Saturday, April 18, 2009

ayah dan ibu..


“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung keletihan demi kekeletihan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)” [Luqman 31: 14]

tersentuh pabila melihat cerita hingga hujung nyawa yang dilakonkan oleh erra fazira dan yusry tadi. bukan melihat dengan niat utk sekadar mengisi masa lapang namun sekadar untuk mengambil pengajaran agar tidak melakukn perkara yg sama terhadap kedua ibu bapa kita.

memetik kata2 dari blog saifulislam;

Jika difikirkan beban mengandung, bukankah lebih wajar Allah Subhanahu wa Ta’aala jadikan para suami yang mengandung. Mereka ada kekuatan fizikal. Mahu mengangkat tong gas di atas bahu kanan dan kiri pun tidak punya masalah. Sepatutnya kekuatan fizikal itu digunakan untuk memikul tugas yang berat ini… hamil dan seterusnya melahirkan anak.

Tetapi saya terkenang kepada kata-kata Imam al-Ghazzali, bahawa “lelaki diciptakan Allah 9 rasional 1 emosi dan perempuan diciptakan Allah 1 rasional 9 emosi”.Ya, kekuatan wanita itu adalah pada emosinya. Tinggi EQ!

Emosi itulah kelayakan untuk seorang manusia hamil.Emosi untuk sabar dengan berat dan payahnya 9 bulan mengandung. Emosi untuk membelai, memberi makan kepada kandungan seperti memberi makan kepada diri sendiri. Emosi yang kerana emosi itulah, alam bayi di dalam kandungan digelar ALAM RAHIM, iaitu ‘alam kasih sayang’.Kasih sayang yang sulit untuk ditemui dalam jiwa lelaki, biar pun fizikalnya sasa dan mentalnya berkuasa.

Aduhai anak-anak, sesungguhnya engkau tidak lahir ke dunia ini, melainkan engkau pernah dipeluk kasih dan sayang seorang ‘ibu yang rahim’ di ALAM RAHIM

betapa kasih dan sayangnya seorang ibu terhadap anaknya. meskipon sejahat manapon anaknyer terhadap dirinya, namun die tidak pernah berdendam. teringat suatu cerita yg berlaku dlm masyarakat...(identiti dirahsiakan)..

"aswad keje skang tp sampai sekarang die tak tegur mak..biarla die..kot2 nnti mak mati baru die sedar kot..moga2 ALLAH lindungi die"

nampak msg seolah2 berbaur marah. namun, beberapa hari kemudian..

"aswad dpt pegi temuduga. doakan aswad yek"

tersenyum bila mendengar cerita ini. betapa halus dan murninya kasih syg seorang ibu terhadap anaknya. meskipon anaknya tidak menegurnya, namun, masih lagi mendoakan anaknya dan meminta orang lain mendoakan anaknya. indahnya cinta dan kasih syg ibu dan ayah yg diberikan kepada kita. adakalanya, mungkin kita dikurniakan seorang ibu yang garang, suka marah2 tanpa tentu. tapi, ketahuilah bahawa jauh di dalam hatinya, dia seorang yg sangat lembut perasaannya. sangat mudah tersentuh dan sangat mudah memaafkan. perwatakan seseorang yg kasar seringkali melindungi setiap apa yg terselindung di dlm hatinya.

memikirkan kesusahan yg dialami seorang ibu sewaktu mangandungkan kita spt hilang selera makan, muntah-muntah, demam, urat berpintal-pintal di kaki (varicose vein), tubuh bengkak air (water retention), sakit pinggang dan serba serbi jadi tidak kena, mampukah kita untuk membalas jasa ibu kita?

jika kita dimarahi ayah, ibu juga yg menenangkn si ayah agar tidak melebih2. dan adakalanya, ibu kita yg menangis melihatkn kita dimarahi. adakalanya, si ibu spt tidak boleyh mendengar langsung keburukan anaknya disebut. seolah- olah seperti tiada kecacatan pada diri anaknya. betapa gembira dan bangga dia dapat membesarkn kita sehingga menjadi orang yg berjaya.

namun, cuba kita fikirkan, adakah kita juga akan benar2 melayan ibu dan ayah kita di waktu tua mereka? ataukah kita lebih mementingkan keluarga dan tanggungjawab kita?

teringat pada waktu dahulu, nenek sy penah bercerita tentang anak derhaka yg balasannya benar2 ALLAH tunjuk di dunia. selama nih mmg sy mmpercayainya namun terasa seperti bukan benar2 berlaku di depan mata.

kisah ini berlaku di sebuah kampung di P(lokasi dirahsiakan) sewaktu zaman 1950an dulu. ada seorang lelaki yg sangat2 menderhaka terhadap ibunya. pada suatu hari, sewaktu lelaki tersebut sedang turun tangga dlm keadaan sedang menderhaka kpd ibunya, dia terjatuh ke tanah dan pada waktu itu, dengan izin ALLAH, bumi terbelah. dan separuh badan lelaki itu tenggelam ke dalam tanah sehingga ke pinggang. orang ramai datang melihatkan lelaki itu dan cuba utk menolong namun, tiada siapapon yg dapat mengeluarkannya. berpanas lelaki tersebut sambil mulutnya tidak berhenti- henti memohon ampunan ibunya.

keesokannya, bumi terbelah lagi menenggelami badannya sehingga ke dada dan dia tidak berhenti menangis dan memohon ampunan ibunya. keesokannya, bumi terbelah lagi sehingga menenggelami badannya takat leher dan barulah ketika itu ibunya mengampunkannya. selepas sahaja ibunya memaafkannya, bumi terbelah dan terus menimbusi lelaki itu. nauzubillah min zalik...

sepatutnya, sebagai seorang anak, kita perlu berusaha menjaga hati ibu dan ayah kita. mendoakan mereka kerana kasih sayang yg mereka curahkan tidak pernah sama dengan kasih sayang makhluk lain di dunia ini. ALLAH telah mnjadikan mereka sebegitu seperti di entry al Wahhab

walau sebagaimana burukpon kelakuan mereka terhadap kita, kita diwajibkan utk menghormati mereka. seperti pada zaman dahulu ada seorang lelaki yg berusaha menjaga dengan sebaeknya kedua ibu bapanya yg bertukar menjadi babi. tepuk dada, tanya iman kita, seandainya kita yg ALLAH timpakan ujian sebegitu, apakah kita akan melakukn seperti mana lelaki ini?

REDHA ALLAH TERLETAK PADA REDHA KEDUA IBU BAPA. SELAGI MANA MEREKA TIDAK MEMINTA BERBUAT SESUATU YANG BERCANGGAH DENGAN AGAMANYA

"Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu- bapaknya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." (al Ankabuut 29:8)

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil. Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat"(al Isra' 17:23-25)

No comments: