Friday, October 28, 2011

soal anak?



merujuk gmbar di atas, ini adlh lukisan zauj sy hasil dari sy tinggalkn dia keseorangan di dalam bilik sewaktu sy berada di dapur utk berborak dgn kawan sy ;p

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, syukur sy panjatkn ke hadrat Illahi, sehingga ke hari ini, perkahwinan sy telah berusia 1 tahun 2 bulan 21 hari. alhamdulillah. walaupon pd hari anniversary kami tak ke mane2 sebab 7/8 adlh pd mggu 1st ramadhan, tp still ada juga cake kesukaan sy yg dihadiahkan oleh zauj sy. tq abg!

masuk sem ini, boleh dikatakan, hampir semua yg telah berkahwin sama waktu seperti sy atau sebelum sy atau selepas sy yg sudah mengandung. alhamdulillah, seronok sgt dgr berita mereka. mestila teruja kn ada little caliph yg sedang membesar di dlm perut. dan rentetan itu juga lah, non stop org tanya...

" farahin, awk bile lagi? "

ada juga yg menyakat...

" eh farahin, nampak muka awk berseri2 la hari ini. ada isi dah ye?"

memang gelak jela kalau ada org menyakat sebegini. but byk2 perasaan yg singgah dalam diri sy, sy tak selesa sebenarnya org asyik bertanyakan soalan yg sama seperti ini.

adakah sy tanak anak?

pastinya TIDAK!

adakah sy takde langsung perasaan JELES tgk org2 lain dh mengandung?

pastinya TIDAK!

sy sgt2 nak ada anak. sy sgt2 nak merasai membawa 1 nyawa di dlm badan sy, merasai pergerakan little caliph dalam perut sy, merasai denyutan nadi makhluk ciptaan ALLAH sgt dekat dgn jantung sy. masyaALLAH, taktahu nak describe perasaan mcm mane tp sy sgt2 nak anak.

sampaikan masa awal2 semua orang dh mengandung, sy smpai tahap stress. dgn org asyik tanya2. dgn sy stress takut mcm2 la kalau aku tak boleh mengandung nantila n etc. sgt2 takut! smpaikan baru2 ni sy dah ada luahkan perasaan jeles sy kat kakak ipar sy. n akak ipar sy ckp..

"relaks jer...nanti smpai masa akan rasa jugak :) "(akak ipar sy pun berkahwin sewaktu nak masuk final year medic UIAM, dan bila dh habis study, alhamdulillah, dia dah mengandung dan anaknya dan masuk 6 bulan dah)

ramai akhawat yg berkata...

"akak X boleh jer takkan awak tak boleh?"(nada serius atau tak, sy stress juga)

setiap kali sy jawab..

" sy tak mampu lagi nk ada anak skrg. byk cons dari pros yg sy nampak sekarang ni."

dan sy sgt2 stress bila akhawat membandingkan dgn akhawat lain yg dah punya anak di sini. teringat lagi waktu bertunang, bila ada saudara dari pihak zauj sy berkata..

" nanti beranak kat moscow la ye"

mak mertua sy terus berpaling ke arah saudara tersebut sambil memusingkan badannya dan berkata..

" kita bukan taknak, kalau boleh kita halang la ye. bukan apa, susah nanti. kami mak ayah pon susah hati nanti. tunggula dah habis belajar, ada depan mata kami waktu berpantang n etc"

kalau nk diceritakan cons di sini bg sy sgt byk. mgkin sy tak cukup kuat dan mampu utk mnjd seperti akhawat lain yg sudah mengandung dan bersalin di sini.

1) nanti siapa nk jaga anak sy kalau sy bersalin? russia ni pelik, kat hostel tak boleh duduk bersama suami isteri. apatah lagi anak. ade seorang afrika, die lepas bersalin seminggu terpaksa hntar anak die pulang ke afrika cz tak dibenarkan.nnti sy kene tinggalkn anak sy dekat malaysia. ya ALLAH sayunya sy kalau terpaksa berjauhan dgn anak sy yg baru sgt2 melihat dunia. sy nak lihat dia membesar dpan mata sy. sy nk tgk die meniarap, merangkak n etc.

2) tntg soal study. sy risau sebab sy taktahu mcm mane keadaan sy kalau sy mengandung. mak sy pada awal trimester sy teruk mabuknya. sy sgt2 risau nanti sy susah nk study. nanti lagi family sy risaukn sy. nnti bila bersalin, sy kene ponteng kelas. nnti bila sy nak ganti kelas. dhla university sy ni ada seteng lecturer yg kalau nk ganti kelas kene byr 1 jam mgkin dlm RM80-RM100. nk cari masa nk ganti kelas lagi.

3) kos bersalin di sini. utk normal delivery sahaja dah memakan RM8000+ without cost of any complication. kalau it comes with any complication, costnya dah memakan RM10,000+. kalau ikutkn kakak ipar sy yg bersalin c-sect kat KPJ Kluang, baru RM 2000+. kalo bersalin kat sini mcm dah boleh bersalin 4 org anak. tapi soal kos ni bukan isu pentng n besar sgt pun. anak tuh kan rezeki, iA ALLAH mudahkan tntg rezeki.

nihla sebab utama kenapa sy menangguhkn dahulu soal anak.

bila sekarang ini, sy letak apa2 status facebook tntg soal takdir n etc. semua orang beranggapan yg berkaitan tntg anak. lagila sy tambah stress!

zauj sy smpai gelakkn sy bila dia dpt tahu sy luahkan kat kakak ipar sy yg sy jeles tgk org2 lain dah mengandung. tp bila sy pike, aku tak berusaha pun nak anak. n kalau ada anak aku tak cukup bersedia pun lagi waktu ni. tp sy takut sgt2, bila fikir...

'waktu aku xnak anak, kot2 ALLAH nk bg. tp bila waktu aku nk anak, tiba2 ALLAH tangguhkan pula. ya ALLAH takutnya sy!'

sebab itu sekarang ini, bila org tanya, sy akn jwb...

' iA pd waktu yg PLG SESUAI dan TERBAIK yg telah ALLAH tetapkn n janjikan...'

sy sntiasa berdoa..

'ya ALLAH kau suburkanlah rahimku ini utk melahirkan zuriat yg soleh dan solehah bg menegakkn kebenaran agamaMU...Kau kurniakanlah aku dan suamiku zuriat yg soleh dan solehah pd waktu sesuai dan terbaik yg telah Engkau tetapkan...'

sy jarang share dgn zauj sy setiap perasaan tntg anak ni. sebab rasanya kalau cerita pun nnti akan malu sndiri sbabnyer nk jeles tapi mmg diri sndiri lagi tak mahu. sy cuma akan bgtahu jer, akhawat ni dh mengandung. dan sy acapkali berkata..

"org yg kawen lepas kita pun dh mengandung dan dah bersalin dah pun. siap dh abes pantang."

tapi jika ALLAH katakan kun fayakuun, maka jadilah jugak janin tersebut dan sy pastinya akan rasa sgt2 gembira sebenarnya!!

adik2 sy, family sy tak pernah menyoal atau tersebut tntg anak buah atau cucu depan sy. see, mereka pun faham dan sabar menanti sy habis study ;p

buat waktu yg masih berbaki sebelum sy menjadi seorang ummi dan zauj sy mendapat gelaran walid, baiklah sy mempersiapkn diri dgn bekalan yg semampunya. hafal surah sebanyak mungkin, hadith sebanyak mungkin, perbaiki akhlak sy. sebab sifat dan sikap anak2 tercorak dari sikap dan akhlak kita even sebelum kita berkahwin lagi. maka, buat sahabat2 yg masih belum berkahwin, marilah kita bersama-sama memperbaiki diri utk jd ummi yg solehah satu masa nanti ye :) doakan sy dikurniakan zuriat pd waktu yg sesuai dan terbaik! :)

Thursday, October 27, 2011

bila beriman dgn KitabNYA..


beriman kpd KitabNya merupakan salah satu bidang atau ruang lingkup perbahasan tntg ilmu Tauhid. sy rasa semua org pun tahu apa itu ilmu Tauhid. dari kecil di sekolah rendah, masing2 telah diajar dan telah melalui exam pun tntg apa itu ilmu Tauhid. namun, sgt2 syg, tak semua antara kita yg telah diajar tntg ilmu Tauhid betul2 memaknakan apa itu ilmu Tauhid. dan masih sgt ramai org2 Islam yg tidak bertindak seperti mana yg telah dipelajari tntg ilmu Tauhid.

based on video yg sy share ni, di akhirnya, jelas menunjukkn betapa kalau seorang Islam itu sgt jelas dan FAHAM tntg ilmu Tauhid yakni beriman dgn KitabNya, pastinya walaupon di hujung2 saat dia hampir terjebak dgn maksiat, dia masih mampu utk berpatah balik. sesungguhnya Al Quran itu sgt optimis kpd kita.

apa yg kita nak dari Al Quran?

bila kita sedih kita bukak Quran, iA kita dpt ketenangan...

bila kita nak tahu sesuatu hukum, iA ada jwpn di dlm Al Quran..

cerita tntg nabi2, ada jwpn di dlm Al Quran....

byk bnda yg ada di dlm Quran. samada kita nak hayati atau pon tidak je. but byk perkara yg paling ditekankn di dlm Al Quran adlh ilmu Tauhid. yg membincangkan seruan supaya beriman kpd ALLAH dan RasulNya, Hari Akhirat atau ketentuan Allah yg telah ditetapkNya utk perjalanan alam ini.

tetapi dek kerana umat Islam zaman kini, mnjadikn Al Quran itu hanya sebagai 1 hiasan. hanya dibukak pada waktu hendak membaca Yaasin setiap mlm khamis, lantas menjadikn fungsi Al Quran itu sgt sempit.

apa kesannya kita tidak beriman dgn kitabNya???

lihat apa yg jadi dlm masyarakat Islam kini. anak yg tiada dosa dan cacat cela dibuang, dikelar, dibunuh, kejahatan tersebar luas, yg ramainya bukan org2 bukan Islam, tetapi org2 yg memegang kad pengenalan ISLAM.

apabila manusia lalai dalam mmbina akidah yg betul dgn benar2 memahami ilmu Tauhid, mulalah akidah kebanyakan mereka diserang dan dirosakkn. lantas segala perintah Allah ditinggalkn, dan segala larangan Allah dilaksanakan.

bukan susah utk mengambil Al Quran, baca dan menatap seketika bait2 mksud yg terdapat di dlm Al Quran. apatah lagi dalam tempoh study ini. masih belum byk tanggungjwb. belum bekerja esp doctor( Housemanship), belum ada 6 org anak pun lagi. tapi ramai yg gagal even membacanya utk 3 ayat pun. tetapi bising2 dan sedih dgn keadaan sekeliling yg byk sgt kejahatan. sdgkn diri kita sndiri tak mustahil utk buat maksiat kalau kita sndiri tak berjaya belajar dan cuba memahami kandungan Al Quran.

Sunday, January 9, 2011

kerinduan...

bismillahirrahmanirrahim....

sekian lama hati ini berbisik...
jika masa itu boleh diputar dan diulang semula...
pasti ku pelihara dan ku perbaiki ia sehabis baik...

sekian lama hati ini meronta...
aku rindu...
aku rindu...
aku rindu...

suasana di bilik itu terbayang kembali di mata...
saat2 indah ukhuwwah itu....
saat2 pahit ukhuwwah itu...

namun kini aku sgt2 rindu....
sgt2 rindu utk kembali duduk bersama2 dgn mereka semua....

terkadang teringat pada suatu masa dahulu..
saat utk bangkit berjumpa dgnNYA di sepertiga malam...
terkadang hati ini rasa ego pabila ternampak sudah ada yg bangun dahulu dan berjumpa dgnNYA dahulu lantas menarik semula selimut...
sdgkn waktu itu syaitan bersorak gembira...
itu ku katakan berlaku tatkala berada sgt dekat di samping mereka...

namun kini...
saat bersama2 orang2 yg tidak seperti mereka...
yg tak mampu ingtkn kamu tentangNYA....
adakah engkau benar2 kuat?
adakah engkau bangkit setiap malam utk berjumpa dgnNYA tatkala tiada seorg pon sahabatmu ketika itu?

sungguh alasanmu hanyalah hendak memuaskan nafsumu!

sekiranya kerinduanmu tidak mampu melahirkan sebarang satu pon bibit perubahan utk terus kuatkn dirimu...
sia2 sahaja kerinduanmu itu....
sia2 sahaja airmata mu itu...





empty~

" sy rasa hati sy dah makin keras la. dah lame tak basah. "

" ermm....basah camane tuh ye? "

" basahla waktu dgr apa2 pengisian...boleh terus istighfar dan masuk terus ke dalam hati. dah lama tak terasa kemanisan ukhuwwah. hurm....sy rasa hati sy dah sgt2 teruk. "

" habis tuh awak rasa ape nk kene buat utk basahkan hati semula?"

" entahla...sy tak tahu....sy rasa kosong sangat2.."

" awak perlukan BI'AH..."

apa puncanya hati terasa kosong?
apa puncanya dah tak terasa kemanisan berukhuwwah?
apa puncanya rasa lesu dan lemah dalam jalan ini?

FUTUR itu sudah lama menghiasi diri dan semakin menghiasi tatkala diri tidak diperbaiki.
semakin dihiasi keindahannya tatkala muttabaah amal juga semakin dilalaikan. qiyyam, solat sunat, solat taubat sebelum tidur, maathurat, tadabbur menghayati ayat2NYA juga semakin diambil sambil lewa.

tatkala diarah supaya berangkat, maka hati terasa berat. mula mencipta pelbagai alasan utk elakkannya. tidakkah engkau ingat kata2 ALLAH dalam surah at Taubah?

' Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.' (9:39)

jangan merasa yakin sekiranya engkau berada di dalam jalan ini, syurga itu menantimu. sedangkan syaitan itu sentiasa menanti2kan saat engkau tewas dalam dunia nafsumu. dan saat itu syaitan itu bergelak gembira sedangkan engkau mendapat balasan dan azab ALLAH di akhirat.

bukan mudah utk mendapatkn TAQWA. bukan mudah utk menjadi insan yg benar2 bertaqwa!

'taqwa itu ialah apa yang perlu ada dalam diri kita setiap saat, bukannya hanya ketika dalam halaqah atau semasa berdakwah. Tidak! Sebaliknya taqwa wajib wujud dalam diri antum setiap saat, setiap masa'.


ALLAH mengetahui saat2 hambaNYA mula melupakanNYA. namun, ALLAH menanti2kan hambaNYA pulang dan bertaubat kpdNYA...DIA sgt merindukan hambaNYA yg merintih kpdNYA....





Thursday, June 3, 2010

Saturday, May 22, 2010

keikhlasan..

bismillahirrahmanirrahim....

tersentuh hati ini dengan kata2 hikmah dari blog seorang adik ini...ya ALLAH...sy sgt rindu kepadanya....

lantas membuatkan hati ini ntah mengapa ingin kembali merasakan manisnyer di awal2 dahulu...membaca semula entry2 blog ini yg dahulu..

semakin lama ditarbiyyah....
tidak sama cara kita diuji....
semakin lama kita diuji dengan perlbagai...
seharusnya itu mematangkan kita...
utk jd hamba yg lebih beriman...
utk menjadi kekasih yg lebih matang dlm menzahirkan cinta pada sang pencipta...

tersentuh dgn kalam2 cinta ini...mungkin ada sesuatu yg cuba DIA bicarakan padaku..

