Wednesday, June 17, 2009

ape erti kepulangan ini


bismillahirrahmanirrahim...
dengan nama Tuhan yg tidak pernah berhenti berada di dalam KESIBUKAN dan tidak pernah jemu memberikan perhatian kpd hambaNYA...

alhamdulillah, setelah hampir 13 jam atas flight(plus frm singapore to mlysia), sy dan 2 org lagi rakan masih lagi diberi kesempatan utk melihat wajah family tercinta setelah sekian lama tidak bersua. alhamdulillah....hepy...^_^

dalam keletihan, hati ini berdebar- debar. seolah- olah tak sangka dan seperti bermimpi sudah berada di malaysia buat kali kedua sepanjang sy masih lagi di dlm proses pembelajaran di moscow. alhamdulillah, ALLAH masih memanjangkn umur sy dan sahabat2 utk meneruskn hidup di muka bumi ini utk terus menjalankn tanggungjwb yg ada. menyebut tentang TANGGUNGJAWAB, makin membuatkn hati ini berdebar- debar.

"he who fails to plan, plans to fail"

teringat quote ini membuatkn diri lebih bersemangat utk duduk memikirkan rancangan dan cara terbaik utk dilakukan bg melaksanakan tanggungjawab. kita hanya mampu berusaha tetapi ALLAH yg menentukan segalanya. hanya kepadaNya lah kembali segala urusan. oleh itu, sekiranya kita tidak memperoleh apa yg kita mahukan dalam rancangan itu, jangan down! teruskan berusaha dan cuba bangkit dengan plan yg baru. ALLAH hitung segala usaha kita!

cuti yg diberikan 2 bulan lebih ini, benar- benar menguji iman kita. teringat masa yg ALLAH berikan selepas exam yg tidak dimanfaatkn sebaiknya. astaghfirullah... futur itu menghiasi! namun, tidak mengapa seandainya futur itu datang, namun kita perlu BANGKIT semula!

rindu utk bertemu dgn ahli usrah. waktu cuti inilah projek TARBIYYAH ZATIYYAH kita akan benar- benar diuji. ketika inilah, saat- saat di mana kita jauh dari bi'ah yg selama ini menjaga dan mengawal diri kita, hanyalah pergantungan kita kpdNya yg memelihara diri kita. check kembali diri kita. rancang dan rangka kembali muttabaah amal kita. check setiap hari muttabaah amal kita. itulah PENJAGA diri kita yg paling kuat buat masa ini. sesungguhnya, muttabaah amal kita itu telah mencangkupi 10 muwassofat yg ada. seandainya ada yg sudah mmpu utk dilakukan, maka perbaiki dan pertingkatkanlah ia.

renung kembali apa tujuan kita dihidupkan di dunia ini. perjelaskn matlamat kita pulang kali ini utk apa. apa erti kepulangan kita buat kali ini. perbetulkan niat kita. berusahalah utk menjadi yg anak, kakak, adik terbaik!

Sabda Rasulullah SAW ;
Dua nikmat yang sering dilupakan oleh manusia iaitu sihat dan kelapangan (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

gunakanlah nikmat yg ALLAH bg ini sebaiknya. kerana khuatir suatu masa tiada lagi nikmat ini ALLAH kurniakan kpd kita. marilah berusaha menjadi hambaNYA yg brsyukur! ^_^


~jom sama- sama jd extraordinary person~

Saturday, June 13, 2009

ajal..


berdebar2 hati membaca status sahabat2 di egypt, apakah yg pergi itu sahabat sambest yg ku kenali? selepas chatting dgn sorg akhawat cairo, baru aku tau cte sebenar bahawa yg pergi itu adalah 3rd year cairo, bukan sahabatku...namun, tak tahu mengapa, walaupon aku belum pernah mengenali org2 yg teribat dlm kemalangan itu, namun, apabila mendengar cerita sster itu, airmataku mengalir.. YA ALLAH, tempatkan arwah dalam golongn yg ENGKAU redhai...sembuhkanlah sahabat2 yg terlibat dlm kemalangan itu...

bila difikirkan dan hati teringin utk bertanya dgn lebih lanjut bagaimana boleyh accident, aku terhenti utk meneruskan niat itu. lantas terfikir, apa2 pon sebab dan cara nya, kalau dah ALLAH kata kun faya kuun! maka JADILAH! accident, sakit, dan lain2 hanyalah sebagi SEBAB utk disampaikn kpd manusia mengapa seseorang itu kembali ke rahmatullah. namun, hakikatnya, sebab itu tidak penting, kerana mmg setiap yg bernyawa itu PASTI akan kembali ke pangkuanNYA..

banyak kematian yg berlaku sepanjang 2nd year ni. sekelilingku, begitu ramai. pagi sebelum mengambil final biochemistry, aku dikejutkn dgn berita pemergian toksu ku di alor setar dan juga atok yg mengajarku mengaji dahulu..moga ALLAH cucuri roh mereka..

dan mggu ni sahaja, banyak kematian yg ku dengar berlaku di sekelilingku. lantas membuatkn aku terfikir, nnti dah nak dekat kiamat, ALLAH akan matikan nyawa2 org2 yg beriman. lantas aku kaku..astaghfirullah...adakah kiamat sudah semakin dekat? adakah ini petanda bahawa kiamat itu benar2 sudah semakin dekat?

terfikir diri yg masih byk perlu dibaiki, amalan yg tak pernah smpai tahap sahabat2 Rasulullah..layakkah aku masuk ke dlm syurgaNYA dan mendapat syafaatNYA dan RasulNya? astaghfirullah...marilah kita sama2 sentiasa menjadi org yg sentiasa beringat bahawa MATI itu adalah yg paling hmpir dgn kita..sesungguhnya org2 yg beriman itu sangat2 gembira utk bertemu kematian...

YA ALLAH, matikanlah aku, kedua ibu bapaku, adik beradikku, atok nenekku, saudara maraku, guru2ku, dan sahabat2ku di dalam kedaaan IMAN dan ISLAM..masukknlah kami ke dlm golongan org2 yg beriman...

abes sudah exam~

alhamdulillah...selesai sudah exam biochemistry isnin lepas...masing2 tersenyum puas kerana habis sudah sebuah beban yg melekat di dalam jiwa..

alhamdulillah....tidak kira apa sahaja result yg kita perolehi...bersyukurla sebanyaknyer kpd pemberi nikmat itu. jangan kita merasakn apa yg kita perolehi itu adalah kerana usaha kita. namun semua itu adalah kerana kehendakNYA...bergembiralah seadanya atas apa yg kita perolehi. namun, sebaeknyer, kita renung kembali, tanya kpd diri sendiri, APAKAH LAYAK UTK AKU BENAR2 MENERIMA SEMUA INI? SEDANGKAN AKU TAK MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB YG SEBAEKNYA KPDNYA... :(

astaghfirullah...ingt sentiasa bahawa setiap nikmat dan ujian itu merupakan UJIAN dariNYA. jgn terlalu gembira sehingga menjerit2 namun, berzikirla di dalam hati tanda meluahkn kegembiraan kita kpdNYA... itulah yg sebaeknyer perlu kita lakukan. DIA yg telah menghilangkn beban itu di dalam hati kita...

buat sahabat2 di nizhny atau volgo dan ikhwah akhawat moscow yg masih bertungkus lumus berusaha utk exam, farahin ucapkan gudluck. moga ALLAH permudahkn urusan antum...

Saturday, June 6, 2009

sabar farahin...

astaghfirullah..astaghfirullah...

lame rasenyer tak mencatat apa2 di blog nih. ttbe tergerak utk menaip dan meluahkn apa yg sedang terbuku kat hati...

alhamdulillah, bersyukur atas nikmat dan kurniaNYA yg tak pernah berhenti2 kunung dalam hidup kita. alhamdulillah..scr specificnya utk diri sendiri. alhamdulillah, 1 final dah berjaya diharungi iaitu physiology.. dan yg akan datang, iA hari isnin nih, BIOCHEMISTRY...

terasa penat physiology belum habis lagi dan telah ditambah dengan biochem. alhamdulillah rini kami (muslimah yugo) telah berbincang dan berusaha cover tajuk2 sepanjng setahun nih. terasa penat yg tak terkira bila duduk di atas katil. sebelum solat isyak, tk tahu mengapa secara tiba2 airmata terasa bagaikn meminta2 hendak dikeluarkn. dan lantas aku luahkn kpd nadia, rumetku, "1st thing yg akan farahin buat after abes biochem, farahin nak nangis. penat". terus nadia peluk dan memberi semangat dan berkata "takpe farahin, kita berusaha. dan kita dah dpt paham mcm2".

ketika solat isyak, tak tertahan juga airmata utk mengalir. alhamdulillah terasa puas bila dapat meluahkn apa yg terbuku di hati pabila berjumpa dan sujud padaNYA. terasa bagai ada suara berkata2 "sabar farahin..yakinlah..engkau mampu hadapi semua ni"..

mungkin kerana nih pertama kali dlm aku menempuh exam dalam course medic ini yg betul2 aku berusaha(mungkin). kerana physiology yg tak pernah tahu apa2. dan gap yg sedikit antara biochem dan juga physio. mungkin selepas nih, utk 3rd year nnti, dah tak terasa apa2. dan ttbe baru aku terasa, ya ALLAH, mmg susah dan penat amik medic nih...

tp dgn kesusahan sekarang inilah yg akan mengajarku kesusahan sewaktu sudah bekerja nnti iA..dengan kesusahan inilah yg membuktikan ALLAH sedang memberi peluang utk mencari keredhaanNYA dgn berusaha lebih lagi dan lebih lagi..byk lagi kesusahan dan waktu2 yg akan membuatkn aku terasa penat yg mungkin jauh lebih dahsyat dari ini suatu hari nnti.

ya ALLAH, permudahknlah aku dan sahabat2ku...bantulah kami ya ALLAH..berkatilah usaha2 kami..kuatkn semangat dan iman kami...

~maaf..luahan hati yg terasa teringin utk diluahkn pada seseorang..emosi yg sgt2 kurang stabil..~