Saturday, May 2, 2009

ibadahku...


ingin sy petik kata- kata yg semakin menjadi peringatan buat diriku...
selama ini, mgkin masih belum jelas apa itu ibadah buat diriku...

‘Ibadat berasal dari kata 'abd; ertinya adalah "pelayan" dan 'budak". Jadi, 'ibadat bererti
"penghambaan" dan "perbudakan".

Apabila seseorang yang menjadi budak kepada orang lain, melayani tuannya

sebagaimana halnya seorang budak, dan bersikap terhadap orang itu sebagaimana
terhadap seorang tuan atau majikan, maka perbuatan seperti itu disebut penghambaan dan
'ibadat. Berlawanan dengan ini, apabila seseorang yang menjadi budak kepada orang lain
dan juga memperolehi gaji daripadanya, tetapi tidak mahu melayaninya sebagaimana
seorang budak terhadap tuannya, maka ia dikatakan tidak patuh dan membangkang, atau
lebih tepat lagi, hal itu dapat dikatakan sebagai pengkhianatan.
Sekarang fikirkanlah bagaimana seharusnya tingkah laku seorang budak terhadap
tuannya.

Kewajipan pertama dari seorang budak adalah memandang tuannya sebagai penguasa
(lord), dan merasa berkewajipan untuk setia kepada orang yang menjadi tuannya,penunjang hidupnya, pelindung dan penjaganya, dan meyakini sepenuhnya bahawa tidak
seorang pun selain tuannya itu yang layak mendapatkan kesetiaannya.

Kewajipan kedua dari seorang budak ialah selalu patuh pada tuannya, melaksanakan

perintah-perintahnya dengan cermat, jangan sekali-kali enggan melayaninya, dan tidak mengatakan sesuatu pun atau mendengarkan perkataan dari siapa pun yang bertentangan dengan kehendak tuannya. Seorang budak dalam setiap saat, situasi dan keadaan, adalah tetap seorang budak. Ia sama sekali tidak mempunyai hak untuk mengatakan bahawa ia akan mematuhi perintah tertentu dari tuannya dan membangkang perintah lainnya, atau bahawa ia menjadi budak tuannya untuk waktu-waktu tertentu dan bebas dalam waktu-waktu yang lain.

Kewajipan ketiga dari seorang budak adalah menghormati dan menghargai tuannya. Dia
harus mengikuti cara yang ditentukan oleh tuannya sebagai sikap hormat kepada tuannya. Dia mestilah selalu hadir untuk memberi hormat pada waktu yang ditentukan oleh
tuannya sebagai bukti bahawa dia benar-benar setia dan patuh kepada tuannya.

Inilah hal-hal yang mutlak yang harus dipenuhi dalam 'ibadat, iaitu pertama, kesetiaan

terhadap tuan dan majikan; kedua, kepatuhan kepadanya; dan ketiga, penghormatan dan
penghargaan terhadapnya.


adakah kita benar2 telah memaknakn HAMBA kita padaNya?
adakah kita benar2 telah menghormatiNya?
adakah kita benar2 telah menunaikan hak kita padaNya?
adakah kita benar2 telah meluangkn masa kita benar2 utkNya?
atau kita menjadi org2 yg BIADAP?
tidak bersyukur dan tidak menggunakn segala nikmat yg telah diberikn dengan sebaeknya?

No comments: