْ” إلا أذهب الله همه وحزنه وأبدله مكانه فرحا

Maksudya: “Tidak ada seseorang yang ditimpa keluh kesah dan kesedihan, lalu dia membaca: (maksudnya) “Ya Allah sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hamba lelakiMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku berada di dalam gengamanMu, telah berlalu ke atasku hukumanMu, adillah ke atasku setiap ketetapanMu, aku memohon kepadaMu, dengan setiap nama yang Engkau namakan diriMu dengannya, atau dengan nama yang Engkau turunkannya di dalam kitabMu, atau dengan nama yang Engkau ajarkan kepada salah seorang daripada hambaMu, atau dengan nama yang Engkau simpan ia di alam ghaib di sisiMu, untuk Engkau menjadikan al-Quran itu penghias dan cahaya hatiku, menghapuskan kesedihanku dan menghilangkan keluh-kesahku.” Melainkan Allah akan menghilangkan keluh-kesah dan kesedihannya dan Allah gantikannya dengan kegembiraan.” (Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Hibban, dinilai Sahih oleh Ahmad Syakir di dalam Syarh Sunan al-Tirmizi - al-Durar)

Abu Said al-Khudriy RA pula menceritakan:

دخل رسول الله - صلى الله عليه وسلم - المسجد ذات يوم فإذا هو برجل من الأنصار يقال له أبو أمامة فقال: يا أبا أمامة مالي أراك جالساً في المسجد في غير صلاة ؟ قال: هموم لزمتني وديون يا رسول الله قال: أفلا أعلمك كلاماً إذا قلته أذهب الله همك وقضى عنك دينك قلت: بلى يا رسول الله قال: قل إذا أصبحت وإذا أمسيت: “اللّهُمَّ إنِّىْ أعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأعُوْذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Maksudnya: “Suatu hari Rasulullah SAW masuk ke dalam masjid, terdapat seorang lelaki Ansar yang dipanggil Abu Umamah duduk di dalam masjid, Nabi SAW bertanya kepadanya: Wahai Abu Umamah saya tidak pernah melihat engkau duduk di dalam masjid bukan waktu solat? Jawab Abu Umamah: “Keluh-kesah dan hutang menimpaku wahai Rasulullah.” Jawab Nabi SAW: “Mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimat, apabila engkau membacanya, Allah akan menghilangkan keluh-kesah dan melangsaikan hutangmu.?” Beliau menjawab: “sudah tentu wahai Rasulullah.” Jawab Baginda: “pada waktu pagi dan petang bacalah: “(Maksudnya) Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang.” (Hadith sahih riwayat Abu Daud)

15 bukti keimanan

Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini ?"

Jawab kami, "Kami adalah orang beriman." Kemudian baginda bertanya, "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?"

Tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?"
Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah, percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, percaya kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk."

Selanjutnya tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu ?"
Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah, hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu."

Tanya Nabi s.a.w selanjutnya, "Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?" Jawab mereka, "Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh."

Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Nabi s.a.w berkata, "Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir sahaja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan tadi."

Kemudian Nabi s.a.w selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai ? Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan. Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati, janganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan,, berusahalah untuk mencari bekal ke dalam akhirat."

Sunday, November 30, 2008

~pemergianmu~

selepas baca 1 lirik nasyid kat blog sahabat nie, sy teringat sy pon suka sangat kat lagu dia kekasih Allah. kat kelas physio tyme takde lecturer saje pasang kuat2.pastuh, ade sorg sahabat suro sy dengar 1 lagu nie. pasal Rasulullah jugak. balik bilik, tyme nak stad biochem malam tu, sy carik lagu tue dan dengar. tak tertahan airmata mengalir. sdeyh sangat2. sy terbayang bagaimana suasana Rasulullah wafat. perjuangan baginda, kesusahan dan paling menyentuh hati sy, betapa sayangnya baginda pada ummatnya walaupon tak pernah bertemu. semoga sama- sama dapat kita ambil pengajaran dari sirah Rasulullah, perjuangan baginda dalam nak menegakkn Islam brsama para sahabat...



Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu

tanda- tanda cinta Allah

Cinta. Rasa- rasanyer bila sebut perkataan cinta, hampir semua orang dapat memahami what is love.. bagaimana perasaannya, apa tindakan dalam merasai dan menghadapinya, apakah yang dapat dirasakan apabila berjauhan. Semua orang ada perasaan cinta. Bukanlah cinta pada ajnabi, tetapi cinta pada keluarga, sahabat- sahabat.

Seringkali kita mengatakan bahwa kita cinta pada keluarga, sahabat- sahabat kita. Namun, kita terlupa untuk mengatakan cinta kita pada yg mencipta kita. Yang melahirkan perasaan cinta itu. Dan pada ketua pada segala perasaan cinta itu. Dan, ramai juga yang berkata cintakan Allah. Namun, adakah kita benar- benar merasakan cinta itu? Cuba kita renung dalam- dalam apakah benar aku mencintai Allah? Apakah benar aku mendahulukan Allah dalam setiap urusan ku andai benar aku mencintainya?

CINTA PADA KEMATIAN

Orang yang bercinta pasti tidak akan merasakan berat untuk tinggalkan kediaman mereka untuk bertemu dengan kekasihnya. Seperti kita, apabila kita mencintai seseorang, dan orang itu hendak berjumpa dengan kita, pasti kita tidak akan teragak- agak untuk keluar rumah bertemu dengannya. Pasti perasaan untuk bertemu itu meronta- ronta dek rindu yang teramat mungkin. Seperti itu juga sepatutnya kita dengan Allah. Kita tak seharusnya takut atau tidak mahu bertemu dengan kematian. Sedangkan kematian itu adalah suatu perkara yang sangat2 menggembirakan hati seorang muslim. Jika dia benar- benar seorang muslim, kerana dapat meninggalkan dunia yang penuh dengan dugaan ini.

Rasulullah SAW bersabda ;

“ Barangsiapa suka berjumpa dengan Allah, maka Allah akan suka berjumpa dengannya.” (Riwayat Muttafaqun alaih)

Seorang salafi pula berkata ;

“ Tidak ada sesuatu perkara yang lebih disukai Allah pada seseorang hamba setelah kecintaan berjumpa dengan Allah, kecuali banyak sujud.”

