Sunday, April 5, 2009

rindu kamu!!!!



"awak tak rindu kat usrah awak?"

terhenti seketika langkah kaki intan tatkala diajukan soalan sebegitu oleh afiqah. tertanya- tanya di dalam hatinya 'mana fiqah nih tau aku rindu usrah aku?'...dah hatinya terus berkata- kata...

"benar..memang aku rindukan usrah aku...aku sangat2 rindukan mereka..aku sangat2 merindukan suasana untuk berbincang dengan mereka...aku rindu suasana berkongsi cerita dengan mereka..aku rindukan suasana mencari masa untuk memikirkan apa yang perlu aku sampaikan pada mereka...aku benar- benar rindukan mereka!"

namun kata- kata da jeritan kerinduan itu hanyalah bermain di dalam hatinya. tidak diluahkan kerana khuatir airmata yang sekian lama ditahan bakal mengalir.

"eh mane awak tau? baru jer baru- baru nih memang rasa rindu sangat- sangat kat dorang. awak nih macam ade instinct jela yek."

"takdela, sy tau awak mesti rindu sangat2 kat mereka. sy ingat lagi kata- kata sorang adik usrah awak kat facebook awak. mesti awak terharu sangat2 n rindu sangat2 kat mereka kan?"

"hmm...."

"hmm...takpe2..ukhuwwah yg terjalin kerana ALLAH itu insyaALLAH tidak akan terputus begitu saje. walaupon awak dah jarang dapat jumpe mereka, tp hati awak dan mereka masih tetap dekat, kerana hati awak dan mereka terikat dengan keterikatan akidah. terikat dengan TALI ALLAH. lagipo awak tak jauh lagi dgn mereka kan, awak boleyh ym or skype dengan dorang kan..?"

"ermm...awak nih...buat airmata sy ngalir jela. tgk awak nih, awak saje jer tau..hmm...ntahla, sy taknak komen ape2..takut lak sy nnti airmata sy makin mengalir."

"tula awak nih..macamla sy tak kenal awak. awak mmg suke bab2 nangis nih kan?hehe. dahla intan, nnti awak boleyh jumpe mereka lagi. nih kan ujian utk awak kn? lepas2 ni lagila awak perlu bertemu dan berpisah dengan ramai orang. ingat tau intan, awak jgn smpai taksub ngn adik usrah awak tau!"

"awak mmg..suke sgt wat sy tersentuh tau! hmm, sy tau, pertemuan itu pasti ada perpisahan kan. 1 day nnti, sy mgkin terpaksa betul2 berjauh dgn mereka. tp iA ALLAH tetap pegang hati kami. dan ukhuwwah itu tetap kekal selamanya. sy syg mereka sgt!"


Assalamualaikum.
Buat kamu yang mengajar ku...
apa itu usrah...
apa itu dakwah...
ku tak mampu meluahkan dengan kata-kata..
cukuplah hati kecilku ini mendoakan kejayaanmu..

Buat kamu yang memahamkan daku pada...
apa itu persahabatan...
apa itu kasih sayang...
apa itu pengorbanan...
Semoga setiap cabaran yang kamu lalui
akan dibalas dengan kemanisan dan kebahagiaan..

Buat kamu yang menunjukkan padaku...
siapa itu aku..
siapa itu Maha Pencipta..
mungkinku masih tidak jelas lagi..
dan masih mencari-cari..
namun semangatmu, keyakinanmu
kan ku semat dalam hati kecilku
dalam melayari bahtera hidup

terima kasih atas segala-segalanya..


p/s: untuk aimi, alia, ayu...terima kasih adik2 atas perkongsian kita selama ni. akk rindu sgt2 kat adik2. akk rindu nak masak utk adik2.akk rindu nak tgk alia tahan pedas. akk rindu nak tgk aimi hepy dpt mkn pedas. akk rindu tgk ayu dpt makan banyak2. jangan lupekan akk lak. dah lame sgt2 akk tak nmpak muka korg..doakan akk selalu yek..hepy dapat jumpa adik2. bila2 free nnti kita kuar sama2 yek! akk syg kamu semua!!doakan kejayaan akak tau...akk syg kamu semua...:'(



"dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana."(8:63)

5 comments:

aimi said...

kak farahin, u make me cry!! I'm speechless...

Ummu Mujahid said...

Semoga ukhwah sahabat berkekalan shingga ke syurga..

cahayakegiranganku said...

huhu...akk lgla speechless smlm..lame sgt tk nmpk korg...huhu..gudluck tau anatomy..

azimah-aziey said...

aein...
salam ukhwah..
sronok dpt tgk ko pye usrah kat sne..ak pn join usrah gak kt cni tp x semeriah mcm usrah ko.. ble ckp psl kwn, ak mst nak mngis..ak rse ak cm xde kwn kt cni..wlupun ak duk mlysia tmpt tumph darah ak yg kbykannye orang sebangsa dan seagama dgn ak.. ak sronok tgk hbgan korang,,ak xde aein kwn mcm yg ko ad kat sne..ak kesorangan.. btl la ape yg org kate..kwn ketawa mmg rmi, kwn mnangis, xde spe pn yg nak..ak dah cbe tuk wt yg terbaek ble berkwn tp ak rse mcm sia-sia, dorg mcm x appreciate..ak sdh sgt aein... ak nak sahabat yg bawa ak bersame2 ke syurga....wallahualam..-azimah azhari-

cahayakegiranganku said...

wslm azie...hmm, azie...sabar yek zie..aku paham ape ko maksudkn...hmm, azie doa byk2 kat ALLAH moga ALLAH pertemukn ko ngn sahabat yg mcm tuh..insyaALLAH ALLAH akn permudahkan..

azie, kalo ade ape2, hantarla emel kat aku..kalo dh takde sesape yg ko nk cte..insyaALLAH aku sedia ade utk dgr problem ko..tp sebaek2 nyer kita meluahkn padaNYA dulu kn?

azie, aku syg sgt2 kat ko..jaga diri baek2 yek zie..insyaALLAH andai ada rezeki dan panjang umur, kita jumpe ek lek mlysia nih...
jgn sdeyh2 dear...