Alhamdulillah…semalam kami dapat berjumpa lagi dgn semua..syukur kerana masih berpeluang utk berhimpun bersama-sama. Terasa indah dan manisnya ukhuwwah ini… sama-sama dapat duduk berbincang mengenai agama. Indahnya suasana ini jika dibandingkan dengan kita bergelak ketawa dan berborak mengenai hal dunia dengan kawan- kawan lain…
Agenda yg kami lakukan adlh tadabur Quran, tazkirah, akhbar Islami, berbincang mengenai Fikrah Islamiyyah..dah akhir sekali kami dpt sedikit maklumat utk autumn gathering PPIM yg akan diadakan pada hari Isnin ini insyaALLAH..yg bertajuk the Miracle of Human Creation…but sy rasa sgt2 berminat utk berkongsi dgn sume org tentang ayat tadabbur hari itu..
At Taubah 38-42
“Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit. Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita." Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.”
cuba kita tukarkan perkataan berangkat yg Allah maksudkn dalam ayat di atas ini adalah berangkat utk berdakwah..Allah turunkan satu ayat itu bersesuaian dengan apa yg berlaku pada satu keadaan di zaman nabi dahulu. But apa yg terkandung dlm Quran adalah utk diambil pelajaran bagi kita ummat Islam yg benar2 ingin mendalami Islam itu..pada zaman nabi dahulu, nabi berjihad dengan menggunakn perang. Namun pada zaman kita ini, kita belom lagi berjihad dengan menggunakn pedang, senjata ataupon ngn kata lainnya adalah dengan dengan berperang seperti yg nabi lakukn dahulu. Bagi sy, ayat2 di atas, sangat2 la terkena dengan orang2 yg sedang melakukan dakwah ni..
Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Dan manusia tidak dijadikan ALLAH kat dunia ini hanyalah utk berehat semata- mata. But Allah jadikan kita utk beribadah dan menjadi khalifah di muka bumi ini. Adakalanya kita terasa penat ngn keje ni, but ingatlah bahawa kerehatan sebenar manusia adalah di syurga nanti. Bukanlah di dunia ini. Dan apabila kita sudah sedar akan tanggungjawab kita, maka laksanakanlah. Laksanakanlah dengan sebaiknya tanggungjawab itu. Seandainya kita tinggalkan medan dakwah ini, Allah tak pernah heranpon. Dan Allah takkn rugi sedikitpon. Kerana bukan Allah yg perlukn tarbiyyah ni, but kita yg memerlukannya. Malahan, Allah akan sentiasa menggantikan org2 yg meninggalkan medan dakwah ini dengan org lain dan sekali lagi, Allah tidak akan rugi apapon. Sebaliknya, kita yg akan mendapat azabNya di akhirat nanti..
"Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita."
Setiap kali kita bersedih, down, keseorangan tanpa ada yg menemani kita, ingatlah sentiasa bahawa ALLAH sentiasa ada bersama kita. Allah tak pernah tinggalkan kita. Pertolongan Allah itu sentiasa ada di mana- mana. Dan Dia tak pernah penat utk memberi bantuan pada hambaNya.
Adakalanya kita merasa berat sgt nak pegi usrah, atau daurah. Namun, if kita tau perkara itu ada membawa kebaikan kepada kita, maka pergilah kerana pastinya ada kebaikan yg akan kita dapat darinya. Usahalah utk membuang setiap perasaan malas kita itu kerana sume itu hanyalah hasutan dan tarikan syaitan kepada kita utk mmbuat kita futur. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui tiap sesuatu yg berlaku itu. Dan apabila bercakap mengenai dakwah ini, bukanlah dakwah namanya andai tiada kesukaran padanya. Dan bukanlah dengan mudah kita akan mendapat keuntungan daripadanya. Seperti yg kita tahu, memang bukan mudah utk menampakkn hasilnya secara besar-besaran. Contoh seperti membentuk daulah Islamiyyah, adakah dengan mudah kita akan perolehi DI tuh??
Jalan dakwah ini bukanlah jalan mudah.. jalan yg sgt jauh..sgt2 memerlukan pengorbanan. Namun, janji Allah pada hambaNya takkn dimungkiri. Berkali-kali Allah ulang pembalasan bagi org2 yg beriman dan mengerjakan kebaikan akan dibalas ngan syurga. InsyaALLAH andai kita benar2 mendapat rahmatNya itu…
Namun, harus kita ingat, kita tak boleh merasa kita dah cukup bagus atau up cket dari orang lain apabila kita buat keje dakwah ni. Malahan sepatutnya kita harus sentiasa check niat kita, amalan kita. N Allah sentiasa uji tahap keimanan kita…
Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.
Semoga Allah teguhkan hati kita utk kekal di jalan dakwah ini…
1 comment:
tulisan kamu semakin mantap..Moga Allah permudahkan urusan kamu, diberikan kamu kekuatan menghadapi ujian dan musibah.
Post a Comment