HENDAKLAH KAMU MEMANDANG PADA DUNIA DAH AMBIL PELAJARAN. MENINGGALKANNYA DENGAN BERWASPADA DAN USAHAMU DI SANA SEBAGAI SATU KEHARUSAN. DAN PENCARIANMU PADA AKHIRAT MESTI DIDAHULUKAN.
Sunday, July 19, 2009
kesan dosa dlm hidup~karya ibnu Qayyim~
memetik kata- kata ustaz asri dlm kesan2 dosa dlm hidup;
hamba yg terdedah melakukan dosa, Allah akan membuatnya lengah dan lupa mengerjakan perkara yg mendatangkn kemaslahatan dirinya, dan dia akan melakukan prkara yg kurang atau tidak bermanfaat yg akan mengakibatkan dirinya terdedah ke dlm KERUGIAN dan KEBINASAAN. Dlm masa yg sama dia menganggap bahawa tidak ada masalah yg dihadapinya.
utk lebih jelas, spt contoh, dosa mulut atau lidah yg dilakukn akan menyebabkn terabainya agenda 'ibadat lidah', termasuk mmbaca perkara yg akan menjamin kemaslahatan hamba spt mmbaca Al Quran (mendalami dan mengamalkn ajarannya), beristighfar, tasbih, tahlil dan lain- lain yg merupakan agenda harian dan amalan asas hamba mukmin yg dinyatakan dlm Quran dan sunnah. Demikianlah halnya dengan mata, telinga, fikiran, tangan, kaki dan lain- lain.
dosa yg dilakukn seseorg drpd kebiasaannya 'membuang masa dan menghamburkan masa' kepada yg tidak atau kurang berguna, akan mendedahknnya kpd kebinasaan dan kerugian yg besar yakni dgn berlalunya kebanyakan umur dan waktunya kepada perkara yg tidak bermanfaat atau perkara yg kemanfaatannya sgt sedikit. sbg contoh peruntukan masa utk bersama media elektronik dan media cetak tidak diseimbangkn dengan peruntukan masa utk beribadat, terutama sekali solat (trmasuk solat sunat dan solat berjemaah di rumah- rumah ALLAH), tilawah Al Quran, majlis ilmu, zikir, amar makruf nahi munkar dan lain- lain.
semakin tebal dosa dan risiko dosa- dosa yg dilakukn, kepekaan terhadap permasalahan dosa akan semakin ringan dan berkurang di mana akhirnya seseorg akan termasuk ke dlm kategori org yg dalam hatinya hinggap atau bersarang penyakit 'NIFAQ' (kemunafikan). seperti yg pernah disampaikn sahabat Rasulullah SAW yg senior dan kenamaan, Abdullah bin Mas'ud ra, bahawa org munafik itu akan memandang remeh terhadap dosa, dia menganggapnya laksana lalat yg terbang sahaja.
sebaliknya seorg mukmin akan melihat dosa itu bagaikan gunung yg akan jatuh menimpa dirinya.cubalah bandingkn antara berat lalat dengan berat sebuah gunung. demikianlah perbandingan sikap org munafik dan sikap org beriman terhadap dosa.
~bergetar hatiku saat membaca kalimah2 menginsafkn ini. sahabat2 sekalian, sepatutnya, semakin kita sedar akan tanggungjawab kita, semakin kita begitu hampir dan dekat dgnNYA. semakin kita tunduk dan semakin kita qanaah dlm kehidupan kita. istighfar selalu kerana ALLAH sentiasa menguji perihal kita.
"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu. " (47:31)
jgn kita yakin bila kita buat dakwah, kita fikir mudah utk masuk syurga...
"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar. " (3:142)
astaghfirullah....sama2lah kita sentiasa bertaubat dan kembali padaNYA selepas melakukan apa2 saja pekerjaaan. sungguh, ALLAH sgt mencintai hamba2Nya yg kembali padaNya selepas melakukan kesalahan. apatah lagi di waktu cuti ini. byk terdedah dgn perkara yg sia2. hurm...
"Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan karena kebodohannya, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (16:119)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment