Saturday, July 18, 2009

kalau aku...

Kalau aku yang hampir longlai,
Di suasana gigian benua,
Tidakkan ku diam dalam damai,
Kan ku terjun dlm bi'ah mujahadah,
Bersama sahabat-sahabat tercinta,
Di dalam perjuangan

9:41
"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berjuang di jalan Allah), samada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

18:28
"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. "


Kalau aku yang tak mampu bersuara,
Terkunci untaian bicara,
Akulah yang harus malu pada Tuhanku,
Apalah ertinya air mata senduku dijepit ngilu,
Dikala air mata darah sahabat-sahabatku terus tumpah di medan perjuangan,
Bangkitlah daku dari buaian mimpiku
Supaya amalku terus melaju.

49:14-15
"Orang-orang Arab (Badwi) itu berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)."


Dan kalau aku yang resah dimamah sepi,
Dibelit ketidaktentuan lagi,
Tidak kubiarkan lagi duduk dalam sepi,
Menghadapi realiti,
Mogakan ku mati dalam berbakti,
Moga syahadahku terus berpaksi!!!

2:153-154

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.

Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: Orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. "

1 comment:

lea yana@Dr.Nur Liyana said...

salam farahin..
kite suke puisi ni..
tp kite nak tny sumtin..
musykilah ni..
psl ayat 49:14 tu..
ap mksudnye kamu blum beriman tp kamu sudah islam??
bkn ke kalo kite dah mngucap kite tlh beriman dgn ada nye Allah sbg Tuhan yg Esa dan Muhammad sbg pesuruhnye??
boleh x explain kat kite..
huhu..=(