sejak akhir2 ini, hati sy sgt2 mudah terusik. sgt2 cepat tersentuh. sgt2 cepat nak nangis. sgt2 cepat sedih dan byk dgr lagu tntg sahabat.
wallahu'alam, mgkin ini hikmahNYA bila ALLAh takdirkan sy kehilangan seorang sahabat yg pd satu ketika dahulu sy sgt2 baik dgnnya. kehilangan dgn bukan cara kematian, atau berjauhan. bahkan kami dekat tetapi hubungan kami sgt renggang. sehinggakan inilah kali pertama dalam seumur hidup, seorang kawan berkata..
"kalau kau tanak aku benci ko seumur hidup, tolong jangan contact aku lagi"
sgt2 pedih sy rasa di dalam hati sebenarnya. namun, perasaan pedih trsebut tak berjaya utk kekal berada di dalam hati sy atas kata2 kasar tersebut. yg sy sedihkn adalah hubungan kami tetap tak dpt dibaiki. sudah hampir 2 tahun kami sebegini. wallahu'alam mungkin inilah yg terbaik ALLAH takdirkan. sy pun telah diblock dari fb die, dan sy juga telah delete contact sahabat sy di hp sebab sy takut sy akan tercontact lagi.
sy tak tahu apakah kesalahan terbesar sy sampaikn hubungan kami jadi sebegini. yg sy pasti, dua2 ada buat kesilapan. dua2 ada merasakan pahit di hati. sy cuba sedaya upaya cara utk berbaik namun, tanpa izinNYA, tetap takkn berjaya. wallahu'alam, sy yakin ada hikmahNYA tersendiri yg mungkin sy tak nampak pun pada waktu ini, tapi sy yakin dgn ketentuan ALLAH, inilah yg terbaik buat sy dan dia.
walaupun sy kalau diikutkan hati berkeras juga nk cari jln pembaikan, kerana acapkali sy teringat..
'masalah ukhuwwah=masalah aqidah (kata Syed Qutb)'
'tak beriman seorang mukmin kalau tak bertegur lebih dari 3 hari'
'sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara'
tapi sy redha jika ini permintaannya....
dek kerana itu, sy jdi org yg sgt2 sensitif. mudah terasa dgn setiap yg berlaku di sekeliling. sampaikan pada harijadi sy tahun ini, sy rasa sgt2 tersentuh apabila ramai yg wish. tapi mmgla ramaikan, semua kwn2 kat facebook dpt notification tarikh tersebut adlh besday sy. alhamdulillah. pd waktu itu, sy merasakan ya ALLAH, walaupon ada sahabat sy yg terlalu menyampah dekat sy tapi ramai lagi kawan2 yg masih lagi menyayangi sy dan menerima sy seadanya. Betapa besarnya rahmat kasih sayangMU yg Cuma setitis dilampiaskan ke dalam hati hamba2MU.
sy teringat kata2 seorang groupmate sy..
"waktu kita tak baik dgn org nih la yg buatkn kita akan sedar, di mana silap kita walaupun bukan dgn kwn yg tgh kita tak baik tu, tapi dgn kwn2 sekeliling. doakan aku tau farahin. jgn doakan org yg ko tak baik jer."
pd waktu tu sy tersentak. aah, ramai lagi sahabat yg masih sgt2 menghargai sy tetapi sy belum cukup menghargai mereka. ramai lagi akhawat yg masih sgt2 perlukan sy.
apa yg jadi ini juga membuatkan hati sy sgt2 lembut, dan sy sentiasa berusaha utk cuba perbaiki diri. sebab sy takut dgn diri sendiri. sy takut bila sampai waktu ALLAH pertemukan kami semula utk berbaik tapi pd waktu itu sy pula yg belum cukup memaafkn sahabat sy tersebut. sy takut sy pula berkeras tak mahu kami berbaik. nauzubillah. sy kene bykkn berdoa supaya sy dpt perbaiki diri dan jadi org yg sentiasa berjaya memaafkn kesalahan sesiapapun meskipun kalau fikir logiknya sgt2 pedih apa yg sy penah lalui.
teringat cerita tntg seorang lelaki yg dikatakan ahli syurga oleh Rasulullah SAW...
Anas Ibn Malik r.a. mengisahkan bahwa kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah saw. Beliau bersabda “Akan berlalu saat ini seorang ahli surga.” Saat itu juga seorang sahabat dari Anshar muncul sambil mengusap jenggot menghilangkan bekas wudhu. Tangan kirinya menenteng sandal. Keesokan harinya Rasulullah saw. Kembali mengatakan hal yang sama dan muncul sahabat Anshar itu. Di hari ketiga Rasulullah saw berkata seperti yang ucapkan sebelumnya. Dan, masih sahabat itu juga yang datang.
Ketika Rasulullah beranjak pergi, sahabat Abdullah ibnu Umar membuntuti orang itu. Ia berkata, “Aku berselisih dengan ayahku. Aku bersumpah takkan tinggal bersamanya selama tiga hari. Jika kau izinkan, bolehkah aku tinggal bersamamu selama itu?” Sahabat itu menjawab, “Baiklah.”
Abdullah ibnu Umar bercerita bahwa ia tinggal bersama sahabat itu selama tiga hari. Tapi tak melihatnya bangun tengah malam beribadah, kecuali ketika bangun ia selalu berdoa dan bertakbir hingga menjelang shalat subuh. Abdulah berkata, “ Aku hanya mendengar ia selalu mengucapkan kebaikan. Selam tiga malam itu, hampir saja aku meremehkan semua hal yang ia lakukan. Akhirnya kuputuskan untuk bertanya padanya, “Wahai hamba Allah, sebenarnya tak pernah terjadi perselisihan antara aku dan ayahku, tapi aku mendengar Rasulullah saw. Berkata sebanyak tiga kali “Saat ini akan berlalu seorang ahli surga.” Aku perhatikan ternyata kamulah orangnya. Aku lantas bermaksud tinggal bersamamu untuk mengetahui lebih dekat semua yang kamu lakukan. Tapi sampai saat ini aku tak melihat kamu melakukan sesuatu yang besar dan berharga. Aku bertanya-tanya apa yang menyebabkan Rasulullah saw. Mengatakan demikian.’” Sahabat itu menjawab, “Diriku hanyalah seperti yang kau lihat.”
Setelah mendengar jawabanya, aku beranjak pergi meninggalkannya. Selang beberapa langkah, ia kembali berkata kepadaku, “Diriku hanyalah seperti yang kau lihat, tapi tak pernah terbetik dalam hatiku, perasaan dengki terhadap muslim lainnya atau iri terhadap anugerah yang Allah berikan kepada mereka.” Abdullah ibnu Umar menimpali, “ini dia yang menyebabkan kamu menjadi ahli surga.” (Hadist Riwayat Ahmad dengan sanad menurut syarat Bukhari, Muslim, dan Nasa’i).
Firman Allah swt, yang bermaksud: "Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan" (Surah Al-Imran:Ayat 134)
Hadith Rasulullah SAW yg lainnya juga..
Ada 3 hal di antara akhlak ahli syurga : memaafkan kesalahan orang yg telah menzalimimu, memberi kepada orang yg kikir padamu, serta berbuat baik pada orang yg telah berbuat buruk padamu.
sepanjang tempoh hampir 2tahun ini, sy byk menitiskan airmata setiap kali teringatkn kenangan manis bersama ukhti tersebut. banyak sgt2 kenangan manis bersama. baru2 ini sy lihat semula gambar2 dari awal perkenalan kami, sgt banyak gambar kami berdua. masyaALLAH, jujurnya, sy sgt2 rindukan dia!
sy tak nafikan, mungkin sepanjang sy bersahabat dgnnya, byk perkara yg sy tak ambil tahu tentang dirinya. mungkin sy terlepas pandang, atau mungkin kadang2 sy seperti orang yg pentingkan diri sendiri. itu adalah kesilapan2 dan kelemahan2 sy yg mungkin menyebabkn ukhti tersebut sgt2 terasa sehinggakan bila jadinya 1 incident yg besar membuatkan dia tak mampu utk berhadapan dgn sy lagi.
inilah kali kedua sy merasakn seperti sy putus cinta. bangun2 teringatkan sahabat tersebut, selalu termimpikan tentang dirinya. dan kebanyakan mimpi sy sgt2 mengganggu emosi sy dan kadang2 tengah study pon sy boleh ternangis teringatkan ukhti tersebut. hampir 2tahun sy sebegini. namun pada hari ini, alhamdulillah, ALLAH tenangkan hati sy. sy dah tak banyak nangis teringatkan dia.cumanya, sy sgt2 mengharap, suatu hari nanti ALLAH pertemukan kami dalam suasana yg tiada langsung rasa marah, benci antara kami.
Bukan senang utk menjadi orang yg sentiasa dapat memaafkan tanpa sekelumit rasa teringat pun akan kepahitan yg kita rasai. Tapi, kerana syurga itulah ganjaranNYA, dan juga keredhaanNYA, kita perlu berusaha . berusaha bukan kerana sahabat tersebut, tapi kerana tanggungjawab kita sebagai hamba di muka bumi ini.
Semoga ALLAH kuatkn sy utk terus memaafkan, memaafkan, dan terus memaafkan. Sy insan yg tak sempurna, pasti sy akan membuat kesilapan. Sangat2 sayang kn, manusia selalu bersikap, banyak2 benda manis yg kita buat bersama, namun hanya kerana 1 atau 2 benda pahit, kita terus melupakan apa yg baik pernah dikongsi bersama. Sy redha, sy pasrah dgn ketentuan Illahi. Sy bersyukur kerana perkara ini byk membuatkan sy sntiasa berusaha utk menjadi orang yg memaafkan, mrendahkan ego.
sy tak bersangka buruk terhadapnya. Mungkin sebenarnya dia merasakan juga apa yang sy rasakan cuma mungkin dia tak mampu lagi untuk menerima sy. Sy redha. Kerana sy masih sgt2 sayangkn ukhti tersebut.
Sy takkan berhenti berdoa semoga satu hari nanti, ALLAH akan pertemukan kami dalam suasana yg tiada marah atau benci atau menyampah. Sy sentiasa berharap. Sy yakin dgn takdir Illahi.
