Thursday, February 19, 2009

bangunlah!!



"Hai orang yang berkemul (berselimut), bangunlah, lalu berilah peringatan!"

tidak tahu mengapa mata ini tidak mahu terlelap kembali. terjaga terus teringatkan ayat ini. lantas ku cuba kembali utk melelapkan mata, namun tidak berdaya. aku cuba memaksa, namun ianya hanyala usaha yg sia2. terasa berat di kepala utk terus bangun, maka ku cuba utk berbaring berharap agar kesakitan itu hilang namun, aku tetap tidak mmpu melelapkan kembali mataku. terngiang-ngiang...

"farahin!1bangunlah!!berikanlah peringatan!!"

berkali- kali ku rasakan suara itu bermain di benakku. secara tiba2, kedengaran suara lain berkata..

"Hai orang yang berselimut, bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya)"(73:1-2)

ya ALLAH, lantas ku gagahkan diri utk bangun dan mengambil wudhu'. benar, tanggungjawab yg ada itu sungguh berat. semakin hari, ku rasakan semakin berat. aku tidak mahu bertanyakn soal layak atau tidak. soal mengapa aku dipilih? mengapa bukan org lain? layakkah kita utk bertanya sedemikian setelah kita dipilih oleh ALLAH atas suatu tanggungjawab? meskipon ianya berat, meskipon isnya payah, apabila kita telah dipilih, maka DIA tahu bahawa kita benar2 layak dan mampu utk menghadapinya.

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik- baik Penolong. "(22:78)

ramai yg tidak sedar, bahawa wahyu pertama yg ALLAH sampaikn, tidak bercakap mengenai solat, zakat, haji dan lain2 hukum tetapi, perkara pertama yg ALLAH perintahkan adalah BANGUNLAH DAN BERILAH PERINGATAN! jika kita perhatikan, sewaktu ALLAH memerintahkan nabi SAW mmberi peringatan kepada org di sekelilingnya, tiada lagi perintah melaksanakan solat 5 waktu. tiada lagi perintah mengeluarkan zakat. namun, ape yg ALLAH turunkan pertama2 sekali adalah BERILAH PERINGATAN!! ini menunjukkan betapa pentingnya tugas kita dalam mmberi peringatan kepada semua org.

teringat petikan pertama di dalam muntalaq..

'Para dai mukmin'

apabila seseorang itu berpegang kepada rukun ISLAM dan rukun iman,die mempunyai tanggungjawab utk menjadi dai. sekalipon die pernah meminum arak, namun jika die tetap seorang ISLAM, dia harus memberikan peringatan. memangla bukan la ketika die masih dlm keadaan mabuk itu harus memberi peringatan. selepas die hilang mabuk pon, die tetap bertanggungjawab utk memberi peringatan.

sedarkah kita, apakah kita melakukan tanggungjawab kita?

memang tanggungjawab itu berat. sebab itu, turunnya ayat surah al muzammil. bangunlah dan laksanakanlah solat di waktu malam. kerana apa? kerana tugas ini sangat berat. sangat2 berat dan memerlukan kekuatan dalaman yg sgt kuat. utk itu, kita memerlukan kekuatan dariNya. dengan cara, mengabdikan diri padaNya, mohon kekuatan padaNya agar dikuatkan hati kita, dipermudahkan urusan kita.

"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. "(47:7)

jangan dikhuatiri, ALLAH telah menjanjikan pertolonganNYA buat sesiapa yg menolong agamaNya.insyaALLAH DIA akan permudahkan urusan kita. semoga kita sume sedar akan tanggungjawab kita ini.

1 comment:

pinkbloomer said...

besar sgguh tggjwb kte..