Sunday, April 19, 2009

buat anonymous..

Anonymous said...
rasanye lebih berkesan andaikata kite tunjukkan betapa pengasih dan pengampun Tuhan itu agar terbit rasa cinta terhadap Tuhan yg akan menyebabkan org yg melakukan dosa rasa insaf dan seterusnyer bertaubat drpd menunjukkan azab seksa yg menakutkan yg boleh dan akan menimbulkan rasa takut dan kadang-kala benci terhadap agama itu. Seperti CEO Karangkraf berkata yg selama ni beliau solat kerana takutkan Tuhan dan maka solatnyer sekadar solat tapi setelah timbulnyer rasa cinta terhadap Tuhan maka solatnyer adalah solat atas kehendak sendiri dan solatnyer menjadi suatu yg bukan lagi dilihat sbg suatu tanggungjwb semata tetapi suatu yg dia buat kerana perasaan kasih dan sbg ucapan terima kasih kpd Tuhan atas kehidupan yg diberi. Cerite2 yg baik dan indah yg patut disebarkan, yg buruk2 tu lebih baik lah disimpan atau kalau nak disebarkan pun biar lah kpd org2 tertentu yg betul2 telah memahami Islam. Andaikata yg bukan Islam melihat video sebegini rupa, dh tentu pelbagai anggapan buruk diberikan kpd Islam.
April 3, 2009 3:31 PM

salam buat anonymous...
sudah lame teringin utk reply mengenai komen ini..
namun tertangguh kerana emosi yg sentiasa menguasai...

Cerite2 yg baik dan indah yg patut disebarkan, yg buruk2 tu lebih baik lah disimpan atau kalau nak disebarkan pun biar lah kpd org2 tertentu yg betul2 telah memahami Islam. Andaikata yg bukan Islam melihat video sebegini rupa, dh tentu pelbagai anggapan buruk diberikan kpd Islam.

tersentuh dgn kata- kata ini. bukanlah maksud sy publishkn vdeo ini bertujuan utk memburukkn Islam. tidak, jauh sama sekali. sekadar sedikit ulasan...

memetik kata- kata cinta dari kalamNya..

"(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan. Apabila sangkakala ditiup maka tidaklah ada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu, dan tidak ada pula mereka saling bertanya. Barangsiapa yang berat timbangan (kebaikan)nya, maka mereka itulah orang-orang yang dapat keberuntungan.

Dan barangsiapa yang ringan timbangannya, maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di dalam neraka Jahannam. Muka mereka dibakar api neraka, dan mereka di dalam neraka itu dalam keadaan cacat. Bukankah ayat-ayat-Ku telah dibacakan kepadamu sekalian, tetapi kamu selalu mendustakannya? Mereka berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami, dan adalah kami orang-orang yang sesat. Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami daripadanya (dan kembalikanlah kami ke dunia), maka jika kami kembali (juga kepada kekafiran), sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim."

Allah berfirman: "Tinggallah dengan hina di dalamnya, dan janganlah kamu berbicara dengan Aku. "(Al Mukminun 23:99-108)


sungguh, benar, Allah telah mengancam manusia dengan pelbagai azab di dlm Quran kerana itu sebagai peringatan buat kita semua. namun, ALLAH menjanjikan balasan2 yang tidak tergambar dek bayangan kita seandainya kita beramal soleh.

"Dan Dia memberi balasan kepada mereka karena kesabaran mereka (dengan) surga dan (pakaian) sutera,di dalamnya mereka duduk bertelakan di atas dipan, mereka tidak merasakan di dalamnya (teriknya) matahari dan tidak pula dingin yang bersangatan. Dan naungan (pohon-pohon surga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya.Dan diedarkan kepada mereka bejana-bejana dari perak dan piala-piala yang bening laksana kaca, (yaitu) kaca-kaca (yang terbuat) dari perak yang telah diukur mereka dengan sebaik-baiknya. Di dalam syurga itu mereka diberi minum segelas (minuman) yang campurannya adalah jahe. (Yang didatangkan dari) sebuah mata air surga yang dinamakan salsabil.

Dan mereka dikelilingi oleh pelayan-pelayan muda yang tetap muda. Apabila kamu melihat mereka, kamu akan mengira mereka, mutiara yang bertaburan. Dan apabila kamu melihat di sana (surga), niscaya kamu akan melihat berbagai macam kenikmatan dan kerajaan yang besar. Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak, dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih. Sesungguhnya ini adalah balasan untukmu, dan usahamu adalah disyukuri (diberi balasan). (al Insaan 76:12-22)



ada manusia, merasakan tersentuh dan terasa untuk muhasabah diri apabila dibacakan dan diceritakan tentang keindahan2. namun, ada juga kebanyakan manusia yg hatinya lebih mudah disentuh dengan cerita2 buruk kerana timbulnya rase takut di dalam hati. laen method utk berlainan org.

benar seperti apa yg awak kata, seperti orang solat kerana takutkan azab ALLAH. and bile timbul rasa cinta baru die terasa untuk solat kerana ingin mengucapkan terima kasih dan rasa cinta kepada ALLAH.

cuba kita renung kembali sewaktu kita mula2 solat dulu...adakah kita sudah dapat terus merasai aku solat kerana aku cintakn ALLAH? adakah ketika waktu itu kita sudah benar2 memahami apa itu fungsi solat utk diri kita? bagi sy, sewaktu sy mula2 solat, sy solat kerana takut mak ayah sy marah. n bila dah besar cket, kerana tau solat itu wajib kerana ada dlm rukun ISLAM maka buat solat itu kerana solat itu wajib.

ikhlas beribadah itu bukanlah tub tub datang dengan sendirinya. ia memerlukan masa. memerlukan latihan yg menghasilkan pemahaman dan kecintaan terhadap ibadah itu. ia perlu dipupuk dan disemai sehinggakan kita benar2 merasai nikmat ibadah itu. kerana itu, semakin kita mmbesar, seatutnya kita sudah boleh memahami dan menghayati dengan ruhi setiap ibadah yg kita laksanakan. bila kita benar2 sudah berjaya memupuk dan mmbina rasa itu dalam diri, keikhlasan itu tanpa kita paksa akan wujud. dan apa yg kita buat kerana CINTA kita kepada ALLAH dan kita sangat2 hendak mencapai redha ALLAH. mungkin jika kita bertanya kepada orang mualaf yg baru sahaja memeluk Islam pasti mereka merasai kenikmatan dan kecintaan dalam melakukn solat walaupn pada kali pertamanya. kerana mereka sudah benar2 memahami apa itu SOLAT dan fungsinya buat diri kita.

afwan sy ucapkn kepada pihak anonymous. sekadar ini ulasan sy. sy buat blog untuk orang2 ISLAM. kembali MEMAHAMI ISLAM yg semakin lama semakin hilang dlm diri ummat ISLAM. dan orang ISLAM sendiri tau kita WAJIB mempercayai setiap BALASAN BAIK dan BURUK ketika alam barzakh dan AKHIRAT nanti. mengapa kita tidak boleyh sekali sekala menceritakn tentang BALASAN BURUK yg bakal kita terima seandainya kita benar2 sudah MEMPERCAYAI tentang AKHIRAT dan BALASAN BAIK dan BURUK??

insyaALLAH..di laen entry, sy boleyh ceritakn tentang keindahan ISLAM. sstem ISLAM yg sepatutnya kita amalkn, kebaikan2 ISLAM. post azab kubur itu bertujuan utk PERINGATAN.

4 comments:

lea yana@Dr.Nur Liyana said...

alhmdulillah..farahin..
macih dgn pndpt yg bgu tu..
kite sgt stuju.mmg manusia sring perl diperingtkn..
kalo x rugi laa kite..
cam dalam surah "demi masa"..
bpesan2 dgn kebenaran dan kesabaran..
bnde yg benar walau phit perlu disampai..
oleh itu truskn usahamu sahabatku..
jgnkau sedih dgn ap kata org..
aja2 fighting!!

smoga Allah mrahmati kite sume..amin..^_^

cahayakegiranganku said...

jzkk dear...
alhamdulillah ALLAH kurniakan sahabat2 mcm korg sume...moga ALLAH tunjukkn jalan yg benar kpd kita semua dan tsabatkn hati kita pada jalanNYA..=)

Humaira' said...

Al-khauf wa ar-raja'

Takut & harap hanya kepadaNya...

Ikhlas tak semestinya rela,
Paksa pun boleh jadi ikhlas kan.

cahayakegiranganku said...

insyaALLAH...
dari paksaan insyaALLAH akan timbul cinta...
dari TAKUT akan timbulnya NIKMAT...