Tuesday, November 10, 2009

~copy from YG~sgt2 best utk dikongsi~huhu...

Assalamualaikum awak,


Saya menulis bukan untuk menyindir,bukan untuk membangkang, jauh sekali untuk berkata tidak setuju.Saya paham kerana saya juga merasakan perkara yang sama.Saya paham apabila awak kata hati berbunga-bunga , saya juga paham apabila awak kata hati awak pedih digigit luka.Saya paham bila awak kata awak confius,tidak tahu nak pilih yang mana.Bila awak kata awak tersepit antara dua perkara itu,ya!saya mengerti.Sungguh! saya paham dan tak pernah menafikan.

Awak,saya cuma nak suruh awak berhati-hati. Berhati-hati semasa mendaki.Kerana tangga itu sangat tinggi.Memang awak boleh panjat,tapi awak perlukan sesuatu sebagai alas.Awak perlu letakkan kerusi supaya senang mendaki.Tapi awak perlu ingat,jangan ambil kerusi yang patah, jgn lupa baiki kerusi yang bergoyang,kerana awak akan jatuh semasa memanjat.Awak akan terluka,tercedera mungkin juga pergi selama-lamanya.



Hati-hati awak,hati-hati semasa memanjat.Juga buatlah persediaan untuk memanjat dan persediaan untuk sampai ke puncak.Andai awak berjaya sampai sekalipun,teruskan berwaspada kerana di atas sana curam dan bahaya.Ramai yang telah tiba di puncak setelah penat dan gigih mendaki,tetapi tidak lama kemudian jatuh tergolek semula ke bawah.Ada yang cedera ringan,so guna first aid saja.Tapi ada yang cedera parah,cepat- cepat dibawa ke hospital.Namun ada yang jatuh dan kaku,pergi meninggalkan kita semua.Baru saya paham awak,rupa-rupanya tangga idaman kader-kader hebat itu juga merupakan satu penapisan.



Saya tau awak,semua orang nak naik tangga tu,saya pun nak naik,dia pun nak naik,meskipun kami masih melihat dari bawah.Apatah lagi orang yang sedang mendaki,tentunya perasaan mereka melonjak-lonjak lebih dari kita.Mereka sudah berusaha separuh jalan,cuma ada lagi setengah untuk tiba ke puncak.Tapi begitulah,bukannya senang,bukannya mudah.Kerana kita tidak mahu tergolek jatuh dari atas,apatah lagi mati setelah terjatuh.Kerana tangga di hadapan masih banyak yang perlu didaki,makin curam dan makin licin.Bukan sembarangan orang yang bisa tiba di sana,orang yang tak cukup bersedia akan jatuh saat mendaki,mungkin juga jatuh setelah

tiba,kerana akar masih tidak cukup kuat untuk mencengkam tanah.Ingatlah awak,setiap tangga yang kita pegang itu rupa-rupanya penapisan-penapisan yang makin hebat.Memilih kader-kader yang tsabat.


Lihat sajalah Khadijah dan Rasulullah.Bagaiman a baginda dan isteri melalui bahtera tangga kedua.Ya benar!kita mungkin takkan selamanya mampu sehebat Khadijah,tetapi cita-cita untuk menjadi seperti beliau,adalah satu mindset yang semua akhawat perlu ada.Lihatlah Khadijah itu,bisa tabah saat dipulau oleh penduduk Mekah,disekat bekalan makanan dan keperluan.Bukan mudah awak,bukan mudah untuk menjadi penyuntik semangat suami, saat di depannya berdiri ribuan dan ratusan penentang,sedangkan kita berseorangan di belakang.Tatkala memandang ke depan,dia melihat barisan-barisan kukuh mahu menyerang,namun bila dipandang ke belakang,hanya berdiri sekujur tubuh kaki yang mempertahan. Mampu ke kita awak?Rasulullah melihat ribuan jiwa dalam satu jiwa Khadijah.Membuatkan baginda kuat dan terus maju menyebarkan risalah-risalah gemilang.Satu demi satu jiwa diislamkan,satu demi satu hati ditundukkan kepada Al-Kholiq.Bagaimana dengan kita awak?


Iya saya tidak membangkang, malah saya bersetuju.Batu- bata yang disusun akan mengukuhkan antara satu sama lain.Tepat sekali apa yang awak kata.Tapi jangan lupa tambah keluli,besi dan simen untuk mengukuhkan lagi susunan itu.Kerana batuan sahaja takkan mampu berta

han lama.Ia akan roboh dan berkecai.Dan awak,ingatlah bahawa bangunan tinggi memerlukan cerucuk dasar yang kukuh dan kuat untuk bertapak.Hukum fizik tetap hukum fizik.Hukum alam tetap hukum alam.Segah mana pun sesuatu binaan,gugur jua andai base nya tidak kuat.


Tahniah awak,tahniah kerana bercita-cita untuk memulakan pendakian menuju kegemilangan. Maha Suci Allah yang menganugerahkan rasa.Saya gembira melihat rakan-rakan seperjuangan dan awak sendiri mula mendaki tangga,mendahului saya yang masih di bawah.Saya lebih gembira andai akhirnya awak sampai ke puncak yang diimpikan semua,termasuk saya.Bukan saya menulis untuk merobek rasa mulia itu,cuma saya ingin tekankan tentang suatu pembinaan jiwa,iaitu jiwa tangga pertama itu sendiri.