Thursday, March 12, 2009

pemimpin...

alhamdulillah, walaupun esok insyaALLAH ade 1st colloq microbiology, tp tatkala terlintas di fikiran utk mencurahkan segala idea dan pendapat yg ada, sebaiknya utk aku luahkan..

alhamdulillah semenjak bulan 2 yg lalu, semenjak aku memperoleh internet di laptop sendiri, setiap hari aku berpeluang utk mendengar satu rancangan media~berita. setiap hari akan ku cuba utk meluangkn masa utk mendengar berita di web tersebut kerana keinginan utk mengetahui tentang keadaan malaysia, negara2 lain yg sangat tinggi.

namun, apabila setiap hari ku meluangkan masa, semakin menjadikan aku bosan. smakin menjadikan aku letih. bukan kerana aku tidak mahu utk mendengar berita, bukan aku tidak mahu mengambil tahu mengenai negara sendiri. namun, aku sudah letih dan penat krna seringkali mendengar berita mengenai POLITIK negara yg tidak berkesudahan. maafkan sy membuat entry ini kali ini. tak perlu utk sy comment byk2, rasenyer semua org yg berada di luar malaysia sendiri boleyh paham ape yg cuba utk sy maksudkan. sehinggakn aku terpike "siapakah yg harus aku pilih pabila aku sudah benar2 wajib utk mengundi???" Dirasakan seperti tidak mahu mengundi, namun di situ, aku sudah memperolehi dua dosa. pertama, kerana AKU TIDAK MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB MENGUNDI. Kedua, jika aku mengundi, namun aku MEMILIH PEMIMPIN YG SALAH.namun, kedua2nya berkaitan dengan jika aku memilih yg SALAH. jika aku tidak mengundi, berdosa kerana mmbiarkan sekiranya yg salah menjd pemimpin. jikat aku mengundi, juga berdosa seandainya aku tidak memilih pemimpin yg ingin menegakkn ISLAM itu.

namun sekarang, aku keliru, tidak tahu mana yg perlu aku pilih. kerana tidak jelas di mata ini pihak mana yg benar2 ingin menegakkn ISLAM itu. politik sentiasa di sirami dan dibajai dengan baja2 kotor. yg akhirnya bukan menggunakan baja ISLAM. dan lantas menjadikan pokok2, akar2, yg bukan ISLAM. teringat 1 hari aku mendengar pendpat seorg makcik ketika ditanya wartawan mengenai pemimpin bagaimanakah yg ingin dipilihnya..

"kalau boleh, biarla pemimpin tuh, yg suka tlg rakyat. yg mesra rakyat, kesimpulannya, die mmg baik utk tlg2 rakyat nihla."

dan kemudian, wartawan itu bertanya kpd seorg cina pula dan jawapannya..

"sy pun kalau boleh mahu yg tlg 2 rakyat la...yg boleyh mesra rakyat.."

sy ttbe membuat perbandingan...namun, tiada perbezaan yg sy nampak! seorg ISLAM dan seorg kafir, menjawab bnde yg sama! tiada sebarang perbezaan. sgt2 sdeyh ku rasakan. namun, aku tak menyalahkan makcik tuh. kerana makcik tuh adalah MANGSA KEADAAN. tp aku sdeyh kerana aku, rakan2 dan juga yg sudah memahami...SUDAH SELESAIKAH TANGGUNGJAWAB KITA????:'(

aku teringat bagaimana Rasulullah SAW ketika menjadi pemimpin. baginda tidak hidup dlm kemewahan. sahabat2, cthnya, sayyidina Umar r.a, Abu Bakar, dan laen2. semuanya tidak menjalani kehidupan dengan kemewahan selepas dilantik menjadi khalifah. mereka tidak akan membiarkan rakyat hidup dlm kesusahan sedangkn mereka di dlm kesenangan dan kemewahan. teringt kisah sayyidina Umar dengan hambanya yg bergilir2 menaiki unta utk mengambil kunci baitul maqdis. di akhir perhentian, bukanlh sayyidina Umar yg menaiki unta tersebut, namun hambanya. ketika itu, baju sayyidina sudah kotor2 diliputi debu2. dan org sekeliling sgt trkejut melihat bukanlah Umar yg menaiki unta, namun hambanya itu. cuba kita bandingkan..ADAKAH LAGI PEMIMPIN SEPERTI SAHABAT2 SEKARANG INI??

aku teringt kata2 seorg pemimpin ini..

"diharapkan rakyat dpt bersabar dgn krisis ekonomi sekarang ini. dn harap dapat bersabar utk menjalani kehidupan dgn bersusah payah buat sementara."

ttbe aku terfikir, apakah rakyat sahaja perlu bersusah payah? apakah org yg berkata- kata itu sedar bahawa mereka iaitu golongan pemimpin sepatutnya yg perlu lebih bersusah payah dari rakyat???? apakah mereka menulusuri perjalanan kehidupan pemimpin2 zaman nabi dahulu?? sgt sdih kerana rakyat perlu bersusah payah sedangkn pemimpin, boleyh hidup dlm kemewahan. hidup dihujani wang ringgit yg tidak putus2.

bukan aku marah utk menyatakan semua ini, namun, aku sgt2 sdeyh. tanggungjawab itu sgt banyak. mereka adalah MANGSA KEADAAN yg belum memahami ISLAM. dan menjd tanggungjawab kita, utk menyampaikan. dan juga membangunkn semula masyarakat ISLAM itu, dan juga daulah ISLAMIYYAH itu.

maka, apakah yg perlu kita buat utk melaksanakn semua ini???? duit yg diberi scholar bukanlah utk hidup dlm kemewahan. dgn beli phone mahal2, ataupon baju cantik2, namun, perlu kita sedari, kita ada tanggungjawab besar dengan pemberian itu. iaitu BELAJAR BRSUNGGUH-SUNGGUH! ALLAH kurniakan kita kesenangan ini, adalah kerana DIA ingin memudahkan kita. memudahkan urusan kita. agar dengan kesenangan ini, dpt kita gunakan utk membangunkan agamaNYA. oleh itu, marilah kita bersama- sama berusaha sekuat mungkin dlm menjalankan tanggungjwb ini. BELAJAR BERSUNGGUH- SUNGGUH. bukan kerana colloq atau apa2 yg lain. namun, fikirkanlah kerana utk ISLAM. kerana nakkan mardhatillah... agar kita berjaya menjadi doctor, engineer, dan lain2 yg benar2 bijak, benar2 memahami ISLAM dan dpt menyampaikan serta melaksanakan tangggungjawab kita sebaiknya. agar semua org tunduk kpd ISLAM dan kembali mnjlnkn kehidupan ISLAM itu. ISLAM bukanlah setakat AGAMA..tp ISLAM adalah AD- DIIN..ISLAM adalah cara hidup!

wallahu'alam, segala salah silap harap dpt dimaafkn. sesungguhnya ALLAH sgt2 menyintai hamba2NYA yg segera bertaubat.

No comments: