Thursday, February 26, 2009

senyumlah di saat hati merasa ingin menangis

Adakalanya....
Hari yang panas dan ceria
Bertukar mendung seketika
Mentari merangkak pergi
Gumpalan awan bertandang sisi
Hati gundah
Tercari-cari
ke Mana perginya mentari yang dinanti

Begitulah hidup...
Di saat kau selesa dengan kehidupan
tiba-tiba kau diuji dengan kehilangan
kehilangan nikmat harta
kehilangan nikmat ilmu
kehilangan nikmat rakan dan keluarga
dan kau meratapinya....

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu...
Yang menciptakan segalanya
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu
pasti akan damailah hatimu kerna...
masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia

Bukan Allah tak tahu derita hidupmu...
retaknya hatimu
sengsaranya sukmamu
Mungkin itulah yang Dia mahukan
kerna
Dia tahu
Hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah untuk
DEKAT dan AKRAB dengan-Nya

Saat hujan turun membasahi hatimu
kau menangis kerna
merasa beratnya ujian tidak tergalas
~SenYumLaH~

kerna

Allah mendatangkan kepadamu pelangi nan indah
selapas hujan sirna kelamnya


'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya'
(2:284)

p/s:actly nih dpt from sorg sahabat. hmm, sweet sgt2 kata- kata nih.

Thursday, February 19, 2009

dakwah sebagai pemelihara

mungkin ada yg berkata..

"ala, aku tak perlulah wat dakwah nih cz aku tak baek manepon"

tidakpon, selepas membace entry yg sebelum ini berkata..

"kalo org yg minum arak pon kene berikan peringatan, kalau kita berzina, kita memang kene bagi peringatan jugak, tapi takyahla aku nak sibuk2 improve diri aku"

kenapa kene berdakwah???

kenapa kita perlu utk berikan peringatan??

kerana apabila kita memberikan peringatan, kita juga memberikan peringatan kepada diri kita sendiri. kerana itu, dakwah berfungsi MENJAGA DAN MEMELIHARA DIRI KITA. tidak patut wujud sepatutnya istilah AKU TAK CUKUP BAIK UTK BAGI PERINGATAN! tidak sama sekali. kerana tanggungjawab itu sangat penting. jika seseorang yg dilantik utk menjadi naqib atau naqibah, pasti sangat2 merasakan bahawa mereka perlu utk improve diri mereka, menambah ilmu ALLAH dan agama ini dalam segala hal. dan mereka juga sentiasa berhati-hati dalam setiap apa yg mereka lakukan. bukan bererti mereka nak pelihara diri kerana nak tunjuk baik n so on. tidak benar sama sekali. ini kerana, utk tujuan dakwah itu sendiri. dan kerana dikhuatiri setiap kesalahan akan menjadi FITNAH di dalam urusan dakwah mereka.

dan cuba kita fikirkan, apakah selepas kita membuat dakwah, kita akan cenderung utk membuat kejahatan? atau kita lebih berhati- hati dlm kehidupan kita? takknla apabila kita nak cakap psl ciri2 muslimah sejati, tapi kita sendiri pakai seksi2 kan? ini bermakna, ngan dakwah sendiri dapat memelihara kita. dapat memperbaiki diri kita.

kgkadang sy pelik sangat memikirkan suasana di malaysia, bile tengok org wat baik, atau org tuh baik sangat, kita akan cakap macam2. adakalanya mengasingkan diri dari mereka. sedarkah kita apa tujuan kita diciptakan? adakah dengan tujuan utk berseronok kat dnia nih? utk melawa, enjoy, n lain2? sepatutnya kita rasa jahilnya diri kita. sepatutnya kita mendekati mereka. improve diri kita. bukan dengan membuat pelbagai ckp2 belakang terhadap mereka.

sy teringat suatu peristiwa di mana sy memberi tempat duduk dalam tren ktm tuh kat sorg makcik nih. dan ade suara dak perempuan berkata..

"ceh, dak tuh wat baik la konon, macam dalam iklan tv pulak aku tgk"

sy tersentuh dan terus berdiri sebelah budak tuh. sy teringin utk berkata..

"salahke apa yg sy buat tadi?melanggar syariat ISLAM ke?"

mengapa bila org wat baik kita perlu bising2? mengapa tidak begitu pabila melihat lelaki dan perempuan bertepuk tampar? duduk rapat2? melagha? fikiran anak muda terlalu disekularkan. terlalu dikelirukan tentang agama yg mereka anuti sendiri. masyaALLAH....peliharalah daku...permudahkanlah urusan dakwahku...

bangunlah!!



"Hai orang yang berkemul (berselimut), bangunlah, lalu berilah peringatan!"

tidak tahu mengapa mata ini tidak mahu terlelap kembali. terjaga terus teringatkan ayat ini. lantas ku cuba kembali utk melelapkan mata, namun tidak berdaya. aku cuba memaksa, namun ianya hanyala usaha yg sia2. terasa berat di kepala utk terus bangun, maka ku cuba utk berbaring berharap agar kesakitan itu hilang namun, aku tetap tidak mmpu melelapkan kembali mataku. terngiang-ngiang...

"farahin!1bangunlah!!berikanlah peringatan!!"

berkali- kali ku rasakan suara itu bermain di benakku. secara tiba2, kedengaran suara lain berkata..

"Hai orang yang berselimut, bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya)"(73:1-2)

ya ALLAH, lantas ku gagahkan diri utk bangun dan mengambil wudhu'. benar, tanggungjawab yg ada itu sungguh berat. semakin hari, ku rasakan semakin berat. aku tidak mahu bertanyakn soal layak atau tidak. soal mengapa aku dipilih? mengapa bukan org lain? layakkah kita utk bertanya sedemikian setelah kita dipilih oleh ALLAH atas suatu tanggungjawab? meskipon ianya berat, meskipon isnya payah, apabila kita telah dipilih, maka DIA tahu bahawa kita benar2 layak dan mampu utk menghadapinya.

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik- baik Penolong. "(22:78)

ramai yg tidak sedar, bahawa wahyu pertama yg ALLAH sampaikn, tidak bercakap mengenai solat, zakat, haji dan lain2 hukum tetapi, perkara pertama yg ALLAH perintahkan adalah BANGUNLAH DAN BERILAH PERINGATAN! jika kita perhatikan, sewaktu ALLAH memerintahkan nabi SAW mmberi peringatan kepada org di sekelilingnya, tiada lagi perintah melaksanakan solat 5 waktu. tiada lagi perintah mengeluarkan zakat. namun, ape yg ALLAH turunkan pertama2 sekali adalah BERILAH PERINGATAN!! ini menunjukkan betapa pentingnya tugas kita dalam mmberi peringatan kepada semua org.

teringat petikan pertama di dalam muntalaq..

'Para dai mukmin'

apabila seseorang itu berpegang kepada rukun ISLAM dan rukun iman,die mempunyai tanggungjawab utk menjadi dai. sekalipon die pernah meminum arak, namun jika die tetap seorang ISLAM, dia harus memberikan peringatan. memangla bukan la ketika die masih dlm keadaan mabuk itu harus memberi peringatan. selepas die hilang mabuk pon, die tetap bertanggungjawab utk memberi peringatan.

sedarkah kita, apakah kita melakukan tanggungjawab kita?

memang tanggungjawab itu berat. sebab itu, turunnya ayat surah al muzammil. bangunlah dan laksanakanlah solat di waktu malam. kerana apa? kerana tugas ini sangat berat. sangat2 berat dan memerlukan kekuatan dalaman yg sgt kuat. utk itu, kita memerlukan kekuatan dariNya. dengan cara, mengabdikan diri padaNya, mohon kekuatan padaNya agar dikuatkan hati kita, dipermudahkan urusan kita.

"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. "(47:7)

jangan dikhuatiri, ALLAH telah menjanjikan pertolonganNYA buat sesiapa yg menolong agamaNya.insyaALLAH DIA akan permudahkan urusan kita. semoga kita sume sedar akan tanggungjawab kita ini.

Friday, February 13, 2009

sendiri

di sela kesindirian
kutersadar diri akan segala dosa
semua yang tlah kulakukan
membuat diriku terjauh dari-Mu

namun kini kuyakini
cinta dan kasih-Mu tiada terganti
apa mungkin kudapati
hidayah darimu kuatkan imanku

Tuhan ampunilah daku
kuharapkan hidayah dari-Mu
saat ini hingga nanti
aku kembali kepada-Mu

SABAR

sesungguhnya tiada istilah HILANG SABAR di dlm hidup di dunia ini,
sesungguhnya letakknlah sabar itu do atas sabar,
jikalau engkau marah dlm keadaan berdiri maka duduklah,
jikalau engkau marah dlm keadaan duduk maka berbaringlah,
jikalau engkau tetap tidak berjaya menghilangkannya maka bersegeralah mengambil wudhu',
semoga dirimu beroleh ketenangan dengan ayat2 Quran,
sesungguhnya ALLAH SWT sentiasa menguji sejauh manakah kesabaranmu,
sejauh manakah tahap keimananmu,
maka BERSABARLAH DLM APA JUA KEADAAN,
hapuskanlah istilah hilang sabar dlm dirimu..
sesungguhnya ALLAH sentiasa akan bersama2mu jika kamu org SABAR..
sedang aku bergegas pulang ke hostel,dgn kesejukan yg teramat..ku percepatkn langkahku...dengan kemamaian yg teramat, dgn harapan dpt pulang segera utk merebahkan diri...tanpa ku sedari..

"ya ALLAH..sakitnya"

"ya ALLAH farahin macam mane awak boleh jatuh nih? hee..tula lain kali jalan tuh tgk betul2"

aku hanya mampu tersenyum...dan pada waktu ade huluran tangan dari seorg pempuan russia dgn tujuan utk menolongku bangun. n dgn mamai aku mengucapkan "spasiba" dgn senyuman yg paling manis cuba aku berikn atas keprihatinannya itu...dlm hati 'baek jugak org2 russia nih ye'..

baru tersedar dari mamai...lantas aku cuba berfikir...YA ALLAH apa yg aku fikirkan tadi sehingga mmbuatkn aku terjatuh. apakah ade kesilapanku di mana2 yg ingin Kau smpaikn??

sesampainya di bilik...

"eh lambatnyer balik..baru abes usrah ke or mmg jalan2 tempat laen?"

aku senyum..

"takla, mmg td habis pukul 9"

terasa kepenatan yg teramat. mungkin kerana belum habis penat berlin kot. ceh, tak abes2 nak rehat. teringat kata2 naqibahku...

"mungkin ni 1st tyme kot usrah yg wat weekdays kat moscow nih"

tp mungkin dek kelapangan masa yg ada sekarang ni, mmbuatkan kami tidak terasa walopun cket terbeban ataupon keberatan ngn sume nih. juz penat jela kot. lantas aku terpandang kata2 di dindingku...

'JANGAN DIPIKE KEPENATAN DAN KELETIHAN HIDUP DI DUNIA..KERANA KEREHATAN MANUSIA YG SEBENAR ADALAH DI SYURGA..'

lantas mmbuatkan aku tersenyum..benar...kerehatan sebenar adalah di syurga..lantas menjadikan aku berusaha utk tidak memanjakan diri..lantas membuatkan ku terpike akan niatku dalam melaksanakan tanggungjawab ini..YA ALLAH...berat sungguh tanggungjawab ini..sungguh...terlalu byk lagi perkara yg belum aku laksanakan..terlalu byk perkara yg masih belum selesai..peliharalah hatiku ini agar aku tak tersasar dari niat dan matlamat yg sebenar..jika tidak, pastinya bukan keredhaanMU yg ku terima..namun, kemurkaanMU..:(

terkenang segala dosa2ku, membuatkan aku terpike, mmpukah aku menebus setiap kesalahan yg aku lakukan?ya ALLAH...kuatkan aku...jadikanlah aku hambaMU yg sentiasa bersyukur dan bertaubat kpdMU...

inspiring word~insyaALLAH segala penat lelah inilah yg bakal jadi saksi perjuangan kita..kerehatan sebenar adalah di syurga~jzkk :)

maaf tuk berpisah

Kau tahu tentang hatiku yang tak pernah bisa melupakanmu
Kau tahu tentang diriku yang selalu mengenangmu selamanya
Kini kusadari Bahwa semua itu
Adalah salah, juga keliru
Akan membuat hati menjadi ternodai

Maafkanlah segala khilaf yang telah kita terlewati
Telah membawamu kedalam jalan yang melupakan tuhan
Kita memang harus berpisah
Tuk menjaga diri
Untuk kembali mngarungi hidup
Dalam ridho ilahi

Kutahu bahwa dirimu
Mendambakan kasih suci yang sejati
Kuyakin bahwa dirimu
Merindukan kasih sayang yang hakiki

Kini kusadari Bahwa semua itu
Adalah salah, juga keliru
Akan membuat hati menjadi ternodai

Dan bila takdirnya kita bersama
Pastilah Allah akan menyatukan kita..

Wednesday, February 11, 2009

hikmah kembara



Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa

Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan

Fikirkanlah..dimana arah kita
Renungilah..hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadanya..
ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah
untuk melihat kebesarannya
lantas berfikir dan bersyukur
diatas nikmat dan kurnianya
nilai harganya iman dan taqwa
bagi hamba yag setia

miss jaulah syitawiyah 09



"mmg best jaulah ritu"...

benar..
mmg best...
terlalu best smpai tak tau bagaimana inginku ungkap dgn kata-kata..
mudah utk melakukn segala amal ibadat...
pabila tiada apa2 yg perlu dilakukan...
masing2 membuka Al Quran...
tidakpon, pasti ada saja yg duduk dan tadabbur bersama2..
kemudian, berbincang mengenai Islam bersama...

RINDU???
benar...
aku benar2 merindukn suasana itu..
sgt2 merindukan ssters...
pabila melihatkn wajah mereka..
aku dpt melihat sinaran iman di wajah mereka..
aku dapat melihat semangat utk mmbangunkan Islam yg terpancar di wajah mereka...
benar..
aku sgt merindukan mereka...

namun kini...
aku sudah jauh dari mereka...
namun jauh tak bererti kami benar2 jauh...
aku yakin kami tetap terikat dan berpegang teguh pada 1 tali yg sama..
iaitu agama ALLAH..
cara hidup yg ALLAH tetapkan...
yg mengikut syariat ALLAH...

kerinduan ini lantas menjadikan aku bersemangat utk mencuba mewujudkan suasana itu..
agar semangat yg ada tidak akan luntur..
agar ukhuwwah yg terjalin tidak akan goyah..
agar ukhuwwah yg terjalin kerana ALLAH itu tetap utuh...

SUKAR???SUSAH????PENAT???

farahin....
jalan ini bukan jalan yg dibentang dengan karpet merah..
jalan ini penuh ngn mehnah...
penuh dgn ujian...
kuatkan imanmu...
carik ALLAH di dlm setiap kekuatanmu...
lantas membuat aku teringat...
PENCERAHAN BUKAN UTK ORG MANJA...
yap..itu benar...
pencerahan bukan utk org manja...

farahin..
berlapang dadalah selalu...
sesungguhnya berlapang dada itu adalah selemah2 ukhuwwah...
jgn dibiarkn perasaan dan emosi menguasai urusan dakwahmu itu...
hapuskan segala perasaan terkilan itu...
sesungguhnya syaitan sentiasa berusaha utk merosakkn ukhuwwah itu..
ukhuwwah kerana ALLAH itu...

YA ALLAH...kekalkan keterikatan hati kami ini...sesungguhnya hanya padaMU tempat kami kembalikan segala urusan...

to all ssters....miss u all so much...chaiyokk!!!kerja keras ye!!!moga ALLAH berkati usaha kita semua...

Tuesday, February 10, 2009

yang abadi,mestica

Tuhan, ku harapkan
Kepada-Mu, keampunan
Keredhaan, kasih sayang
Kehidupan terpelihara

Hati yang dahaga
Mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati
Bahagia kekal abadi

Tapi Engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu
Engkau ciptakan pagar rintangan
Harga cinta-Mu jiwa ku korban

Tuntun langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Kau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia

Selamatkan dengan rahmat-Mu
Nama-Mu biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan yang abadi

jaulah syitawiyah-berlin

alhamdulillah...setelah seminggu berada di berlin, akhirnya sy bersama sahabat2 selamat pulang ke moscow dgn mmbawa pelbagai misi, azam dan semangat...terasa terlalu byk perkara yg pelru dilaksanakn. sehinggakan diri ini termenung mengenangkn mmpukah aku utk berhadapan dgn semua ini? mmpukan aku utk mengurus masa dgn sebaeknyer?

teringat sebuah artikel 'pencerahan bukan utk org manja'...ttbe terfikir, terlalu manjakah aku?? sehinggakn belum laksanakn apa2 namun sudah terfikir pelbagai rintangan. sudah mula memikirkn penat dan letih.. YA ALLAH..kuatkn iman hambaMu ini..

sudah beberapa hari pulang ke moscow, mgkin masih kekal semangat di dalam diri. masih berjaga2 utk mengelakkn diri dari terpengaruh ngn futur yg mgkin bakal menghiasi perjalanan dakwah. namun, sejauh manakah imanku ini dapat benar2 mengelakkn aku dari terpengaruh ngn segala karat jahiliyyah itu?? dapatkah aku benar2 mewujudkan suasana masjid di dalam bilik ku ini?? terasa begitu sukar... namun, itu yg ku mahu... sejauh mana usahaku utk mewujudkan masjid itu YA ALLAH...

teringat 5 sifat yg perlu ada utk org2 yg ingin mmbangunkn ISLAM;

1) TAJARRUD

- menghilangkn segala karat2 jahiliyyah yg masih ada dlm diri

2) ZUHUD
3) FITNAH

- mengelakkn diri dari semua fitnah yg dapat mmbantutkn urusan dakwah. apa2 saja yg membuatkn urusan dakwah tergendala termasuk jika dalam urusan ukhuwwah. jika ada apa2 yg membuatkn ukhuwwah tersebut rosak, maka ianya dikira sebagai fitnah juga.

4) MEHNAH

- setiap yg ingin membangunkan ISLAM, pastinya tidak akan terlepas dari segala mehnah dan dugaan. jalan dakwah ini bukanlah jalan yg dibentang dgn karpet merah, atau dihidangi ngan perkara2 indah. jalan yg dilalui sgt sukar. sehinggakn Rasulullah SAW sendiri dan para sahabat merasakn dugaan yg sgt dahsyat. sesungguhnya ALLAH sendii berkali2 berfirman di dlm Al Quran, bahawa org yg beriman itu akan sentiasa diuji. mereka akan sentiasa diuji utk mengetahui tahap keimanan mereka.

5) QIYADAH

- qiyadah bermaksud seni utk mmbengunkn ummah. setiap org yg ingin mmbangunkan ISLAM perlulah mmpunyai seni dan juga strategi utk menarik hati org. utk memperkenalkan org kepada keindahan ISLAM. utk mmbuat seseorang jatuh cinta kepada kita, memerlukan cara utk menarik hati dia kpd kita. seperti mana hubungan suami isteri yg perlu dikekalkan, ianya memerlukan pelbagai cara dan seni. cthnya seperti ayat2 berbunyi puisi2 indah. yg menyentuh hati. begitu juga dgn dakwah. kita perlu memahirkan diri utk menjalankan shahadatul haq fi'liyah dan juga qauliyah itu dgn sebaeknyer. perlu berusaha utk menggunakan segala kemahiran yg kita ada.

YA ALLAH..kurniakan aku sifat2 yg perlu ada pada seorang pembawa nama ISLAM ini YA ALLAH...kurniakan aku sifat2 mahmudah YA ALLAH..