Alhamdulilah, akhirnya habis jugak coloq biochemistry ni. letih yg tak terhingga dirasakan...hmm, dah lame rasanya tak update blog nih..dek kesuntukan masa dan tanggungjawab yg ada, mmbuatkn diri rasa tk cukup masa utk menulis sumthing new utk blog nih..
ahad yg lepas, sy dikejutkn ngan berita kematian bapa kpd 1 of my classmate, fikrie..sy tak mmpu berkata apa2 bila dgr brita tersebut..secara tiba2..n sebenarnyer arwah pegi dari jumaat malam sabtu but baru diberitahu pagi ahad tu. if sy jadik die, sy rasa, sy dah tak tau nak buat apa, mungkin menangis sepanjang masa..yg pegi bukanlah org jauh, bukanlah setakat kawan, but ayah sendiri..org yg merupakan tempat kita bergantung selama nie..
Tetapi, Allah takkn uji manusia itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya.dan sy yakin sahabat sy tu cukup kuat utk tempuh dugaan ni walaupon mmg susah sgt2 utk menghadapinya..dan sy teringat, usrah sy pada hari sabtu sebelum tersebarnya berita kematian tersebut, kami baru berbincng mengenai zikrulmaut..
Telah bersabda Rasulullah SAW;
"Banyak- banyaklah mengingat perosak kelazatan." Ertinya dgn kita itu kita patahkan kelazatan hingga putus tiang2nya utk kemudian menghadap kepada Allah SWT.
Telah berkata 'Aisyah, "Ya Rasulullah, adakah seseorg yg dihimpunkan bersama para syuhada'?" Rasulullah menjwb, 'Iaitu org yg mengingati mati sehari semalam dua puluh kali."
Adapun sebab utama semua itu adalah kerana mengingat mati dapat membuat seseorang tersedar dalam tipuan dunia serta dapat mempersiapkan diri untuk ke akhirat. Adapun lupa pada mati mengakibatkan seseorang tergila2 dlm syahwat dunia.Rasulullah SAW bersabda;
"Hadiah orang mukmin adalah mati"
Baginda berkata demikian kerana dunia adalah pnjara org mukmin. Di sana dia selalu berperang dgn nfsunya, melatih syahwatnya serta menolak syaitannya. Maka kematian akan mmbebaskannya dari seksa itu. Maka baginya kebebasan itu adalah hadiah.
Juga Rasulullah SAW bersabda;
"Maut itu penghapus dosa bg org Muslim"
Yakni muslim sesungguhnya dan mukmin yg sejati, di mana kaum muslimin yg selamat dari lisan dan tangannya dan dia telah membuktikan akhlak kaum mukminin serta bersih dari kemaksiatan kecuali hanya dosa kecil sahaja. Maka kematian akan menyucikannya dari dosa itu, dan menghapuskannya setelah dia menjauhi dosa2 besar serta menjalankan kewajipan2nya.
Telah berkata Atho' al-Khurasani ra, "Rasulullah SAW lalu dlm suatu majlis yg penuh dgn gelak ketawa. Maka baginda bersabda: Campurilah majlismu dengan mengingat sesuatu yg mengeruhkan kelazatan". Mereka bertanya, "Apakah pengeruh kelazatan itu?" Rasulullah mnjawab, "Iaitu maut."
Rasulullah SAW bersabda lagi:
"Cukuplah mati sebagai perpisahan,cukuplah mati sebagai nasihat"
Telah berkata Ibnu Umar ra, "Aku datang kepada Nabi SAW yg sedang menemui sepuluh orang. Kemudian seorang lelaki dari sahabat Ansar berkata, "Siapakah orang yg paling muliadan pandai wahai Rasulullah?" Baginda mrnjawab, "Ialah orang yg pandai banyak mengingati mati dan gigih bersiap- siap untuknya. Mereka org yg pandai. Pergi dgn kemuliaan dunia dan keagungan akhirat."
MasyaALLAH..cuba kita renungkan dlm diri kita, agak2nya berapa kali kita ingat mati tu dlm sehari??ataupun dlm hari2 yg kita lalui, kita lebih banyak bergelak ketawa??astaghfirullah...lekanya kita dlm arus dunia..betapa kita tertipu dgn godaan dunia nih. andai ditanya pada diri sendiri, apa bekalan dan persiapan yg aku dah bwk utk akhirat?? amalan yg benar2 dpt mmberi manfaat pada diri kita di akhirat nnti atau pon dosa yg bertimbun??
dlm usrah, kami berbincang bagaimana ye agaknyer utk mengingati mati nih?? masing2 berfikir. terdiam sebentar..hmm..selepas beberapa ketika barulah keluar suara "ngan cara ziarah org meninggal tuh"..lepas tuh mas`ulah sy bertanya lagi, apa lagi yg boleh benar2 mngingatkan kita pada kematian utk setiap hari yg kita lalui?? masing2 berfikir..last2...masing2 ckp..camane ye..hmm, until now sy masih lagi berfikir, bagaimana cara paling effective utk mengingati kematian setiap jam, minit, saat dm kehidupan seharian kita..
dlm mghadapi kehidupan kat dunia ni, seringkali kita terleka dek arusnya yg melalaikan.sehingga terlupa terus akan seksa dan kepedihan maut ni..
Dari Hassan, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Ingatlah maut, kepedihan dan sakitnya," Beliau bersabda, "Maut itu sama dengan 3 ratus pukulan pedang." Pernah Rasulullah SAW ditanya tentang maut dan kedasyatannya. Baginda menjawab, "Sesungguhnya maut yg teringan bagaikan kawat jeruji menjerat kambing. Bila kambing lepas pasti ada bulu yg menyangkut padanya." Pernah Rasulullah SAW menziarahi org sakit lalu berkata, "Aku tahu, bahawa keringat yg keluar darinya adalah sakitnya ketajaman maut!"
gerunnya bila mendengar kepedihan maut ni.hari tu kami berpeluang melihat video tentang kematian di hostel ini, buat muslimat sahaja. after baca yaasin, sy tutup lampu dan pasang vdeo tuh..bila dah abes, sy tanya, ape kesimpulan, perasaan??masing2 menjawab.."takut"..."tak bersedia utk mati lagi, agak2nya kalau kene tarik sekarang, tak taula macam mana"..hmm, tapi sejauh mana amalan kita benar2 menunjukkn kita benar2 takut kepada kematian itu??sedangkn Rasulullah SAW sendiri marasakan betapa pedihnya maut ni, sehinggakn baginda mohon supaya jgnla diturunkan azab pedih maut ini pada ummatnya..tapi diri kita sendiri, apakah yg kita lakukan as bukti yg kita benar2 takut pada kematian itu??
hmm...kita tak pasti, bila smpai waktu ajal kita...kita tak tau ntah2 dlm kita masih berbuat dosa, tiba2 ALLAH tarik nyawa kita..maka, marilah kita bersama2 berusaha mencari bekalan utk akhirat itu..tempat yg kekal abadi bg hambaNYA..
Al Fatihah buat bapa Zulfikrie...ABAS BIN SUDAR..semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya..dan memberikan kekuatan pada ahli keluarganya..amiin..
No comments:
Post a Comment