Thursday, March 12, 2009

bersatukah kita??

teringat dahulu aku pernah diajukn dengan satu soalan yg sgt2 menyentuh perasaan aku. dan membuatkan otak aku ligat berfikir...

setelah penyampai ceramah menerangkan tentang sejarah PBSM, tugas2, kemudian, beliau membuka cerita tentang PBB. aku khusyuk mendengar perkara2 seperti itu kerana aku ketika itu, di hati ini terasa marah dengan isu Palestin(kanak- kanak lagi). beliau berkata...

"bangunan2 yg mana ada tampal lambang bulan sabit ataupon cross T PBSM tuh, mana2 pihakpon tak dibenarkan menyerang kawasan2 tersebut. cthnya seperti hospital, sekolah."

lantas aku terpike, eh, tp nape kt Palestin still kene serang gak even dah letak kain2 rentang mcm tuh kat bangunan2 tuh? kemudian, tanpa teragak2, aku pon mengangkat tangan seraya bertanya..

"abes tuh tuan, kenapa kat Palestin Israel serang gak walaupun dah ditampal kain2 rentang tuh?nape PBB tak buat apa2 tindakan pon kat Israel?"

kemudian, beliau hanya diam dan meneruskan penerangan. aku terasa cam marah cz tak dijawab. tp aku diamkn diri, malas utk bertanya byk2 kali. namun, di akhir program, sebelum aku perlu utk menduduki ujian kenaikan pangkat itu, tuan tersebut memanggil aku. dan dia kata ingin menerangkn soalan yg aku tanya yg masih belum terjawab itu..namun, aku bukan diberikn jawapan, namun, diberikn soalan...

"ok..sy paham apa awak tanye td. tp awak rasa, nape PBB tak mampu buat apa2 kat Israel tuh??"

"hmm...sebab Israel tuh ada kuasa besar yg pegang die kot."

"betul tuh jawapan awak."

"tp tuan, sepatutnya PBB tetap ada HAK utk kenekan hukuman kat dorg!"

"okla adik...hmm, sy nak tanya...adik rase, banyak tak NEGARA ISLAM kat DUNIA nih??"

"ermm...banyak2.."

"tapi, mana pergi semua negara2 ISLAM tuh????nape takde mana2 negara ISLAM yg nak tlg negara ISLAM sendiri????"

aku terkedu dan lame aku mendiamkan diri...kemudian dia bertanya lagi..

"adik sedar tak, negara2 ISLAM tuh, sgt2 banyak. dan masing2 ada kekayaan sumber sendiri. tapi, adik tau tak kenapa Palestin tetap kene serang dan tak dpt dibebaskan??sebab ummat ISLAM TAK BERSATU. NEGARA2 ISLAM TAK BERSATU!"

terkedu aku..dahla baru umur 17 tahun dah diajukan soalan2 sebegitu..

"adik tau tak, sy yakin, sgt2 yakin kalo negara2 ISLAM BERSATU, US, Israel tuh, ngn senangnyer dpt dikalahkan. tp sekarang ni, negara2 ISLAM TAK BERSATU!"

ligat otak aku berfikir....melihatkan aku berdiam diri, tuan tersebut meninggalkan aku terpinga- pinga keseorangan...kerana mungkin ada urusan lain yg perlu dibuat olehnya...

bila aku mengingatkan perkara itu sekarang ini, aku akui kebenarannya. mmg benar. dan perkara yg sgt2 memalukan aku pada waktu itu, bukan kerana aku tak mampu menjawab apa2. namun, kerana orang yg menanyakn serta memberikan kata2 bahawa ISLAM itu akan menang jika BERSATU adalah org INDIA! benar, tuan itu adalah org INDIA. masih segar dlm ingatan aku bait kata- katanya.

bila mengenangkn di negara sendiri yg selalu bergaduh mengenai politik, menambahkn rasa maluku. tidak malukah kita, org ISLAM, dok gaduh2 psl politik, walhal org2 cina, india, ntah2 tgh gelakkn kita tgk og2 ISLAM nih gaduh2. nila dia bnde2 yg bakal menjatuhkan maruah agama ISLAM itu. kita bukan mementingkan BANGSA MELAYU, namun agama kita! sgt2 kesal..

YA ALLAH..janganlah KAU palingkan hati kami setelah KAU berikan Kami hidayahMU. dan berikanlah kami kekuatan utk menegakkn kebenaran agamaMu ini...

No comments: