Monday, January 26, 2009

al-Wahhab

Allah sebagai Tuhan yg bersifat al-Wahhab bermaksud Tuhan Yang Maha Memberi. Namun memberi dgn sifat al-Wahhab itu, ada di dlmnya 5 sifat;

1. MEMBERI TANPA MEMINTA APA2 BALASAN

Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada makhluk. Kerana itulah Allah memberi dengan sifatnya yg al-Wahhab tanpa mengurangkn langsung perbendaharaanNya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkn kpd ibu bapa kita agar mereka kaya dgn kasih syg. syg kpd seorg anak tidak berbeza sygnya kpd 9 anak yg bakal menyusul kemudian. Anak derhaka menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih syg, krn mereka beroleh kasih syg rahmat Allah yg al-Wahhab.

2. MEMBERI SECARA BERULANG-ULANG

Al-Wahhab terus memberi berulangkali tanpa jemu. tidak jemu memberi dan tidak marah diminta. Percikan sifat inilah yg Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap mlm pd usia kecilmu. Ibu akan meraba dinding mencari cahaya, demi anak yg diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yg baru menjenguk datang ke hidup duniawi.

3. MEMBERI TANPA DIMINTA

Allah SWT Tuhan yg al-Wahhab memberi tanpa meminta. Hitunglah pada pelbagai yg ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah yg cntik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yg baik tanpa kita mnta dan jangka. Allah itu Maha Mmberi dgn sifatnya yg al-Wahhab. Sifat inilah yg Allah tanamkn dlm naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi syg mereka kepada kita, sayang yg diberi tanpa diminta.

4. MEMBERI SESUATU YG AMAT BERHARGA

Allah, Dia yg al-Wahhab memberi dgn sifat itu pkr2 besar yg amat berharga. Dia kurniakn kita dgn sifat al-Wahhab itu bukanlah hiasan2 dunia yg tidak berharga. Al-Wahhab,daripadaNya datang RAHMAT yg menyelamatkn kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung- hitung satu taat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah smpai masa pintu taubat itu DIA tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan krn kita hidup utk tujuan yg besar.

Cebis2 sifat inilah Allah limpahkan kpd jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih syg yg tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yg sgt bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lamanya. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yg mulia dan berjaya.

5. MEMBERI SUATU YG BAIK UTK MENGHASILKAN KEBAIKAN

Allah jua dgn sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kpd kita, agar dgn kebaikan itu kita sambut dgn syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. DiberikanNya kita harta agar kita bersedekah. DiberikanNya ilmu agar kita berdakwah. DiberikanNya kita pelbagai yg baik agar kita berbuat baik..

"YA ALLAH, AMPUNKANLAH DOSAKU, AMPUNKAN DOSA IBU BAPAKU DAN RAHMATILAH MEREKA DENGAN KASIH SYGMU, SEBAGAIMANA MEREKA MENYAYANGIKU KETIKA DIRIKU MASIH KECIL"



p/s:miss my dad, my mom, nenek, n sume org kat umah tuh..

Thursday, January 22, 2009

manusia spt handphone..



Terasa pelik ngan title nih. Handphone??

Nape lak manusia diibaratkan cam phone pulak ye??

Cthnyer..
Azfar ade 4 handphone. Handphone tu buat jer keje die. if azfar tekan utk type msg, handphone tupon buat jer. Apa2 jela yg azfar nak, die leh wat sesuka hati die. nak campakke, nak buat ape2 jela pon boleh. Tapi, 1 day nih, satu phone nokia die wat hal. Azfar bengang n then die buang terus jer phone die yg dah tak leyh nak berfungsi ngan betul tuh. Die tak heran pon utk buang atau tak gune dah phone tuh cz die ade lagi 3 phone lain yg masih boleh diharap dan digunakan utk diri die.

From cerita nih, cuba kita bayangkan, phone yg azfar ade tuh, adalah manusia yg Allah ciptakan. Dan azfar tadi cam Allah (bukan ade sebarang unsur2 persamaan Allah dengan manusia di sini, harap jangan salah faham). Allah ciptakan manusia kat bumi nih, adalah utk menjadi KHALIFAH dan IBADAH. Seandainya manusia yg Allah ciptakan nih, tak laksanakn tugas dan tanggungjawab die, Allah boleh sesuka hati jer untuk buang kita, atau hapuskan kita, turunkan azab yg keras buat kita, atau campak kita ke dalam neraka. Allah tak heran walau sedikitpon seandainya kita tak exist kat dunia nih. Cz ALLAH tak memerlukan kita. But kita as manusia n HAMBANYA yg memerlukan DIA dlm setiap langkah kehidupan kita. Seandainya kita tak buat tanggungjawab kita, dengan mudahnya DIA boleh buang n gantikan orang yg baru utk memakmurkan agamaNYA di muka bumi ini.

“Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.”<47:38>

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." <2:30>

Malaikat sendiri menanyakan mengapa ALLAH nak cipta jugak manusia nih kalo dah tahu manusia akan wat bermacam2 kerosakan kat bumi nih. Tapi semuanya adalah dalam pengetahuan Allah. DIA sahaja yg TAHU mengapa DIA ciptakan manusia kat bumi nih. Tak perlu kita fikir kenapa..kenapa..kenapa..dan kenapa..kenapa Allah ciptakan kita anadai dah tahu ape kesudahan kita. tak perlu utk kita as manusia dan hamba yg HINA utk berfikir mengenai kenapa kita diciptakan. yg pentingnya, kita dilahirkn kat dunia ni, adalah dengan tanggungjawab. maka, jalankanlah tugas dan tanggungjawab kita yg telah diamanahkan kepada kita dengan sebaiknya..

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.”<33:72>
Alhamdulillah..setelah sekian lame tak update blog nih. Dah lame gak tak intai dan tinjau blog nih. Dek kesibukan menghadapi exam histology dan kemudiannyer anatomy… alhamdulillah, akhirnya tamat juga exam nih..

Tak tau camane nak gambarkan perasaan after habis exam anatomy nih. Terasa beban yg sangat2 berat. Teringat tyme stad tuh ade waktu yg rase cam dah nak muntah cz tak larat sangat nak stad. Risau mengenangkan setiap ape yg dah dibaca tuh, ingat atau tak. Risau gak mengenangkan sempatke utk habiskn sume topic utk final anatomy nih. Adakalanya, terasa dah tak larat nak bace ape2 lagi. Tapi teringat kat kata2 sorg sahabat tyme daurah last week “nape kita kene gak berusaha? Nape kita kene gak belajar? Seperti yang kita tahu, Allah memang dah tetapkn semua result kita sejak azalinya, then nape nk kene berusaha kalo tau result dah ditetapkan?”..sebabnyer, kita kene berusaha kerana ALLAH SURUH… Allah tak suruh kita dapat 5, atau 4.. tapi Allah suruh kita BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH… everything must start from what ALLAH SAID..bukan apa yang kita mahukan..bukan kerana NATIJAH…

Ape maksudnyer??

Means, kita berusaha utk belajar, bukan kerana nak dapatkn result yg baik cam 5 tuh. Tapi, kita berusaha bersungguh-sungguh, kerana ALLAH SURUH KITA BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH.. permulaan bg setiap apa yg kita lakukan, adalah kerana ALLAH SURUH..selebihnya, result tuh, ALLAH yg tentukan. Tak kirala samada kita akan dapat 5 or 4 or 3..but itulah yg terbaik utk kita…kita kene redha n pasrah ngan setiap yg kita perolehi. Tak perlu utk MENGELUH atau BERSEDIH HATI seandainya kita benar- benar dah berusaha bersungguh- sungguh. Sebab ALLAH menghitung setiap usaha yang kita lakukan itu.

Malahan, result dan usaha TIADA HUBUNGAN LANGSUNG. Usahalah sebanyak manepon, andai Allah dah tetapkn kita takkn dapat result yg hebat2 cam 5 tuh, tetap takkn dapat gak. DIA boleh cipta apa2 rintangan pon utk tidak mengizinkan kita peroleh 5 tuh. Cthnyer, cam lecturer wat hal ngn kita. Or ttbe blank n tak mmpu ingat ape2 pasal soalan yg ditanya. Makanya, tidak sepatutnya kita kata “mestila ko boleh dpt 5, cz ko dah usaha habis2an utk exam nih.” Walhal, hakikatnya, bukan kerana kita dah stad teruk2 tuh kita dapat 5 tuh. Tapi kerana ALLAH memang dah tetapkan kita utk dpt result 5 tuh dan DENGAN KEIZINANNYA…

Mengingatkan semula semua ni, terus semangat utk stad bertambah-tambah. Tak kisahla ape2pon yg diperolehi yg pentingnya berusaha cz ALLAH SURUH… alhamdulillah, Allah permudahkan utk jawab histo dan anatomy. Perasaan gembira sgt2 bila dapat habiskan exam nih. Then, as usually, every month kene ade masa berdua makan2 kat luar ngn sorg sahabat nih. Tak terasa masa yg berjalan bila macam2 dibincangkan. But love to have this tyme wf her…

Next week dah nak pegi berlin.. tak sabar menunggu saat2 berjumpa ngn akhawat lain yg sgt2 dirindui..semoga ALLAH lindungi dan permudahkan perjalanan semua sahabat2 yg akan pergi bercuti..



“Dan jikalau Allah melapangkan rezki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat.”<42:27>

Thursday, January 8, 2009

sejarah Hari 'Asyura

Di antara ibadat puasa yang disunatkan kepada umat Islam ialah berpuasa pada 9 dan 10Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri di dalam sejarah manusia khususnya umat Islam. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.

Di antara perkara penting yang berlaku pada 10 Muharram ialah Allah menyelamatkan Bani Israel dari kekejaman Firaun dan tentera-tenteranya serta menenggelamkan Firaun ke dalam laut akibat keingkaran dan keangkuhannya. Oelh yang demikian tarikh 10 Muharram ialah merupakan tarikh di mana bermulanya episod baru dalam kehidupan Bani Israel setelah berabad lamanya ditindas oleh rejim Firaun di bumi Mesir. Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)". –

Manakala hujah yang menyatakan bahawa peristiwa ini berlaku pada tarikh 10 Muharram ialah hadis yang bermaksud : Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa mereka itu, mereka menjawab: Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami padaNya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kami lebih berhak daripada kamu dan Nabi Musa dalam hal ini. Kemudian baginda memerintahkan para Sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut. – Hadis diriwayatkan Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi. Kesemuanya di dalam Kitab Puasa.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Nabi SAW tidak menolak dakwaan Bani Israel bahawa pada tarikh 10 Muharram itu ialah tarikh di mana nabi Musa dan kaumnya diselamatkan oleh Allah SWT. Secara tidak langsung, perintah baginda supaya para sahabat berpuasa pada hari tersebut ialah satu pengiktirafan kepada dakwaan Bani Israel.

Manakala peristiwa lain yang berlaku pada 10 Muharram juga ialah pembunuhan Hussein RA di Karbala semasa perselisihan faham dengan tentera Yazid bin Muawiyah. Peristiwa ini membawa kesan besar di dalam sejarah yang seterusnya menjadi amalan penganut-penganut mazhab Syiah untuk merayakannya setiap tahun. Perayaan ini dapat dilihat dengan jelas di Iran dan sebahagian besar kawasan di Iraq.

Peristiwa lain yang dikatakan berlaku pada 10 Muharram ialah mendaratnya kapal Nabi Nuh as di atas bukit Judi sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Nabi Nuh kemudiannya berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT.

Mengenai ibadat puasa pada hari ‘asyura ini, Syeikh Sayyid Sabiq di dalam kitabnya Fiqhus-Sunnah menyenaraikan beberapa hadis yang menyatakan kelebihan berpuasa pada hari tersebut. Antaranya :

Daripada Abu Hurairah RA : Rasulullah SAW ditanya, apakah solat yang paling afdhal selepas solat fardhu? Baginda menjawab, “Solat pada pertengahan malam.” Kemudian ditanya lagi, apakah puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan? Baginda menjawab, “(Puasa pada) bulan Allah yang kamu gelarkan sebagai Muharram” – Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan Abu Daud.

Daripada Muawiyah bin Abu Sufian bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Hari ini ialah hari ‘asyura dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang ingin berpuasa, berpuasalah manakala barangsiapa yang ingin berbuka, berbukalah.”

Daripada Aisyah RA berkata, “Sesungguhnya hari ‘asyura merupakan hari yang berpuasa padanya kaum Quraisy di zaman Jahiliyyah. Adapun Rasulullah SAW juga berpuasa padanya. Apabila baginda memasuki Madinah, baginda terus berpuasa dan memerintahkan manusia berpuasa. Apabila diwajibkan puasa Ramadhan, baginda bersabda, “Barangsiapa yang ingin berpuasa, teruskan. Barangsiapa yang ingin meninggalkan (juga dibolehkan). – Muttafaq ‘Alaih

Daripada Ibnu Abbas RA berkata : Nabi SAW memasuki Madinah dan melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘asyura. Baginda bertanya, “Apakah ini?” Mereka menjawab, “Ini ialah hari yang baik, Allah menyelamatkan di dalamnya Musa dan Nabi Israel daripada musuh mereka, lalu Musa berpuasa.” Maka Rasulullah bersabda, “Kami lebih layak terhadap Musa daripada kamu.” Baginda kemudiannya berpuasa dan memerintahkan para sahabat berpuasa. – Muttafaq ‘alaih

Daripada Abi Musa Al-Asy’ari RA berkata, : “Ini ialah hari ‘asyura yang dimuliakan oleh kaum Yahudi dan dijadikan hari raya. Maka Rasulullah SAW berkata, “Berpuasalah kamu semua.” – Muttafaq ‘alaih

Daripada Ibnu Abbas RA berkata : Apabila Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan para sahabat berpuasa padanya, mereka berkata : Wahai Rasulullah, ini ialah ahri yang dimuliakan oleh Yahudi dan Nasrani. Maka Rasulullah SAW berkata, “Pada tahun hadapan – Insya Allah- kita berpuasa pada hari kesembilan.” Maka tidak tibanya tahun hadapan itu sehingga wafatlah Rasulullah SAW. –

Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud. Di dalam lafaz yang lain disebut sabda Rasulullah SAW : “Seandainya aku masih hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan (iaitu bersama hari ‘asyura) – riwayat Ahmad dan Muslim.

Berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, para ulama mengambil kesimpulan bahawa disunatkan berpuasa pada hari ‘asyura di dalam tiga kaedah :



1.Puasa pada tiga hari iaitu 9, 10 dan 11 Muharram.
2.Puasa pada hari ke 9 dan 10 Muharram
3.Puasa pada hari ke 10 sahaja.


