Monday, April 20, 2009

hijrah buatmu sahabat...

An Naas,Al-Ikhlas&Al Falaq

Duhai sahabat,
Telah jelas Allah menunjukkn,
Di dlm engkau berusaha utk berubah,
Engkau pasti akan diuji,
Engkau pasti akan dihasut oleh syaitan musuh yg nyata bgmu,
Engkau pasti menempuh pelbagai halangan dek kejahatan makhluk yg telah diciptakn utk mngujimu,
Maka,
Cariklah ALLAH,
Pencipta mu yg SATU,
Yg tiada tandingan kuasaNya selain DIA,
Hanyala Dia yg perlu engkau sandarkn harapan dan penggantungan,
Janganlah engkau sandarkn harapan pada selainnya tanpa engkau sedari,
Kelak akan engkau tempuhi kegagalan di dlm perubahanmu..

Al Lahab

Duhai sahabatku,
Telah jelas Allah tunjukkn padamu jalan menuju Rabbmu,
Jangan sekali- kali engkau tujukan pandanganmu,
Jangan sekali- kali engkau tundukkn hatimu,
Untuk mengikuti jalan yg tidak diredhaiNya,
Jgn sekali- kali engkau memilih jalan musuh yg nyata bgmu,
Kelak engkau akan mndapat balasan yg setimpal atau sama dengan al lahab,
Pada siapakah harus engkau kembali dan bertemu di penghujung hidupmu jika bukan kembali pada Rabbmu??
Siapakah yg mahu melihat wajahmu senadainya kelak Dia benci melihat wajahmu??

An Nasr

Duhai teman,
Seandainya telah engkau pilih jalan yg benar,
Dan engkau telah dipermudahkan dalam hijrahmu,
Jangan sekali- kali engkau merasakan engkau berjaya kerana USAHAMU!
Jangan sekali- kali engkau merasa ujub di dalam hati tentang perubahanmu itu,
Ingatlah hanya dengan bantuanNya engkau berjaya melepasi halangan- halangan pada awalnya,
Dan dalam engkau melakukan perubahan,
Apakah engkau merasakan engkau benar2 berjaya seandainya tiada apa dalam amalanmu yg membuktikn perubahanmu itu??
Zahirkanla ia wahai teman…
Bertaubatlah engkau selepas engkau melaksanakan sebarang perubahan,
Agar diteguhkan hatimu olehNya,
Agar dikuatkan hatimu utk terus melakukan perubahan,
Dan agar engkau menjadi hamba yg benar- benar berserah diri kepada penciptaMu…

Al Kafiruun

Ketika engkau menzahirkan perubahanmu,
Pastikan telah jelas engkau mmbedakan di antara yg benar ataupon yg salah,
Jangan engkau lakukn percampuran di antara yg hak dan batil!
Jangan sekali- kali engkau mengadakn jalan tengah di antara yg hak dan batil!
Kerana dengan jahiliyyah itu,
Akan menjadi kegagalan perubahanmu!

Al Kautsar

Teman..
Sedarkah engkau bahawa engkau sangat2 beruntung kerana telah dipilih Allah untuk mendapat hidayahNya,
Tahukah engkau bahwa bukan semua hambaNya terpilih utk mendapat hidayahNya,
Betapa banyaknya nikmat dan kegembiraan yg telah Dia kurniakan padamu,
Terutamanya nikmat HIDAYAH yg bukan mudah utk org laen perolehi,
Maka janganlah engkau palingkan hatimu,
Maka janganlah engkau membiarkan hati dan dirimu dirundung kesedihan,
Dirundung kekecewaan,
Down yg tidak bertempat ketika engkau bekerja,
Sedangkan inilah jalan yg telah jelas kebenarannya,
Yg tidak bercanggah dari Quran dan Sunnah,
Yg tidak bercanggah dari jalan hidup Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat,

Maka apakah engkau mahu menjadi hamba yg BIADAP dengan tidak bersyukur padaNya?
Zahirkanlah kesyukuranmu itu,
Jelaskanlah kesyukuranmu itu,
Dengan melaksanakan solat,
Dan juga ibadah korban,
Agar dapat engkau kongsikan kesyukuranmu itu bersama orang lain,
Agar jelas di mataNya engkau benar2 bersyukur,
Walaupon dikira nikmat yg telah Dia kurniakan sangat2lah jauh berbanding amalan2mu,
Sangat2 jauh cintaNya padamu…

Duhai teman,
Tsabatkanlah hatimu dalam jalanNya,
Ingatlah Dia dlm setiap langkah perjalanan hidupmu,
Jangan sesekali engkau lontarkn dirimu di lembah kehinaan setelah engkau dipilih olehNya,
Mahukah engkau menjadi orang yg hanya menyaksikn kemenangan ISLAM?
Atau engkau yg bersama-sama berusaha keras untuk membangkitkn kemenangan itu?
Sungguh…
Janji Allah itu PASTI!
Jadilah engkau org yg sentiasa bertaubat kerana Dia riindukan rintihan hambaNya…
Jadilah engkau seperti Rasulullah SAW yg walaupon sudah Allah janjikan mardhotillah dan syurga buat baginda,
Namun baginda tetap beribadat sepenuh kudratnya,
Apakah kita pasti akan mendapat rahmat syurgaNya?
Belum pasti itu semua!
Belum pasti….
Maka, perbaikilah dirimu,
Dekatkanlah lagi dirimu denganNya,
Kelak akan terpelihara dirimu dari jalan musuhmu…

1 comment:

lea yana@Dr.Nur Liyana said...

salm..
wah farahin wat cam iman wa..
mnarik2..alhmdulillah..^_^