BERJIHAD DI JALAN ALLAH

Berperang di jalan Allah membuktikan kebenaran cinta seorang hamba yang mahu berjumpa dengan Allah. Kerana mereka yakin sekiranya mereka syahid, telah pasti tempat yang baik Allah akan kurniakan kepada mereka. Cuba kita renungi dan singkapi kembali kisah- kisah sahabat pada zaman nabi dahulu. Di mana mereka sanggup berperang dan mengeluarkan seberapa banyak harta yang mereka ada untuk pergi berperang. Semata- mata kerana apa? Kerana mereka benar- benar mencintakan Allah dan Rasul. Apakah mudah bagi seoreang suami meningglkan isteri dan anak- anak? Apakah mudah bagi seseorang meninggalkan harta dan kesenangan hanya utk berperang? Namun, mereka yakin dengan jalan Allah ini, mereka akn perolehi nikmat dan ganjaran yang lebih baik. Seperti kisah hanzalah yang baru sahaja bernikah. Sedang dia berjimak dengan isterinya, seruan berperang kedengaran. Dan dia tak bertangguh untuk menyahut seruan jihad itu dan meninggalkan isteri yang baru dinikahinya itu. Subhanallah, betapa kuatnya kecintaan dia terhadap Allah. Dan akhirnya, dia syahid dan malaikat yang memandikan jenazahnya kerana dia tak sempat untuk mandi junub sebelum pergi berperang.

“ Sesungguhnya aku cinta Allah kerana itu berperang di jalan Allah dijadikan sebagai salah satu tandanya.”

Tetapi, pada zaman ini, apakah term JIHAD itu adalah dengan hanya mengangkat pedang dan panah? Kita hidup di zaman yang belum lagi menuntut tuntutan pereang diadakan. Tidak seperti di palestin. Mereka harus berperang melawan musuh. Namun, kita? Apakah cara yang dapat kita lakukan utk menunjukkn jihad di jalan Allah itu? Pastinya dengan berdakwah.

MENUNDUKKAN HAWA NAFSU

Sahal pernah berkata;

“ Tanda cinta kepadanya adalah mendahulukan Allah atas diri sendiri”

Apakah yang dimaksudkan ngan hawa nafsu itu? Nafsu itu adalh keinginan. Sekiranya orang itu benar- benar mencintai Allah, pastinya dia sanggup mengenepikan segala kecintaannya pada benda lain hanya untuk Allah. Seperti orang bercouple contohnya, pasti ada nilai- nilai pengorbanan. Jadi, seandainya kita benar- benar mencintai Allah, pasti kita sanggup mengorbankan apa sahaja keinginan kita kerana kita tahu sekiranya perkara itu adalah salah, kita akan mendapat kemurkaanNya. Adakah kita boleh bersenang hati seandainya kita tahu bahwa orang yang kita sayang dan cinta marah kat kita?

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)” <3:14>

SENTIASA BERZIKIR PADA ALLAH

Seandainya kita mencintai sesorang atau suatu perkara itu, pastinya kita menyukai untuk bercerita tentangnya. Suka menyebut namanya( cam jiwang sangatla pulak). Tetapi jika kita mencintai Allah, seharusnya kita suka menyebut namanya. Selalu teringatkannya. Dan tak pernah bosan untuk menyebut nama Allah. Suka mengingati Allah, mencintai RasulNya, suka membaca Al Qur’an sebagai kalamNya dan mencintai setiap orang yang mencintai orang yang mencintai Allah dan RasulNya. Di dalam buku riyadussalihin, seandainya Allah mencintai seseorang itu, akan dipanggil Jibril untuk menyintai hambaNya itu juga, dan Jibril akan menyampaikan kepada semua penghuni langit untuk sama- sama menyintai orang itu. Alangkah bahagianya apabila dicintai oleh semua penghuni langit dan bumi.

“Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.”<2:152>

Sufyan berkata :

“Barangsiapa mencintai orang yang mencintai Allah, sesungguhnya ia telah mencintai Allah. Barangsiapa yang memuliakan orang yang mengagungkan Allah, sesungguhnya dia telah mengagungkan Allah.”

BERMUNAJAT KEPADA ALLAH

Ibrahim bin Adham pernah ditanya sewaktu turun dari gunung lalu menjawab ;

“Dari bersenang- senang dengan Allah”

Antara tanda cinta adalah suka bersenang-senang sewaktu bermunajat dengan kekasih yang dicintai. Bermunajat di sini bererti melaksanakn qiyyam. Qiyyam digalakkan dan ianya boleh dilakukan pada 2/3 malam. Pada waktu itu, suasana sangat sunyi, damai. Dan kita meluangkan masa yang indah tersebut untuk bertemu denganNya, berdua denganNya. Alangkah nikmatnya dapat bersama- sama dan bersenang- senang dengan yang kita cintai. Dapat bercerita dan meluahkan setiap apa yang terjadi pada diri kita. Betapa tenangnya hati apabila dapat meluahkan segala masalah yang terbuku di hati padaNya. Kerana setiap apa yang berlaku tidak lain dan bukan adalah datang dariNya.

Abu Bakar ra berkata;

“ Barangsiapa merasakan kenikmatan kejernihan mencintai Allah, nescaya perhatiannya tercurahkan kepadaNya disbanding semua manusia.”

TIDAK BERDUKACITA DENGAN KEHILANGAN SESUATU

Seseorang yang mencintai Allah tidak terlalu berdukacita ketika mengalami musibah atau kehilangan sesuatu. Sebaliknya dia akan berduka apabila kehilangan waktu untuk berzikir kepada Allah dan melakukan amal ketaatan.

Ulama golongan ariffin berkata ;

“Sesungguhnya Allah mempunyai sejumlah hamba yang sangt mencintaiNya dan memperolehi ketenteraman bersamaNya. Kehilangan apa saja yang dialami tidak meningglkan bekas sama sekali. Mereka tidak begitu memerhatikan urusan yang berhubungkait dengan dirinya. Itu terjadi kerana kekuatan yang menguasai diri mereka untuk sempurna dan apa saja yang dikehendaki mudah didapati maka apa saja yang terlepas dari mereka, maka direnungkan secara baik.”

Sekiranya kita kehilangan seorang yang kita sayangi, seperti ahli keluarga yang kembali ke rahmatullah. Memang kita perlu bersedih namun sekiranya kita hayati dan renungi kembali, kita perku bersyukur kerana ahli keluarga kita telah menemui Allah, iaitu kekasih kita. Dan kita perlu sentiasa memperbaiki diri untuk membawa sebanyak mungkin bekalan(hadiah) dan persiapan berjumpa denganNya.

NIKMAT MELAKSANAKAN KETAATAN

Ulama sufi berkata ;

“Aku bangun di tengah malam selama 20 tahun, selama itu aku benar- benar menikmatinya dan beramal atas dasar kecintaan tidak akn meletihkan badan.”|

Al-Junaid pula berkata ;

“Tanda orang yang mencintai Allah adalah giat dan rajin membina syahwat yang meletihkan badan tetapi tidak meletihkan hati.”

MENJALIN KASIH SAYANG SESAMA MAKHLUK

Orang- orang yang mencintai Allah akan sentiasa duduk, berkumpul, berbincang bersama- sama untuk mencari keredhaanNYA. Seperti yang kita ketahui, kasih saying sesame makhluk itu hanyalah sedikit percikan kasih saying Allah pada hambaNya. Cuba kita bayangkan, kalau kita dah saying mak ayah kita dengan saying yang teramat, itu baru sedikit percikan kasih sayangNya, apatah lagi jika kasih saying DIA?? Pastinya kasih saying Dia tak dapat ditandingi sesiapa pun.

“Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.”<5:54>

TAKUT BERPALING DARIPADA ALLAH

(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)."<3:8>

Orang- orang yang mencintai Allah akan merasa takut seandainya satu hari nanti hatinya dipalingkan Allah. Mereka takut untuk berhadapan dengan Allah dengan keadaan diri yang jahil. Mereka sangat- sangat takut akhirat nanti Allah tidak ingin langsung melihat dirinya.

Itulah 9 tanda- tanda orang yang mencintai Allah. Contohilah rabiatul adawiyah yang sangat- sangat mencintai Allah. Dia menjadikan seluruh jiwa, hati dan hidupnya hanya untuk cinta Allah. Mampukah kita jadi sepertinya? Renungi dan insafilah semula diri kita. Semoga kita benar- benar mempunyai kesemua cirri- cirri di atas. Tidakpun, sekurang-kurangnya ada, dan terus berusaha untuk menggapai cinta dan redhaNya

Monday, November 24, 2008

manfaatkan winter ni~

"Wahai orang yang berselimut(Muhammad)!Bangunlah (untuk solat) pada malam hari, kecuali sebahagian yang kecil, (iaitu) separuhnya atau kurang sedikit dari itu, atau lebih dari seperdua itu, dan bacalah Al-Qur'an itu dengan perlahan"
(73:1-4)

Menghadapi winter nih, memang menjadi kebiasaan dan kesukaan kebanyakan orang untuk tidur lebih lama cz subuh lambat katanya. dan memang dapat dirasai betapa bestnya tido waktu winter nih. suasana sejuk, sunyi, panjang lak tuh malamnyer. tapi, di sebalik waktu malam yg Allah dah bagi kerehatan utk kita semua nih, mengapa tidak kita ambil kebaikan darinya dengan melakukan ibadah padaNYA??

melakukan qiyyam di malam hari. solat tanpa ada gangguan sesiapa, tanpa sebarang bunyi, alangkah nikmatnya suasana itu. berdua dengan pencipta. melahirkan rasa rindu, sayang dan cinta yang tak dapat digambarkan kenikmatannya. airmata sebagai penghias ibadah. melahirkan kekhusyukan yang mungkin tidak dapat dinikmati pada waktu lain.

namun, mungkin ada banyak penghalang utk melakukan qiyyam ini. adakalanya manusia merasakan tak larat, ngantok, tp bukankah Allah dah menjanjikan kekuatan dalaman buat insan yg melakukan qiyyam?? banyak lagi kebaikan yang boleh kita dapat dengan melakukan qiyyam ni.

Rasulullah saw bersabda:"Sewaktu salah seorang kamu tidur,di pembaringanmu syaitan mengikatkan tiga ikatan.Pada malam yang panjang,hendaklah kamu bangun.Jika telah bangun dan berzikir kepada Allah,maka lepaslah satu ikatan.Jika berwudhuk,lepaslah satu ikatan lagi.Jika kemudian apabila solat,lepaslah satu ikatan lagi.Sehingga apabila kau bangun di waktu pagi dengan penuh semangat dan berjiwa lapang.Jika tidak,maka jiwamu sempit dan malas."

seandainya ada wujud perasaan malas, dan rasa tak mampu melawan mengantuk, cuba kita bayangkan, betapa gembiranya syaitan- syaitan pabila mereka berjaya menggoda kita?? mereka berpesta tatkala melihat kita menarik semula comforter dan tidur dengan lenanya. dan melupakan niat utk qiyyam yang telah dilahirkan sebelum tidur itu.

sahabat- sahabat..manfaatknlah winter yg Allah kurniakan ini. sebelum summer menjelma. di mana siang yg sangat panjang dan malam yg sangat sedikit. sama- samalah kita berusaha mendekatkan diri pada Allah. moga mendapat kekuatan untuk menempuh kehidupan di dunia ni. insyaALLAH..

Thursday, November 20, 2008

jzkk kak...

alhamdulillah...semalam dapat jugak pegi klinik walaupon terpaksa kuar kelas biochem awal..hmm, ada infection kat nasopharynx..sume organ yg respiration tract lalu kene infection..dats why sakit sgt2 until sy nangis bangun2 pagi...

juz nak ucapkan beribu or sejuta or tak tau nak ungkap camane kat kk hidayah dan awe yg sanggup bersusah payah bawak sy ke klinik...sy tersentuh sgt2 bila tgk awe ttdo dekat klinik tyme menunggu tuh..rasa bersalah sgt2..bersalah yg teramat..hmm, dorang baru abes kelas tapi sanggup bawak sy ke klinik kat kievs tuh..agak jauh la jugak nak berjalan..hmm...sy tak tahu nak balas camane jasa mereka berdua..

tp bak kata kk dayah, lahirkan terima kasih pada Allah...yap! terima kasih pada Allah yg mmpertemukan sy dengan org2 yg mgkin kalo sy tak dtg russia, sy tak dpt jumpa mereka..alhamdulillah...lagi 2 tahun kk dayah dah abes stad..n at that tyme, sy dah kene berdikari..hmm...so 2 tahun ni kene latih diri berdikari insyaallah...

at last...TERIMA KASIH KK DAYAH..TERIMA KASIH AWE...:)
farahin doakan akk dan zauj berbahagia sampai ke syurga..dan teguh dalam jalan dakwah...

Monday, November 17, 2008

rindu ukhuwwah itu!!!!!!

alhamdulillah..semalam selesai jugak daurah DF..walaupon dlm bilik yg kecik, tp alhamdulillah...memang pada mulanya, takut gak if sakit kepala tak ilang2 lagi. tapi sy kuatkan gak semangat utk ke kahov dan cuba utk melawan perasaan dan sakit kepala tuh..sy nak sgt2 jumpa ssters..tgk semangat ssters..n sy yakin ngn tengok semangat mereka sy akan sembuh..alhamdulillah, bila jumpa mereka, seolah2 sy seperti dah sembuh fully...but batuk n selesema tuh mmg tak boleh nak cover la..rindu sgt2 suasana daurah itu...sy rndu sgt2!!!

yg mmbuatkan sy tergerak utk menulis pada pagi hari b4 ke lecture histology ni, bukan utk berkongsi tentang pe sy dapat semalam..namun, kerana tiba- tiba sy teringatkan apa yg sahabat sy, iman cakap kat sy semalam...

dlm perjalanan balik tuh...

farahin: so, amacam iman??budak2 yugo??ada peningkatan tak ye??

iman: hmm, camtula. n aku lom lagi smpaikan yg betul2 serius lagi. ko paham2 jela aku kan happening. suka wat2 lawak. nnti bila aku tgk dorg dah ada peningkatan, insyaALLAH aku akan smpaikn la serius2..hehe...

farahin: owh, ok iman..aku dgr ko byk bg dorg homework ek??

iman: takla..aku bg cket je..

farahin: tp ok jer iman..aku suke tgk dorg carik2 kat internet psl hal2 agama nih..alhamdulillah...hepy aku..

dah sampai kat pintu metro kahov..

iman: ok farahin..weyh...ko jaga budak2 aku elok2 tau..(sambil menumbuk bahu sy)

farahin: insyaALLAH iman...ko pun k..jaga budak2 yugo utk aku tau...(membalas tumbukannyer~tumbukan manja k)

iman: hehe...ok farahin..insyaALLAH..jaga diri baik2 ye farahin..

farahin: insyaALLAH iman...doakan aku selalu k...

then, sy pun bersalam- salaman ngn kk aisyah, farahdiba..after lafazkan salam dan mmberi pandangan terakhir, kamipun bergegas masuk ke metro cz takut ade cam mamat rusia pelik kat situ..balik2 sampai hostel jer, ada celebration besday my classmate..yg mane sy pon dah bosan tgk muka dia..cz dari form 1 smpai la skang still sekelas..hmm, hepy birthday luqman!!!

pagi nih, bila sy tgk balik vdei las tas aluni, ttbe hati sy tersentuh sgt2 dan airmata ngalir...hmm, tak salahkan ngalirkan airmata kerana perjuangan ni??hmm..dan ttbe sy rindu sgt2 kat mereka...rndu sgt2 kat sume ssters..walaupon jap lagi dah nak jumpe, tapi sy ttbe rindu sgt2...hmm..YA ALLAH.kekalkanlah tautan hati kami ini YA ALLAH..jgnlah Kau biarkan kami berpecah belah...amiin...

Sunday, November 16, 2008

erti syukur

Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah

Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan - Lepas dari pandangan -
Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku lupa
Adakala aku leka
Ampunilah...
Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui

Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai
RahmatMu Tuhan

Aku bersyukur Ya Allah
Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah

Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu Yang Esa

~jadikan aku insan yg senantiasa bersyukur dan ingat padaMu Ya Allah..~

Saturday, November 15, 2008

sabar dan sakit

barangsiapa ingin selamat daripada azab Allah, mendapatkn pahala dan rahmatNya dan masuk ke syurgaNya, hendaklah dia menahan nafsu daripada segala keinginan dunia, di samping sabar atas segala kesulitan dan musibahnya. Allah menyukai org2 yg sabar. sabar mmpunyai byk macam. sabar melaksanakan perintah, sabar meninggalkan laranganNya, dan ketika menghadapi bencana. Barangsiapa bersabar kerana taat,maka pada hari Kiamat Allah mmberikannya 300 darjat di syurga. tiap- tiap darjat itu berjarak atr langit dan bumi. Dan barangsiapa yg sabar meningalkn larangan Allah, maka pada hari akhirt, Allah akan mmberinya 600 darjat. Tiap darjat atr langit dn bumi ke tujuh. Adapun org yg sabar atas bencana dan musibah, maka pada hari akhirat Allah akan mmberinya 700 darhat di syurga. Tiap- tiap darjat di antara Arasy dan Tsura.

Dirawikan drpd Nabi Muhammad SAW, sesungguhnya baginda bersabda, “Allah telah berkata:

“Barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia memohon perlindungan daripadaKu, pasti Aku akan mmberinya sebelum Dia meminta. Dan barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk, pastiKu tutup semua pintu langit baginya.”

Maka bg org yg berakal wajiblah dia bersabar atas bencana yg menimpa. Tidak ragu atau mengadu kepada makhluk. Maka dia akan selamat daripada seksa dunia dan akhirat. Sesungghnya bencana yg paling pedih hanya menimpa para nabi dan para wali.

Junaid al- Baghdadi ra telah berkata, “bala merupakan pelita org yg arif, menyerdarkn org murtad, mmperbaiki org mukmin dan menghancurkn org yg lengah(lupa). Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”

“Barangsiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh.”

Telah berkata Adl Dlahak ra, “Barangsiapa tidak dijui antara tiap- tiap empat puluh hari dengan suatu bala, kedukaan atau musibah, maka tidak ada kebaikan baginya di sisi Allah.”

Daripada Muaz bin Jabal ra, beliau berkata, “Ketika Allah menguji hamba yg mukmin dengan suatu bencana, Dia berkata kepada malaikat pencatat amal buruk, “hapuskan catatan daripadanya.” Dan berkata kepada pencatat amal baik, “Tuliskan utk hambaKu yg lebih baik daripada apa yg dia perbuat.”

Tersebut pula dlm sebuah hadith. Daripada nabi SAW, baginda bersabda,

“Ketika seorang hamba sakit, Allah mengutus dua malaikat kepadanya, seraya berkata, “Lihatlah kalian apa kata hambaKu.” Jika dia berkata ‘Alhamdulillah’, maka diberitahukan kepada Allah, Dia lebih tahu, lalu berkata, “Aku berjanji utk hambaKu. Jika aku mematikannya, ku masukkn dia ke syurga. Dan jika aku menyembuhnya, Ku ganti dia daging yg lebih baik daripada daging serta darah yg lebih baik darahnya. Dan Aku hapuskan pula keburukannya.”

Ibnu Aththok berkata, “Akan terbukti keteguhan dan kebohongan seorang hamba sewaktu berlakunya bencana mahupun kemakmuran. Barangsiapa bersyukur di saat makmur, tetapi mengeluh bila ditimpa bencana, jelas dia orang yg dusta. Meskipon org yg mmpunyai segudang ilmu, tetapi mengeluh jika terkena angina bencana, sungguh tidak berguna ilmu dan amalannya. Allah telah berfirman dalam hadith Qudsi:

“Barangsiapa yg tidak rela dengan keputusanKu dan tidak bersyukur pula dengan pemberianKu, hendaklah dia cari Tuhan selain Aku!”

Wahab bin Munabbah bercerita: Ada seorang nabi telah menyembah kepada Allah selama 50tahun. Kemudian dia mendapat wahyu dari Allah mengatakan, “Aku telah mengampunimu.” Dia bertanya, “Mengapa Engkau mengampuniku sedangkan aku tidak pernah berdosa?” Kemudian, Allah memerintahkan sebatang pohon menimpanya sehingga dia kesakitan dan tidak tidur semalam suntuk. Kemudian dia mengadukan perihalnya itu kepada Allah. Maka pohon itu berkata, “Sesungguhnya Allah berkata kepadamu bahawa ibadah 50 tahun itu belum cukup utk menebus keluhan itu.”

~hmm, agak sdeyh tak dapat berjumpa adik2 usrah minggu nih. Rindu yg teramat. Tapi mungkin Allah nak bagi waktu utk berehat sebentar ngn demam nih. Alhamdulillah, akhirnya, dapat jugak diadakan daurah shahadatul haq. Moga esok diri ini mendapat kekuatan utk ke daurah di khahov pula insyaALLAH…~

Sunday, November 9, 2008

di sebalik atas nama cinta

1st tyme masa dengar lagu ni, dah terasa best sangat- sangat cz sy as manusia biasa tak lari dari terasa perasaan fitrah manusia ni. but sy tahu sekarang ni bukanlah masa utk memikirkan tentang hati dan perasaan nih, dan andai sy mencuba utk melawannya, Allah hitung tiap pengorbanan sy. n lagu nih sgt- sgt sesuai buat semua remaja. semoga kita tak leka dek cinta manusia..dan carila cinta Allah yg sebenar-benar dan pemilik cinta..:)


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

cinta manusia dalam Islam

CINTA : Ungkapan Disebalik Rasa Ungkapan cinta sememangnya intim dalam kamus kehidupan insan. Namun begitu, bukan bermakna kita sudah mempunyai pengertian yang tepat mengenainya. Akibatnya cinta seringkali disalah tafsiran. Salah tafsiran mendorong kepada salah tindakan.

Cinta seringkali menjadi sesuatu yang pedih, adakalanya jijik dan mengecewakan. Ramai yang kecewa kerana cinta, lalu berderetanlah kubur cinta sepanjang zaman. Lihatlah nisan percintaan yang terukir seperti Romeo dan Juliet, Uda dan Dara, Laila dan Majnun dan seterusnya. Perasaan fitrah ini sememangnya mengundang perasaan ingin mencintai dan dicintai sesama insan. Hati memerlukan cinta sama seperti jasad perlukan makanan. Anehnya apa yang kita rasai tidak semestinya kita fahami. Lalu apakah sebenarnya cinta itu ???

Definasi : Cinta adalah perasaan sangat sayang yang terpamir melalui tindakan atau perbuatan. Cinta sebenar perlu dibuktikan, bukan sekadar pendaman rasa atau luahan kata. Namun praktikal "Love Is A Verb" ini sangat terbatas bila hubungan cinta dijalinkan sebelum perkahwinan. Jika dicuba juga mempraktikkanya besar kemungkinan cinta itu membawa kepada perbuatan terlanjur lalu melanggar hukum cinta dari Allah. Cinta dan Penciptanya : Untuk mengetahui segala-galanya tentang cinta, manusia perlu merujuk kepada Pencipta cinta itu sendiri, yakni Allah s.w.t. Tuhan mencipta cinta maka Dialah yang Maha Mengetahui sifat dan rahsianya. Cinta itu indah kerana dicipta oleh Yang Maha Indah.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Allah itu indah dan cintakan keindahan" (mafhum hadis).

bukan sahaja indah, cinta yang diciptakan Allah ini bertujuan untuk menyelamatkan, mententeramkan dan membahagiakan manusia. Tidak kira sama ada dalam komunikasi antara manusia dengan Tuhan atau sesama manusia. Cinta adalah perantaraannya.

Tegasnya cinta mempunyai fungsi dan natijah yang sangat besar dalam kehidupan. Disamping itu juga, Allah mengurniakan hukum cinta yang mesti dipatuhi demi mencapai maksud penciptanya. Dengan "hukum" itu, Allah mengatur agar cinta sentiasa selamat dan menyelamatkan. Begitulah cinta dalam Islam, ia mempunyai kaedah dan peraturan demi kemurnian dan kesuciannya. Selagi manusia berpegang kepada peraturan ini, selagi itulah cinta terpelihara dalam sifat fitrahnya yang asal, yakni murni, indah dan mententeramkan. Sebaliknya, jika peraturan ini dilanggari, cinta akan bertukar menjadi kotor, jijik dan menyeksakan.

Peraturan : Untuk menjamin keindahan percintaan itu, maka peraturan dan hukum Allah perlu dijaga.

Peraturan pertama yang perlu dipatuhi ialah "cinta itu mesti dibina atas dasar cinta Allah". Cintailah sesiapa pun tetapi mestilah kerana Allah. Namun, meletakkan cinta hanya kerana Allah tidaklah menghalang meletakkan cinta kepada yang lain. Apa tandanya kita mencintai seseorang atas dasar "cinta Allah" ??

Pertama, mestilah dipastikan kecintaan itu tidak melebihi cinta kepada Allah. Kita akan sentiasa mendahulukan kehendak kecintaan utama kita (Allah) daripada kehendak "kecintaan-kecintaan" kita yang lain.
Kedua, cinta itu mestilah tidak melanggar batas-batas syariat. Jangan cinta menyebabkan kita berdosa kerana tidak melaksanakan apa yang diperintahNYA dan melanggar apa yang dilarangNYA.

Apabila dua syarat ini dilanggar, maka cinta tidak akan murni dan berkekalan lagi. Inilah punca patahnya cinta selepas perkahwinan. Tetapi sekiranya dua hukum cinta ini dipatuhi maka di sinilah pula letaknya keindahan cinta selepas perkahwinan. (Terus Ikuti Fokus Cinta II, III & IV)



<^Fokus Cinta II^>

Merubah CINTA Budaya Bukan mudah hendak mengubah persepsi kita tentang bercinta. Sekian lama kita membentuk satu tanggapan dalam fikiran bahawa cinta adalah pra-syarat perkahwinan. Bahawa perkahwinan itu mesti didahului oleh hubungan cinta. Ada "dating", hubungan telefon dan lain-lain. Bila dikatakan ada keindahan cinta selepas perkahwinan, kita menganggap janggal kerana ia berbeza dari persepsi kita tentang cinta. Oleh itu bermacam-macam persoalan timbul. Bolehkah bahagia bila berkahwin tidak didahului hubungan cinta? Bolehkah serasi? Dan bermacam persoalan lagi. Mungkin kerana itulah agaknya ramai yang menganggap kehangatan cinta akan mendingin selepas berkahwin lalu mereka ingin menikmati kehangatan itu sepuas-puasnya sebelum perkahwinan. Dan ada yang mengambil masa yang cukup panjang untuk bercinta sebelum perkahwinan, kononnya mencari keserasian agar cinta terus berkekalan setelah perkahwinan.

`Cinta Sebelum Perkahwinan`

Bercinta sebelum kahwin mempunyai berbagai risiko yang bukan sekadar zina mata dan hati malah zina yang lebih besar yang boleh mengganggu jiwa sebab cinta sebelum kahwin ini adalah bersalut nafsu dan syaitan. Dalam keadaan sebegini bagaimana mungkin kita memiliki khusyuk di dalam sembahyang kalau diri diselaputi iblis dan syaitan?? Apabila hati kita diisi oleh cinta manusia dan nafsu, tiada tempat untuk cinta Allah. Oleh yang demikian Islam amat menekankan kawalan terhadap hati agar tidak mudah terpesong meletakan neraca perasaan cinta kepada yang bukan hak melalui amalan seperti doa dan sebagainya. Antara doa yang patut diamalkan :

" Ya Allah, Kurniailah aku cinta-Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk"

Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau menjadikan cinta kepada orang yang hampir dengan Allah. Jika seseorang itu cinta kepada manusia, ia mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah. Oleh itu jika kita sudah "fall in love", pastikan apakah cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di dalam sembahyang dan bertambah ibadah. Tetapi kalau cinta itu semakin menambahkan maksiat, bermakna cinta itu didorong oleh nafsu.

Namun begitu adakala cinta itu datang tanpa dipinta. Atau dalam erti kata yang lain "cinta pandang pertama" yang sememangnya tidak diundang yang boleh menganggu minda dan imaginasi. Dalam keadaan yang sedemikian kita amat digalakkan untuk mengamalkan doa tadi. Kedua, mengerjakan solat Istikharah dan berdoa :

" Ya Allah, aku suka orang ini, kalaulah dia ini betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia akhirat, pertemukanlah jodoh kami. Jadikanlah dia isteri (atau suami) ku. Kalau tidak baik, Ya Allah, elakkanlah"


"if you love someone" mintalah kepada Allah yang mencipta diri kita. Ini kerana orang yang kita cintai itu juga adalah makhluk Allah. Allah berhak untuk menjadikan makhlukNya suka atau tidak.

Silap kebanyakkan kita sekarang ini, terus direct kepada empunya diri. Persoalan yang penting sekarang ialah apakah yang diperolehi oleh mereka yang bercinta sebelum kahwin apabila mereka sudah saling mengetahui segala perkara mengenai diri masing-masing. Sudah tidak ada nikmat selepas kahwin. Apatah lagi kalau sudah terlanjur, kemudian kahwin pula dengan orang lain dan ternyata suami itu cinta kepadanya. Individu akan menyesal kerana `she got nothing to offer` kepada suami yang betul-betul mencintainya. Ini akan melahirkan perasaan dendam dan bersalah. Jadi eloklah dijagai perhubungan kita.

`Cinta Selepas Perkahwinan`

Bercinta selepas kahwin adalah merupakan sunnah Rasul. Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat tradisi perkahwinan Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya yang serba indah. Tetapi cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai yang berkahwin atas pilihan ibubapa dan perkahwinan itu ternyata berjaya.

Para ibubapa ketika itu memilih calon menantu mereka berdasarkan panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui sabdanya :

" Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan". (mafhum hadis)

Bukan itu sahaja, malah trend masyarakat ketika itu juga sangat memandang tinggi nilai akhlak dan budi. Jadi perkahwinan melalui orang perantaraan (match maker) yang dipercayai kesolehannya juga mudah dilaksanakan. Dan perkahwinan tanpa didahului cinta sudah menjadi perkara biasa pada ketika itu. Namun ini tidaklah menafikan perkara-perkara yang boleh dan memang dibenarkan oleh syariat untuk dilakukan sebelum sesuatu perkahwinan dipersetujui. Misalnya, seseorang dibolehkan melihat calon isteri atau suami, menyelidiki maklumat tentang pekerjaan, peribadi dan lain-lain latar belakang calon. Ini semua dapat dibuat dengan adanya pengaturan orang tengah - sama ada terdiri daripada keluarga atau teman-teman yang rapat. Tegasnya tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan maklumat tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan. Tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih panjang malah akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan. Marilah kita dekatkan semula keindahan cinta dengan mendekatkan diri kepada Pencipta cinta. Rumahtangga pasti berseri apabila suami isteri sama-sama cintakan Ilahi.

<^Fokus Cinta III^>

CINTA : Antara Runtunan Nafsu Dan Tuntutan Syariat Pada awal kurun ini, masyarakat Melayu Islam telah dikejutkan dengan suatu reformasi baru yang dikemukakan oleh Agus Salem, salah seorang pengasas Syarikat Dagang Islam sekitar tahun 1911. Beliau menyarankan kepada pemuda pemudi yang terdedah dengan benih-benih pergaulan bebas yang diajar oleh penjajah ketika itu supaya bercinta sesudah berumahtangga. Fikiran ini dimahsyurkan lagi ke tengah-tengah masyarakat Melayu Islam oleh Bapa Hamka (HJ Abdul Malik Karamullah).

Selepas itu, masyarakat mula mengkaji apakah yang lebih berkesan sama ada bercinta sebelum berumahtangga ataupun bercinta sesudah berumahtangga. Suatu perkara yang sudah pasti, bercinta dan berkasih sayang adalah suatu yang teramat penting sesudah berumahtangga kerana dua rukun inilah menjadi tiang seri yang paling ampuh dalam pembentukan keluarga.

Persoalannya, adakah bercinta itu penting dan perlu sebelum berumahtangga??.

Jawabnya : perasaan tersebut perlu ada dalam hati kedua-dua bakal suami isteri, tetapi tidaklah membawa kepada wujudnya pergaulan atau melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh Syariat Islamiah seperti membuat "dating" dan lain-lain lagi.

`Tanggungjawab`

Bakal suami isteri perlu mengetahui bahawa rumahtangga suatu tanggungjawab yang perlu dipikul bersama. Ahli falsafah menyatakan bahawa cinta adalah suatu perasaan yang dimiliki oleh semua manusia, laksana getah-getah yang ada di pokok-pokok getah atau madu-madu yang ada di pokok bunga. Maka perasaan ingin menyayangi dan ingin disayangi itu bersebati dalam diri manusia semenjak dia dikeluarkan dari perut ibunya. Pasangnya sukar dibatasi apabila perasaan tersebut melodak di dalam jiwa, surutnya sukar digumbai apabila perasaan dingin menguasai diri dari jiwa manusia yang kecewa terhadapnya.

Secara fitrahnya manusia yang kecewa terhadap cinta akan bermuhasabah terhadap harga dirinya. Kadang-kadang muhasabah itu mengajar bertindak dengan cara yang betul, dan kadang-kadang pula ia menghalakan manusia ke arah yang memusnahkan. Manakala manusia yang dilodaki oleh perasaan tersebut pula akan merasa gembira dan riang sehingga membolehkan dia membuat suatu perubahan yang besar dalam dirinya sama ada ke arah baik atau sebaliknya. Ini bererti alam percintaan adalah suatu jambatan yang mengubah masa depan manusia yang merentasinya. Oleh itu, alam percintaan adalah suatu persediaan untuk mengenali dan memahami erti tanggungjawab. Manusia yang bercinta sentiasa menghadapi tekanan saraf dan perasaan. Sewajarnya manusia yang melalui perkara tersebut belajar menghayati erti pengorbanan. Sekiranya seorang lelaki yang mencintai perempuan tetapi dia tidak sanggup berkorban untuk perempuan tersebut maka cinta yang dilafazkannya adalah palsu dan penuh kepura-puraan, Perempuan yang cerdik tidak boleh mempercayai lelaki yang sebegitu dan demikianlah sebaliknya.

Ahli Hukama` menegaskan : "nilailah harga kasih sayang pasanganmu itu melalui pengorbanannya bukan melalui ungkapan bicaranya".

Lantaran itu kita mendapati realiti kehidupan sentiasa mencatatkan pasangan yang mampu mencapai hakikat kebahagiaan ialah manusia yang berkahwin untuk mendidik, manakala manusia yang berkahwin berdasarkan fantasinya semata-mata seringkali menemui kemusnahan dalam pembentukan rumahtangga. `Ganjaran Dari Allah`

Perkahwinan adalah suatu sunnah dari Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi sebelumnya. Suatu perkara yang perlu dikaji akan hikmah percintaan yang dilakukan oleh Baginda s.a.w ialah Baginda menyarankan kepada bakal-bakal suami untuk mencari gadis-gadis untuk dikahwini tetapi beliau sendiri memperisterikan perempuan-perempuan janda, hanyalah Aisyah r.a seorang sahaja yang masih gadis ketika dikahwini. Hal ini tentulah menggambarkan kepada kita tentang persediaan pengorbanan dan menyempurnakan tanggungjawab yang telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w sebelum melalui gerbang perkahwinan. Rasulullah s.a.w telah menerangkan bahawa diantara golongan yang mendapat dua ganjaran pahala ialah seorang yang memerdekakan hambanya lalu mengahwininya.

Al-Mawardi menyebut di dalam kitabnya (peradaban dunia dan agama): adalah baik bagi seseorang mencari pasangannya dengan tujuan menolong dan membantunya, kerana perkara ini akan mematangkannya untuk menjalankan tanggungjawab dan berkorban setelah berumahtangga kelak.

`Fantasi Dan Khayalan`

Sebelum berkahwin manusia seringkali mengkhayalkan belaian-belaian dan pujuk rayu pasangannya, padahal gambaran khayalan itu hanyalah berlaku dalam jarak masa yang singkat berbanding dengan liku-liku perjuangan yang terpaksa ditempuhinya. Perkara ini adalah lumrah semulajadi semua manusia. Tanpa kawalan agama ianya akan menjerumuskan manusia melakukan kerja-kerja keji sama ada dihadapan khalayak ramai atau ketika berseorangan. Manusia yang tiada matlamat hidup seperti golongan barat, sebagaimana yang ditonjolkan dalam media massa akan cuba memanjangkan tempoh fantasi ini sekalipun ianya bukanlah suatu yang boleh berpijak di alam nyata. Lantaran itu kehidupan mereka akan menjadi musnah dan kebahagiaan yang dikhayalkan itu bukan dapat dicapai sekali-kali. Masyarakat Islam sepatutnya mestilah mempelajari panduan-panduan hidup yang kuat agar dapat membersihkan diri daripada anasir-anasir yang boleh memusnahkan diri. Sewajarnya masyarakat kita menjadikan perjalanan-perjalanan untuk bekas-bekas bohsia sebagai pengajaran yang disempadani, bukannya untuk melonjak-lonjakkan nafsu syahwat yang menghancurkan pula masa depan mereka sendiri.

Kesimpulannya, untuk mengharungi arus kehidupan yang sememangnya dipagari dengan pelbagai ujian, kita sebagai hambaNya perlulah kembali bermuhasabah dan terus berusaha pada setiap ketika agar kita tidak tergolong dikalangan orang-orang yang cintakan dunia lupakan akhirat, cintakan kehidupan bencikan kematian.

Sememangnya ketiga-tiga musuh utama kita (Syaitan, Nafsu dan Dunia) tidak pernah dan tidak akan membiarkan kita pergi begitu sahaja meninggalkan mereka, sebaliknya ketiga-tiga mereka ini akan terus berusaha untuk lebih gigih bagi terus menjerumuskan kita ke arah kesesatan. Jadi, marilah sama-sama kita berhasrat untuk memerangi ketiga-tiga musuh ini dengan tindakan bijak bermula dari saat ini.

Berikut dihuraikan serba ringkas untuk perkongsian bersama :

1. Iblis/Syaitan : sememangnya mereka ini merupakan musuh kita dunia akhirat dan mereka telah pun berazam dan bersumpah didepan Allah untuk menyesatkan kesemua golongan manusia. Hasilnya skrg, kita dapat lihat sendiri keadaan yang berlaku diserata dunia bahkan dinegara kita sendiri bagaimana manusia semakin hilang norma2 kemanusiaan dan seumpamanya. Yang menambah parahkan lagi ialah kita tahu bahwa mereka ini adalah musuh kita yg sebenar-benarnya tetapi kita tidak pernah berusaha untuk menentangnya bahkan kita semakin lalai dengan pujukan-pujukan mereka hingga kita sendiri semakin hari semakin rosak dengan kehidupan kita. Jadi, antara punca-punca utama untuk kita memiliki keimanan yang jitu kepada Allah s.w.t, kecintaan yang utuh serta kerinduan yang tidak berbelah bagi kepadaNya ialah dengan memerangi pujukan-pujukan iblis/syaitan selama-lamanya.

Perlu di ingat! kalaupun kita telah berjaya mengatasi halangan yang pertama ini tidak semestinya kita akan terus berjaya memiliki iman/cinta yang perfect, sebabnya masih ada dua halangan sesudahnya (nafsu dan dunia). Contohnya kita lihat pada bulan ramadhan, semua iblis/syaitan akan dikurung oleh Allah tetapi dalam masa yang sama masih ada orang-orang Islam yang melakukan maksiat yang didorong pula oleh nafsu dan dunia. Jadi sama-samalah kita berfikir dan mencari jalan terbaik untuk memerangi dengan sepenuh kekuatan halangan yang pertama ini. Selalulah merangka lalu mengamalkan semua amalan-amalan kita zahir dan batin menuju kearah marhdatillah (keredhaan Allah) sepanjang masa.

2. Nafsu : merupakan halangan yang kalaupun tidak sehebat halangan yang pertama tadi ianya hampir-hampir menyamainya. Ana ceritakan secara ringkas mengenai nafsu : Ada satu riwayat mengisahkan bahawa setelah Allah jadikan nafsu lalu Allah soal dia (nafsu) siapakah engkau wahai nafsu? lalu jawabnya : aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau...lantas Allah rejam dan kurung dia di dalam neraka yg paling panas selama beribu tahun, kemudian diangkat semula, dan ditanya lagi, siapakah engkau wahai nafsu? Dijawabnya seperti jawapan yang pertama tadi. Kemudian Allah kurung pula dia di tempat yang paling sejuk selama beribu tahun, selepas itu diangkat dan ditanya soalan yang sama, dijawabnya : aku adalah aku ..dan Engkau adalah Engkau....kemudian Allah kurungkan pula dia (nafsu) disatu tempat dengan keadaan lapar juga selama beribu tahun, setelah itu diangkat dan disoal dengan soalan yang sama, barulah nafsu menjawab : sesungguhnya aku adalah hamba yg diciptakanMu dan Engkau adalah Tuhanku yang Maha Agong.

Begitulah betapa dasyat dan kerasnya nafsu yang ada pada setiap seorang dari kita. Jadi berdasarkan cerita tadi, jelas kepada kita bahawa cara yang paling mudah untuk menewaskan nafsu kita ialah dengan berlapar (berpuasa) maka dengan cara ini dapat membantu kita untuk menjinakkannya. So, kunci sudah pun ditemui cuma cara untuk membukanya (melaksananya) perlu berhati-hati, sebabnya skrg kita lihat ramai orang yang berpuasa tetapi masih tidak dapat mendidik nafsunya. Contohnya bila dah puasa, time berbuka makan sampai tak mampu siperut untuk menanggungnya dan berbagai lagi yang boleh kita lihat.

Antara punca-puncanya ialah kita berpuasa dengan bersebab, maksud ana ada dikalangan kita yang berpuasa kerana nak diet, ada yg kerana nak hilangkan sakit dan seumpamanya. Maka inilah bahaya bila melakukan satu-satu kerja (amalan) tidak kerana Allah semata-mata, masing-masing melakukan amalan kerana dunia dan seumpamanya maka bertambah degil dan bermaharajalelalah nafsu kita. Jadi, kunci yang setepatnya ialah berpuasa selalu dengan hati yang amat ikhlas untuk mencari keredhaan dan kerahmatan Allah (bukan menginginkan ganjaran). Contohilah keikhlasan seperti Rab`ah Adawiyah yang pernah berdoa "

Ya Allah, sekiranya solatku (amal ibadahku) ini kerana inginkan ganjaran maka aku lebih rela dimasukkan kedalam neraka". (mafhum riwayah).

3. Dunia : halangan yang ketiga ini rasa ana kita semua masing-masing dah tahu sangat, yang dimaksudkan dengan dunia ialah semuanya....... perhiasan, harta, wanita dan berbagai-bagai lagi yang mana setiap satunya adalah cabaran yang cukup berat dan hebat untuk kita mengharunginya. Pernah diriwayatkan dari satu kisah para ahli suffiyah : Allah s.w.t memerintahkan kepada Dunia :

"Wahai Dunia...sekiranya manusia itu menggunakanmu kerana ingin berbakti kepadaKu maka jadilah engkau hamba kepada manusia tersebut, sebaliknya jika dia menggunakanmu kerana kepentingannya maka jadikanlah dia hamba kepadamu."(mahfum riwayah)

Cerita ini bertepatan dengan satu kata-kata yang agak mashyur dikalangan masyarakat kita :

"Jika kamu mengejar dunia, dia akan semakin jauh (lari) meninggalkanmu, sebaliknya jika kamu meninggalkannya maka dia akan datang mencarimu".

Kadangkala kita mampu menjadikan dunia sebagai sumber bekalan di sana kelak seperti jadi orang kaya yang pemurah, memiliki wanita yg solehah (sebagai isteri atau anak) dan sebagainya. Akan tetapi yang selalunya, kita akan ditipu dan tertipu dengan dunia tadi. Sebaiknya kita berusaha untuk tidak memiliki mana-mana sumber dunia yang cepat dan dapat merosakkan kita atau kita lalai dengannya. Jadi bila rasa tak mampu nak jadi orang kaya yang pemurah, kita jangan cuba-cuba untuk menjadi kaya kerana kaya tadi akan merosakkan kita begitulah seterusnya. Ambillah iktibar dari kata-kata Hassan Al-Basri ra. :

"...tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..."(mafhum riwayah).

Lantas marilah kita bersama membina hubungan cinta makhluk kepada Khaliknya (Pencipta) dengan erti percintaan yang sebenar, Kalau inginkan kebahagiaan carilah cinta yang hakiki kepada Allah terlebih dahulu bukan kepada makhluk, seperti kata hikmah :

"cinta kepada bunga, bunga akan layu, cinta kepada manusia, manusia akan mati, sebaliknya cinta kepada Ilahi kekal abadi"...fikirlah.