Seandainya timbul persoalan, bagaimanakah Nabi SAW menyontohi kaum Yahudi berpuasa pada 10 Muharram padahal baginda sendiri melarangnya di dalam sabdanya, “Berbezalah kamu dengan Yahudi serta Nasrani… berbezalah dengan Musyrikin..”. Maka kita menjawab bahawa puasa Nabi SAW pada 10 Muharram bukanlah semata-mata menyontohi kaum Yahudi bahkan kaum Quraisy telah terlebih dahulu berpuasa pada hari tersebut sebagaimana yang disebut di dalam hadis di atas yang diriwayatkan oleh Aisyah RA. Oleh yang demikian, dapat diambil kesimpulan bahawa sunnah berpuasa 10 Muharram dimulakan oleh syariat Nabi Ibrahim sebelum diamalkan oleh kaum Yahudi.

Manakala kelebihan beramal pada 10 Muharram disebut di dalam satu hadis yang bermaksud : “Sesiapa yang meluaskan (memudahkan urusan) ke atas dirinya serta ahlinya pada hari ‘asyura, Allah SWT akan meluaskan padanya sepanjang tahun..” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Ibnu Abdil Barr. Hadis ini mempunyai sanad-sanad yang lain namun dikatakan kesemuanya ialah sanad yang dhoif. Bagaimanapun jika digabungkan sebahagiannya dengan yang lain, ia boleh diterima sebagai hadis yang kuat. – Syeikh Sayyd Sabiq, Fiqhus-Sunnah.

Adapun amalan masyarakat Melayu kita yang merayakan hari ‘asyura dengan mengadakan program membuat bubur ‘ayura adalah satu perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda SAW. Apatah lagi jika dinisbahkan perbuatan tersebut kepada Nabi Nuh AS dengan mendakwa bahawa Nabi Nuh AS membuat bubur tersebut apabila turun dari kapal. Ia adalah satu dakwaan yang sama sekali tidak mempunyai sandaran di dalam agama. Oleh yang demikian, jika tetap mahu diadakan program membuat bubur tersbeut, perlulah diyakini bahawa ia tidak lebih dari program gotong-royong dan jamuan makan yang sememangnya digalakkan di dalam Islam. Manakala membuat bubur itu sendiri seandainya diyakini datang daripada sunnah Rasulullah SAW atau Nabi Nuh, maka ia adalah kepercayaan yang karut dan perlu diperbetulkan. Wallahu a’lam.



qunut nazilah

Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu
di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu
daripada kejahatan-kejahatan mereka.

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkan dan kacau-bilaukan persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka,
Wahai tuhan yang gagah perkasa,
Wahai tuhan yang penuh raksasa,

Wahai tuhan yang bersifat murka.
Ya Allah x3
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka x3
Dan menangkan kami ke atas mereka.

Tuesday, January 6, 2009

isu palestin (2)

Hamba-hamba ALLAH Yang Gagah Perkasa

Siapakah yang dapat melaksanakan jihad membebaskan Baitul-Maqdis? ALLAH S.W.T telah berfirman: "..Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau; dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku." (Al-Israk: 5)

ALLAH Azza wa Jalla menyifatkan mereka ini sebagai "..hamba-hamba Kami yang kuat gagah" bukan orang-orang yang lemah dan condong mengikut telunjuk Musuh! Menjadikan musuh-musuh ALLAH sebagai teman setia dan pelindung! Bersifat khianat dan mengikut hawa nafsu serta menjauhkan diri daripada jihad!

Hanyalah golongan yang beramal soleh, mendirikan solat, sentiasa memenuhi masjid, membaca al-Quran, berpuasa, beribadat dengan penuh keikhlasan dan ketaatan yang benar-benar mampu melaksanakan kefarduan jihad! Mereka adalah Hamba-hamba ALLAH yang beramal soleh dan gagah perkasa, mereka adalah Mujahidin yang cintakan syahid! Mereka akan membebaskan Masjid al-Aqsa yang mulia, kiblat pertama bagi umat Islam dan tempat berlakunya Israk dan Mikraj Nabi S.A.W!

Larangan Memasuki Masjid al-Aqsa Bagi Golongan Muda

Wahai kaum Muslimin!
Kerajaan Israel begitu takutkan kebangkitan golongan muda di Palestin. Kerana itulah pada hari ini mereka melarang sesiapa yang di bawah umur 40 tahun untuk mengerjakan solat di dalam Masjid al-Aqsa terutamanya pada hari Jumaat. Akhirnya mereka ini terpaksa mendirikan solat Jumaat di jalanan sekitarnya.

Suatu ketika dahulu saya pernah berkhutbah di Masjid al-Aqsa pada solat Jumaat dengan para jemaah yang beratus-ratus ribu orang! Pada hari ini musuh-musuh tidak mahu golongan muda memenuhi masjid-masjid dan hanya membiarkan golongan tua dan tidak berdaya sahaja memasukinya..

Ini kerana sekiranya golongan muda beriltizam dengan Islam, maka itu adalah satu ancaman buat mereka! Orang-orang yang tidak berpegang kuat kepada agama tidak lain hanyalah golongan yang tunduk patuh dan layak untuk diperbodohkan oleh mereka.


Meruntuhkan Masjid al-Aqsa

Masjid al-Aqsa kini sedang diancam oleh kerja-kerja penggalian terowong di bawahnya. Mereka menyangka terdapat Haikal Sulaiman di situ akan tetapi sudah puluhan tahun tiada apa yang dapat ditemui.. sesungguhnya semua ini adalah pembohongan. Tujuan yang sebenarnya ialah untuk melemahkan struktur asas Masjid al-Aqsa yang terletak di tanah yang tinggi. Kini keadaan agak membimbangkan dengan kemungkinan Masjid al-Aqsa akan runtuh dari tempatnya.

Sudah tentulah rakyat Palestin yang tinggal di sekitar kawasan tersebut tidak berdiam diri. Akibat gangguan dan halangan daripada penduduk setempat maka kebiasaannya kerja-kerja penggalian ini dilakukan pada tengah malam. Seringkali berlaku para penduduk melemparkan batu-batu ke arah para pekerja tersebut apabila kedengaran bunyi mesin dan peralatan lain pada tengah malam.

Antara lain tujuan penggalian terowong tersebut adalah untuk memudahkan tentera dan anggota keselamatan Israel melaluinya ketika mengejar dan menangkap rakyat Palestin dan pejuang kanak-kanak yang melempar batu-batu dari atas permukaan Masjid al-Aqsa ke arah tembok tempat golongan Yahudi beribadat. Ini kerana tanpa terowong tersebut jalan yang ada untuk sampai ke dataran atas adalah jauh dan mengambil masa.


Suka dan Duka

Wahai kaum Muslimin!

Bagi saudara-saudara kamu di Palestin, terdapat beberapa perkara yang menyenangkan perasaan dan menggembirakan hati mereka dan juga terdapat beberapa perkara yang begitu menyakitkan dan menyempitkan dada mereka.

Di antara perkara-perkara yang menyenangkan hati mereka ialah bantuan serta sokongan daripada dunia Islam yang mana ini membangkitkan semangat mereka untuk terus melaksanakan perjuangan yang menuntut pengorbanan darah ini. Mereka juga bergembira apabila mendapat tahu bahawa terdapat saudara-saudara mereka di luar bumi Palestin yang terus memberikan sokongan dan mengikuti perkembangan mereka… seperti perhimpunan yang seumpama ini, di mana umat Islam mendengar kisah-kisah perjuangan mereka serta turut sama merasai penderitaan yang menimpa mereka dan sanggup berkorban harta benda yang termampu untuk dihulurkan kepada mereka. Mereka juga merasa bangga dengan meletakkan anak-anak bangsa mereka mempertahankan bumi al-Aqsa seperti pergerakan HAMAS, Jihad Islami… atau apa sahaja bentuk penentangan demi untuk mencapai kemenangan menewaskan golongan penjajah. Mereka akan terus berjuang sekali pun terpaksa mengorbankan nyawa dan darah, mereka bersumpah tidak akan menyerahkan tanah air mereka walaupun sejengkal. Umat Islam di Palestin juga merasa senang hati dengan sokongan dari negara jiran mereka seperti perjuangan Hizbullah di selatan Lubnan yang turut sama menentang musuh mereka iaitu Yahudi Zionis. Perjuangan dan penentangan ini memberikan kekuatan kepada saudara-saudara kamu di Palestin. Mereka juga merasa gembira dengan bantuan dan sokongan yang berterusan daripada kamu semua iaitu umat Islam dari luar bumi yang dijajah itu.

Manakala perkara-perkara yang begitu membimbangkan hati mereka ialah kemungkinan berlakunya pertembungan di antara dua golongan daripada kalangan anak bangsa mereka sendiri. Sebagaimana yang kamu ketahui, di Palestin terdapat dua kumpulan yang paling besar iaitu golongan Fatah dan golongan HAMAS.

Golongan Fatah inilah yang mahu meneruskan perdamaian dengan kerajaan penjajah (Israel), mengiktiraf kekuasaan dan pendudukan mereka di bumi Palestin. Mereka telah sekian lama tunduk kepada tekanan dan mengikut telunjuk musuh-musuh. Malah mereka juga turut sama memberikan tekanan terhadap para pejuang. Sepanjang tempoh memegang tampuk pemerintahan, telah berlaku penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penyelewengan dana. Maka rakyat Palestin sudah tidak yakin lagi dengan kepimpinan mereka, lalu mereka telah memilih kerajaan yang baru iaitu dengan menyokong pergerakan HAMAS dalam pilihanraya yang lalu (2005) sebagaimana yang kamu semua telah ketahui.

Manakala golongan HAMAS pula ialah mereka yang mahu meneruskan perjuangan menentang kuasa penjajahan. Mereka tidak sekali-kali akan mengiktiraf negara Israel dan penguasaan tentera Zionis terhadap tanah air mereka. Mereka akan terus berjuang sehingga terbebasnya Masjid al-Aqsa dan bumi suci Palestin serta menghalau tentera-tentera penceroboh keluar dari tanah air mereka.

Rakyat Palestin juga merasa sungguh sedih dan dukacita terhadap negara-negara Arab yang berada di sekitar negara Palestin apabila mereka ini telah telah melakukan sekatan dan kepungan terhadap rakyat Palestin! Menyekat bantuan-bantuan kewangan daripada dipindahkan melalui bank-bank di negara mereka untuk disalurkan kepada rakyat Palestin… mereka melakukan tindakan tersebut sudah tentu mengikut kemahuan musuh-musuh Islam! Bukanlah tentera Amerika itu sendiri yang mengepung bumi Palestin dan melakukan sekatan terhadap kami… akan tetapi negara-negara Arab dan para pemimpin merekalah yang menekan kami!


Harga Yang Perlu Dibayar

Selepas mendapat kemenangan dalam pilihan raya yang lalu (Disember 2005), pergerakan HAMAS telah membentuk kerajaan dan seluruh dunia barat termasuk Amerika dan Eropah memberikan tekanan terhadap kerajaan dan rakyat Palestin. Sehingga para pegawai kerajaan sudah beberapa bulan tidak menerima gaji dan ramai rakyat yang menderita kelaparan. Kerana itulah Dr. Mahmoud Zahar, sebagai Menteri Luar Palestin dan wakil-wakilnya telah pergi ke beberapa buah negara termasuk Malaysia negara kamu ini (didatangi oleh Khaled Ismael al-Hayya, Ketua WHIP Parlimen Palestin) untuk mengumpulkan bantuan-bantuan derma dari seluruh dunia Islam demi membantu rakyat dan kerajaan Palestin yang ditekan dengan sebegitu hebat. Akhirnya bantuan kewangan sekitar USD 20 juta telah dapat dikumpulkan. Akan tetapi wang-wang tersebut tidak dapat ditransaksikan melalui bank-bank dari negara-negara Arab sebagaimana yang telah kamu ketahui. Untuk dibawa masuk melalui sempadan pula, terpaksa menghadapi risiko berhadapan dengan pasukan polis PLO yang sememangnya berpihak kepada Fatah. Maka Dr. Mahmoud Zahar telah menghubungi para pemuda HAMAS untuk memberikan bantuan. Seramai beberapa ribu anggota HAMAS yang lengkap bersenjata telah menuju ke sempadan Palestin di mana Dr. Mahmoud sedang menunggu, ini telah menggerunkan pihak polis dan menghalang mereka daripada melakukan tindakan di luar jangkaan. Mengikut perlembagaan, mana-mana menteri kerajaan tidak boleh dihalang untuk melepasi sempadan. Akhirnya, wang-wang tersebut telah diisikan ke dalam beg-beg dan dibawa masuk secara tunai melalui kenderaan sambil dikawal rapi oleh pasukan bersenjata HAMAS. Walaupun berisiko, ini sahajalah cara yang dapat dilakukan.

Bagi mengelakkan fitnah, bantuan kewangan tersebut telah disalurkan melalui badan-badan zakat kepada fakir miskin dan mereka yang memerlukan. Ini dilakukan supaya kerajaan HAMAS tidak dituduh melakukan penyelewengan sebagaimana kerajaan yang sebelum ini.

Kedua-dua kumpulan besar ini (Fatah dan HAMAS) memiliki kekuatan masing-masing dari segi bilangan anggota dan kelengkapan senjata. Maka pertembungan di antara kedua-duanya adalah merupakan satu ancaman dan perkara yang sangat bahaya!.. Kerana itulah kami akan berusaha siang dan malam (sedaya-upaya) untuk menyelesaikan pertelingkahan ini. InsyaALLAH!


Penentangan Yang Berterusan

Kaum Muslimin sekalian,
Secara hakikatnya, bangsa Yahudi itu tidak akan berundur dari bumi kami sehinggalah mereka menyembelih mati kesemua rakyat Palestin. Begitu juga rakyat Palestin tidak sekali-kali akan menyerah sehinggalah kami mendapatkan kemerdekaan dan hak-hak kami. Kami telah berjanji kepada ALLAH untuk terus berjuang sehinggalah DIA mendatangkan janji-NYA! Penentangan ini akan berterusan.. sama ada kami mati, bertambah dan berkurang…

Orang-orang yang hanya tahu mencemuh dengan mengatakan perjuangan rakyat Palestin dan kanak-kanak kecil yang membaling batu adalah sia-sia dan tidak akan membuahkan hasil.. tanyalah kepada diri kamu sendiri –senjata apakah yang telah kamu hulurkan kepada kami untuk mempertahankan diri kami daripada serangan musuh?!! Meskipun kami tidak mampu dari segi persenjataan yang lengkap akan tetapi senjata kami yang paling utuh ialah keyakinan dan keimanan kepada ALLAH Azza wa Jalla dan kecintaan untuk mati syahid!

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kamu sekalian kaum muslimin di Malaysia kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan ucapan berkaitan isu Palestin dan saya mewakili saudara-saudara kamu di Palestin berterima kasih sekali lagi atas bantuan-bantuan yang dihulurkan. Saya ingin menyatakan bahawa bantuan ini tidak terhad untuk tempoh tertentu sahaja bahkan perlu dilakukan secara berterusan.. dan tidak terhad dalam bentuk kewangan atau material semata-mata, akan tetapi kamu membantu dengan berdoa kepada ALLAH supaya memberi kemenangan kepada umat Islam di Palestin. Ini adalah lebih bermakna apabila seorang hamba menadah kedua tangan dengan linangan airmata di hadapan TUHAN-nya mendoakan kesejahteraan dan kemenangan untuk saudaranya sesama Islam.

Sekian, was-salaamu 'alaikum wa rahmatullaahi wa barakaatuh...

isu palestin

Isu Palestin dan Tanggungjawab Akidah
Oleh: Imran bin Selamat al-Malizi
(Perwakilan International Al-Quds Institute di Malaysia)
Emel: imran_almalizi@yahoo.com

Umat Islam diikat dengan ikrar dua kalimah syahadah. Mereka telah pun memeterai satu akuan sumpah yang menuntut seluruh umat Islam yang sama-sama mengucapkan dua kalimah syahadah agar berada dalam satu keterikatan yang mengikat mereka saling bergandingan dan memikul tanggungjawab ketika saudara-saudara Islam ditimpa musibah dan ancaman terhadap nyawa, harta-benda dan maruah. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, dan mereka mengerjakan solat serta memberi zakat. Maka sekiranya mereka melakukan perkara itu, terpeliharalah darah (nyawa) mereka dan harta benda mereka daripadaku kecuali dengan hak Islam. Dan perhitungan mereka adalah atas ketentuan Allah." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari).

Umat Islam di Palestin adalah saudara-saudara kita yang mengucapkan dua kalimah syahadah. Semenjak penubuhan negara Israel pada tahun 1948 dengan kemasukan pendatang Yahudi ke bumi Palestin telah menyebabkan sebahagian besar penduduknya menjadi pelarian. Akibat daripada 'pengusiran' ini, angka pelarian sehingga kini telah mencecah lebih 9.5 juta orang. Sementara kematian dan pembunuhan pula masih berlaku hari demi hari. Apakah peranan kita dalam menjalankan tanggungjawab dua kalimah syahadah ini?

Mengimbas perkembangan semenjak awal tahun ini, kita telah menyaksikan sekatan regim Israel terhadap Gaza sehingga menyebabkan wilayah yang mempunyai 1.5 juta penduduk itu terputus hubungan dengan dunia luar selepas semua pintu masuk di sempadan wilayah itu ditutup bermula hari Jumaat, 18 Jan 2008. Semua bahan-bahan mentah, makanan, ubat-ubatan dan apa sahaja telah disekat. Kita juga masih ingat pada 21 Januari, tepat pada jam 8 malam, satu-satunya loji janakuasa tunggal di Gaza terpaksa ditutup kerana keputusan bahan bakar menyebabkan seluruh bandar Gaza bergelap. Beberapa hospital terpaksa menghadapi ancaman kematian para pesakit terutamanya kanak-kanak dan orang-orang tua yang bergantung pada alat-alat bantuan. Sehingga pertengahan bulan Mei lalu, lebih 150 orang telah mati kerana kelaparan dan ketiadaan ubat-ubatan.

Pergerakan HAMAS menyifatkan itu sebagai 'hukuman mati' ke atas penduduk Gaza sebagai balasan kerana mereka memilih pergerakan HAMAS memegang tampuk kerajaan. Ini bagi memberi tekanan supaya kerajaan HAMAS meletakkan kuasa pemerintahan. Namun penduduk Gaza dan rakyat Palestin tetap mendokong pendirian HAMAS yang berikrar akan terus menentang penjajahan dan tidak akan mengiktiraf negara Israel. Akhbar rasmi HAMAS, Shout Filistheen bertarikh 21 Jamadil Awal 1429H melaporkan bahawa Ketua Jabatan Politik HAMAS, Khaled Mesy'al telah menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak akan tunduk berhadapan dengan tekanan ke atas Gaza, sekatan makanan yang menyebabkan kebuluran, pembunuhan dan permusuhan regim Israel. Kerana bangsa Palestin berpegang teguh dengan hak-hak mereka. Sebarang usaha perundingan dengan Amerika dan Israel akan membawa kerugian. Beliau juga menyatakan bahawa bangsa Palestin tidak sekali kali akan menerima penyamarataan hak bagi menggadaikan tanah air, kota suci al-Quds, para pelarian Palestin dan prinsip-prinsip Palestin. Sebarang usaha menggadaikan prinsip-prinsip ini bagi memenuhi kehendak Amerika dan Israel akan menemui kegagalan. Katanya lagi: "HAMAS dengan kekuatan penentangan rakyat Palestin akan menghapuskan sekatan terhadap Gaza. Sekiranya masyarakat antarabangsa tidak berbuat apa-apa, maka kami akan melakukannya mengikut kehendak kami," tegasnya.

Apakah umat Islam sudah menjalankan tanggungjawab mereka? Mesir yang berjiran juga dilihat gagal memainkan peranan dalam isu ini. Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya telah menyeru kerajaan Mesir supaya mempercepatkan pembukaan laluan Rafah secara rasmi. Semenjak awal krisis ini, al-Jazeera turut melaporkan berlakunya 'pencerobohan' di sempadan yang menyaksikan penduduk Gaza yang terdesak dan kecewa terpaksa melakukan 'tindakan berani' untuk mendapatkan makanan dan bahan api di sempadan Mesir. Apakah yang lebih penting bagi pemerintah Mesir, nilai persaudaraan Islam atau hubungan diplomatik dengan negara haram Israel? Tentang sikap para pemimpin Arab dan umat Islam yang bermuka-muka, berjabat mesra dengan Presiden AS, rukuk serta sujud kepada polisi luarnya, saya ingin menyebut apa yang pernah dinyatakan oleh Syeikh Dr. Muhammed Mahmoud Seyam, mantan Imam dan Khatib Masjid al-Aqsa. Kata beliau: "Saya tidak menganggap mereka itu sebagai sebahagian dari tubuh umat (Islam). Kerana Allah S.W.T telah menegaskan di dalam al-Quran; "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi teman-teman rapat(mu); sebahagian mereka adalah pelindung bagi sebahagian yang lain. Sesiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pelindung (teman rapat), Maka Sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (Surah al-Maidah: 51)
Jadi mereka (pemimpin-pemimpin) itu termasuk dalam golongan musuh-musuh dan bukan sebahagian daripada umat ini.

Dalam segala kesengsaraan yang dilalui oleh rakyat Palestin ini, pimpinan HAMAS telah menunjukkan nilai persaudaraan yang sangat tinggi. Pada bulan lalu, apabila Presiden Sudan, Omar al-Bashir diancam oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadapnya berhubung dengan pembunuhan kaum dan jenayah kemanusiaan di wilayah Darfur. Tidak syak lagi, ini satu lagi drama terbitan Rumah Putih. Lalu Khaled Mesy'al mewakili HAMAS dan rakyat Palestin telah memberikan sokongan melalui talian telefon, beliau berkata kepada Presiden Sudan, dengan menjanjikan bahawa HAMAS bersama dengan pemimpin dan rakyat Sudan. Inilah nilai akidah yang tidak dapat dimanipulasikan oleh AS dan Israel. Mereka hanya mampu memperdayakan orang-orang munafik yang memakai topeng Islam. Dalam memahami nilai persaudaraan ini, kita perhatikan sabda Rasulullah s.a.w: "Jadilah kamu semua sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim (yang lain). Janganlah dia menzaliminya, dan janganlah mengabaikan dia apabila dia memerlukan pertolongan, dan janganlah memperkecilkannya.." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Pada hari ini, umat Islam khususnya bagi negara-negara yang bersempadan telah bersikap zalim terhadap rakyat Palestin apabila mereka memerlukan pembelaan. Malah terdapat golongan dalam masyarakat muslimin yang memperlekeh perjuangan rakyat Palestin dengan mengejek; 'setakat baling batu apa yang dapat?'. Kesemua ini menunjukkan bahawa kita telah jauh dari petunjuk Nabi s.a.w. Marilah kita renungkan sabda Rasulullah s.a.w: "Peumpamaan orang-orang yang beriman itu pada kasih-sayang, rasa belas dan ikatan sesama mereka adalah umpama satu jasad, sekiranya satu anggota jasad merasai kesakitan maka yang seluruh jasad juga akan turut merasai sakit." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Adakah kita merasaikan kepedihan dan kesengsaraan rakyat Palestin, Iraq, Afghanistan, Sudan, Kashmir, Somalia, Chehnya, Selatan Thailand, Filipina dan seluruh dunia Islam? Sekiranya masih tidak merasai, maka sekarang adalah masa untuk muhasabah iman dalam diri. Sekiranya kita merasai, maka sekarang juga adalah masa untuk menadah tangan kepada Ilahi… "Ya Allah! Bantulah Islam dan kaum muslimin, bantulah mereka menghadapi musuh-musuh di mana sahaja mereka berada." Amin.

hulurkan bantuan~

http://imamrsc-moscow.blogspot.com

marilah kita bersama2 menghulurkan bantuan kepada saudara seIslam kita yg berada di Palestin sekarang ini..

"Wahai org yg beriman! Infakknlah sebahagian dari rezeki yg telah Kami berikan kpdmu sebelum datang hari ketika tidak ada lagi jual beli, tidak ada lagi persahabatan dan tidak ada lagi syafaat. Org2 kafir itulah org yg zalim."<2:254>

"Perumpamaan org yg mnginfakkn hartanya di jln Allah seperti sebutir biji yg menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yg Dia kehendaki, dan Allah Maha luas dan Maha Mengetahui."<2:261>


Mungkin adakalanya kita berasa, nnti kita akan miskin, kehabisan duit. Tetapi Allah lebih mngetahui dan Allah itu Maha kaya. Pastinya tetap ada rezeki yg akan Dia kurniakn utk kita tidak kirela walau dgn apa cara sekalipon..

"Setan menjanjikan kemiskinan kepadamu dan menyuruh kamuberbuat keji(kikir) sedangkan Allah menjanjikan ampunan dan kurniaNya kepadamu. Dan Allah Maha luas, Maha Mengetahui.<2:268>

Marilah bersama-sama membantu saudara seIslam kita..moga ALLAH memberkati dan merahmati sumbangan kita...doakan mereka sentiasa mendapat kekuatan iman dlm menempuh dugaan ini