Monday, January 26, 2009

al-Wahhab

Allah sebagai Tuhan yg bersifat al-Wahhab bermaksud Tuhan Yang Maha Memberi. Namun memberi dgn sifat al-Wahhab itu, ada di dlmnya 5 sifat;

1. MEMBERI TANPA MEMINTA APA2 BALASAN

Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada makhluk. Kerana itulah Allah memberi dengan sifatnya yg al-Wahhab tanpa mengurangkn langsung perbendaharaanNya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkn kpd ibu bapa kita agar mereka kaya dgn kasih syg. syg kpd seorg anak tidak berbeza sygnya kpd 9 anak yg bakal menyusul kemudian. Anak derhaka menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih syg, krn mereka beroleh kasih syg rahmat Allah yg al-Wahhab.

2. MEMBERI SECARA BERULANG-ULANG

Al-Wahhab terus memberi berulangkali tanpa jemu. tidak jemu memberi dan tidak marah diminta. Percikan sifat inilah yg Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap mlm pd usia kecilmu. Ibu akan meraba dinding mencari cahaya, demi anak yg diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yg baru menjenguk datang ke hidup duniawi.

3. MEMBERI TANPA DIMINTA

Allah SWT Tuhan yg al-Wahhab memberi tanpa meminta. Hitunglah pada pelbagai yg ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah yg cntik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yg baik tanpa kita mnta dan jangka. Allah itu Maha Mmberi dgn sifatnya yg al-Wahhab. Sifat inilah yg Allah tanamkn dlm naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi syg mereka kepada kita, sayang yg diberi tanpa diminta.

4. MEMBERI SESUATU YG AMAT BERHARGA

Allah, Dia yg al-Wahhab memberi dgn sifat itu pkr2 besar yg amat berharga. Dia kurniakn kita dgn sifat al-Wahhab itu bukanlah hiasan2 dunia yg tidak berharga. Al-Wahhab,daripadaNya datang RAHMAT yg menyelamatkn kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung- hitung satu taat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah smpai masa pintu taubat itu DIA tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan krn kita hidup utk tujuan yg besar.

Cebis2 sifat inilah Allah limpahkan kpd jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih syg yg tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yg sgt bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lamanya. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yg mulia dan berjaya.

5. MEMBERI SUATU YG BAIK UTK MENGHASILKAN KEBAIKAN

Allah jua dgn sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kpd kita, agar dgn kebaikan itu kita sambut dgn syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. DiberikanNya kita harta agar kita bersedekah. DiberikanNya ilmu agar kita berdakwah. DiberikanNya kita pelbagai yg baik agar kita berbuat baik..

"YA ALLAH, AMPUNKANLAH DOSAKU, AMPUNKAN DOSA IBU BAPAKU DAN RAHMATILAH MEREKA DENGAN KASIH SYGMU, SEBAGAIMANA MEREKA MENYAYANGIKU KETIKA DIRIKU MASIH KECIL"



p/s:miss my dad, my mom, nenek, n sume org kat umah tuh..

1 comment:

Anonymous said...

misz me x?