"Hai org2 yg beriman, taatlah kepada Allah dan RasulNya, dan jgnlah kamu berpaling dari pdNya, sedang kamu mendengar (perintah2-Nya), dan jgnlah kamu menjadi seperti org2 (munafik) yg berkata "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan. Sesungguhnya binatang (makhluk) yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah org2 yg pekak dan tuli yang xmengerti apa2pun." (8 :20-22 )


banyak yang kita dapat sepanjang jalan tarbiyyah ini. pelbagai larangan dan perintahnya kita kenali dan tahu. tapi seringkali kita mengabaikan. tanpa kita sedari menjerumuskan diri ke dalam orang2 yg munafik..astaghfirullah.....

tarbiyyah bukanla mendidik jiwa jd superior kpada manusia laen....
bukan juga mendidik menjd inferior...
tetapi mendidik hati dan diri supaya sentiasa memperbaiki diri....

adakalanya bila kita tersilap langkah, ALLAH hadirkan kecemburuanNYA dengan menghadirkan seorang sahabat utk menegur...

berlapang dadalah menerima teguran...
ikhlaskanlah hati untuk mnerima teguran....
kerana tanpa keikhlasan....
kelak suatu hari nanti....
diri kita memberontak tatkala orang2 yg memberi teguran membuat perkara yang sama kepada kita...

setiap perkataan.....perbuatan.....pendengaran....semuanya PASTI AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN....

benar....sepatutnya bila kita pernah menegur, seharusnyer kita sentiasa ingat apa yg ditegur..sama seperti apa2 pengisian usrah....tetapi manusia itu sifatnye LUPA....LALAI...LEKA...

adakalanya sahabat kita tersilap langkah lantas die pula yg melakukan perkara tersebut....tetapi perlukah kita utk seorang muslim melahirkan ketidak puas hati kerana die penah menegur kita dan kemudian die pula yg buat?

manusia itu tidak perfect...sentiasa digoda syaitan....sentiasa diuji...dgn pelbagai perkara.....paling utama....kita diuji dgn KEIKHLASAN.....

tanpa KEIKHLASAN kita berukhuwwah...
kelak bila sampai virus2 ukhuwwah....
kita lupa untuk menghapuskan virus itu lantas hancurlah ukhuwwah tersebut....
tanpa keikhlasan utk berubah.....
kelak akan membuatkan kita terfikir semula utk melakukannyer....

IKHLAS.....IKHLAS....sukarnyer utk digapai....sukarnyr utk dihadirkan....tapi carilah DIA dalam setiap perjalanan kita....

hablu minallah...hablu minannass....

' baeknya kamu dengan DIA....pasti baeklah kamu dgn manusia laennyer...'


anak2 itu.....

bismillahirrahmanirrahim....

terlintas di hati.....

"hurm tak bape sedap juga produk nih nak dibandingkan dengan honeystar nestle"

cepat2 beristighfar.....terhenti seketika menyuap bijirin tersebut ke dalam mulut....terasa ada air hangat mengalir....vdeo anak2 palestin yang sy lihat malam tadi sgt2 memberikan kesan yg mendalam dalam hati...masih terngiang kata2 salah seorang anak itu....

"sy nak rumah yg selesa mcm dulu2...duduk dalam khemah nih panas..tak selesa....tak macam dulu..."

sdgkan kita? bersenang lenang dgn nikmat yg ALLAH bagi tanpa sedikit bersyukur pon....

seringkali hati ini masih terasa berat utk benar2 memboikot produk2 Israel....esp nestle + unilever + body shop....tapi kata2 anak2 semalam sgt2 menampar perasaan dalam hati sy....

nape terlalu mementingkn diri kamu farahin?
sedikit sahaja nikmat makan honeystar nestle yg kamu rasa sedap itu ALLAH tarik....sedangkan anak2 palestin??

astaghfirullah.....ampunkan aku ya ALLAH atas kelemahanku yg kurang bersyukur padaMU.....

Sunday, May 2, 2010

peliharaan ALLAH~

bismillahirrahmanirrahim....
selawat buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW...
assalammualaikum wrt....

dah lame rasenyer tak update blog ni. ntah mengapa, diri merasa gerun pabila teringat SETIAP KATA- KATA AKAN DIPERTANGGUNGJWBKAN. dan juga teringat ayat dlm surah As Saff : 61..

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."

sgt2 bergetar di hati pabila teringat kata- kata ALLAH ini. hurm tapi ntah mengapa, terdetik dan teringin sgt2 utk berkongsi tentang hadith 19 yg baru sahaja disampaikan di dlm usrah dgn adik2 semalam.

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai

anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah

akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau

meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan

dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat

kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang

memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu

dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu

perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran

telah kering (dakwatnya).

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.

Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi:

Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang,

nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak

menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap

menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu

ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.

Point 1st dalam hadith ini sgt2 menyentuh sy ketika menyampaikn hadith tesebut. sebelum ni selalu org kata, pikekan apa yg sesuai betol2 untuk disampaikan mengikut tahap pemahaman mad'u kita, namun apakah kita dapat betol2 menyampaikan dengan baek sesuatu perkara itu seandainya diri kita sndiri tidak dapat digest n aplikasikan perkara itu? sebab itu sy sampaikn perkara yg sy ingin sampaikan pada diri sy sendri.

Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu.

Bukan mudah untuk mendapat pemeliharaanNYA dengan sebenar2nya. Bukan mudah untuk mendapatkan pemeliharaanNYA terutamanya dalam bab agama. masyaALLAH tak terhitung rasanyer nikmat dan segala pemeliharaan yg ALLAH bagi pada kita, namun adakah kita dapat manfaatkn dan bersyukur dengan setiap pemberianNYA?

untuk berada di dalam dakwah dan tarbiyyah....
untuk setiap jalan lurus yang kita pilih...
untuk dikurniakan sahabat2 yang sentiasa mengingatkan diri untuk kembali kepadaNYA...
untuk setiap kesedaran setiap kali kita membuat kezaliman terhadap diri sendiri..
untuk setiap NUUR dan petunjukNYA...
untuk segala2 yang ALLAH hadirkan dalam diri kita buat umat Islam yang sedar akan tanggungjawabnyer di muka bumi ini...
adakah kita sudah benar2 MEMELIHARA ALLAH di dalam setiap langkah hidup kita?

diri sy sendiri..sgt2 byk lopong2 jahiliyyah yg masih membelenggu..masih belum benar2 mampu bebas dari ikatan besi jahiliyyah itu...namun jangan apabila kita jatuh, kita teruskan berada di dalam suasana itu. memang jatuh itu logik untuk setiap dari kita. namun kita perlu bangkit semula. kita perlu bangkit untuk kembali melahirkan rasa CINTA kita padaNYA.

bila sebut tentang CINTA...bila bercinta dengan manusia especiallay pakwe dan makwe...bukan maen lagi masing2 mencuba untuk menjaga hati masing2..menarik hati masing2 utk make sure hati si pasangan akan tetap setia dgnnya...namun bila dengan ALLAH...

kita lupe untuk SETIA denganNYA...!
kita tak sedar kita MELUKAKANNYA...!
kita tak sedar KITA tak HARGAINYA....!

jangan sampai satu hari nanti ALLAH tak pandang kita lagi dan terus berpaling meninggalkan kita....:(

Monday, April 26, 2010

aku ingin mencintaiMU...

Tuhan betapa aku malu

Atas semua yang Kau beri

Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa

Entah mungkin karna ku terlena

Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali

Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia

Untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU


Aku ingin mencintaiMU setulusnya,

Sebenar-benar aku cinta
Dalam do`a
Dalam ucapan

Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi

p/s : ya ALLAH....gusar rasa itu mrampas rasa cintaMU....


Monday, February 22, 2010

tarbiyyah direct dariNYA..

bismillahirrahmanirrahim.....

alhamdulillah....smlm sewaktu pergi utk berjumpa adik2 yg sgt2 dirindui, sahabat sy menceritakan tntg senanyer die ada kehilangan barang ketika baru 2 hari smpai do moscow ini. dan ketika itu, die mmg bercita2 sgt utk mengumpul duit sebanyak mungkin sehingga summer ini. dan tak sangka, dalam perasaan yg semangat sgt2 utk mengumpul dan menyimpan duit tuh, ALLAH terus bg tarbiyyah direct n ALLAH uji terus.

namun alhamdulillah....sahabat sy itu dpt menerima dgn sgt2 baik semua itu. alhamdulillah....lps tuh sy terus sebut semula padanya....

" seronok kan bila duduk dalam tarbiyyah ni "

dan dia sgt2 bersetuju. sy sgt2 bersyukur...kerana apa? kerana bila berada dalam tarbiyyah, kita tidak merasa terlalu down apabila berada di bawah. dan tidak merasa terlalu tinggi apabila berada di atas. semuanya ada guard yg seolah2 sering mngingatkan, itu bukan hak kita. itu semua HANYA PINJAMAN.

adakalahnya terfikir menyesal dtg russia kerana suasana medic di sini tak seperti di malaysia. tapi bila direnung2....astaghfirullah...mgkin jika aku di mlysia, tak tersentuh pon dgn semua ini. tak terfikir pon utk semua ini. tapi mmg benar, bila berada di suasana seperti ini, hasutan syaitan semakin kuat. semakin kuat tentera syaitan utk menghasut. dari segi ukhuwwah terutamanya....

bukan mudah utk masuk ke syurgaNYA...nak buat baik pon sgt2 susah...tapi bergantunglah kepadaNYA....mohon byk2 padaNYA....iA akan dimudahkn....apa2pon...back to the BASIC = ALLAH.....

rindu hati yg dulu..

bismillahirrahmanirrahim.....
selawat junjungan besar buat nabi SAW....

alhamdulillah...alhamdulillah.....telah sekian lama tak mengupdate blog..sejak balik dari egypt..ingin rasanyer berkongsi apa yg sy dapat semasa di egypt, tapi ntah mngapa dek ditangguh2 semakin lama rasa utk melihat blog ini luput dan hilang begitu sahaja. ramai juga bertanya bile farahin nk update blog ye, dah lame tak update, sy hanya mmpu tersenyum....maafkan sy atas kelemahan diri sy...

ntah mengapa ingin mencoret di sini....sejak balik semula ke negara komunis nih, hati ini sgt2 mudah tersentuh. dek mcm2 perkara yg bertandang begitu sungguh menyentuh hati. sy mencuba mencari apa puncanya. dan semakin byk buku tarbiyyah yg dibaca, semakin hati ini melembut, mgkinkah hati ini mati dan keras dek selama ni aku terleka dan juga lalai?
mengingatkn kembali status2 ym...aah, baru sedar, rohani dan diri ini sgt2 rindukn Illahi....sgt2 rindukan...rindukan hati yg dahulu..ntah mengapa sekarang ini, sering tertanya2 dan sdeyh macam mne utk kembali mndptkn hati yg sering basah seperti di zaman sekolah dahulu.

terdengar tadi lagu mengemis kasih, raihan....

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku


tersentuh sgt2...ntah mengapa di kala ini, hati ini sgt2 mudah tersentuh. nangis tak berhenti..mlm td tgk cte cerekarama tntg seorg ibu ngn anaknya. di mana anaknya malu utk mengaku itu emaknyer kerana emaknyer buta. bile emaknyer meninggal, baru anaknyer tahu bahawa mata emaknyer buta sebelah kerana dahulu semasa kecil, mereka accident dan sebelah matanya buta lalu emaknyer memberikan sebelah matanyer kpd anaknya itu. terus terkenang emak di rumah. besarnyer kasih syg dan pengorbanan seorang emak kn..... tak terhingga....mak...nor syg emak!

tapi cuba kita renung kembali, kasih syg mak ke, kawan2ke, akak2 ke, semuanyer pon dtg dari ALLAH kn...sygnyer ALLAH kat kita kan.. tapi mcm mane pula kasih dan cinta kita padaNYA? adkh kita tergolong org2 yg menjalankn amanahNYA? adkh kita benar2 selalu mensyukuri nikmatNYA? adkh kita betul2 hargai dan khusyuk dlm solat? adkh kita benar2 sentiasa bangun solat utk meluahkn cinta dan rindu padaNYA? :(

Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku


betapa byk pon ibadah kita buat, tak mmpu membalas semua yg telah ALLAH beri kita. mcm kalau kita bercinta, mesti kita nk hargai everything yg org kita cinta tuh bagi kan. tapi kita selalu lupe ALLAH...selalu abaikan ALLAH....sdeyh sgt2....ya ALLAH...kurniakan hati yg sentiasa basah mengingatiMU...masukkn aku dan keluargaku, sahabat2ku, guru2ku di dlm golongan org2 beriman....

Sunday, January 3, 2010

harta tuh sape punye??????

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah....alhamdulillah....alhamdulillah.....

dah lame tak update blog n saje nk luahkn perasaan kat blog nih....

alhamdulillah, semalam dh selesai buat tender kek pisang utk symposium yg diadakn sejak smlm sehingga hari ni. walaupon sgt2 kelam kabut la smlm bile pisang tak cukup. sy dok pusing kepala pike2 ape nk ganti kek pisang. mula2 ingat nak ganti ngn kek coklat. tapi rasa tak best. so sy paksa gak diri kuar walaupon sy tahu harapan sgt2 tipis tyme2 new year nih kedai bukak. then sy berlari ke atak tapi harapan tggal harapan cz tutup jugak..then sy percepatkan kaki nih gerak ke perkrestok dgn harapan sgt2 perkrestok bukak. tapi, bile sampai2 depan perkrestok, tutup juga. hanya buka pada 3 petang kang. dengan tak pakai spec, tak bawak passport, hanya berbekalkan doa n harapan, prapus hostel ngn duit. n dgn kecewa2 tuh, bajet nk jalan lambat cket. tp ttbe teringat, ya ALLAH! kek pisang aku dlm oven tp tak bwk phone nk call org kat bilik! terus sy berlari balik ke hostel..( alhamdulillah, cukup muttabaah amal riadah ;p )

sampai2 hostel alhamdulillah kek pisang tu tak hangus pon. alhamdulillah tak masak pon lagi. then sy buntu, n pike2 sy nak mnta bantuan org kahov tlg buatkn n nanti sy akan bayar kos n upah. but bile call kate takde sape dah kat kahov. ALLAH, apa aku nak buat nih...then terus usaha jer call kk wani. n sy terharu sgt2 senanyer...bile kk wani kate, takpela, akk dtg yugo bwk pisang, akk takde nak buat ape2pon nih. ya ALLAH, nak menangis senanyer ngn kesudian kk wani,...jazakillahu khairan kathirah sis!

bila kk wani dah smpai, ttbe pakcik guard tak bg kk wani masuk. ya ALLAH, su punyela merayu2 tapi pakcik tuh buat tak tahu jer. rase nak nangis tapi airmata takmau kuar pulak. then, lepas merayu2, ada pakcik guard yg baek smpai n die nmpak sy tengah merayu kat pakcik guard yg ngah jaga. then pakcik guard tuh bg kk wani masuk, alhamdulillah....

then sy terpaksa mntak bantuan nad dan fina tlg masakkn air kat embassy memandangkan sy terpaksa menunggu kek pisang yg tak siap2 tuh. pukul 3.15 pm, baru kek tuh siap masak n itupon bahagian tengah tak bape masak. then ngn panas2 tuh loyang tuh sy balut jer ngn kain utk bawak ke embassy. bile sy sampai2, tgk2 sume org dh makan n rrupenyer, dorg cepatkan makan petang tuh. alhamdulillah akhirnya semuanyer selesai...

tp, perkara yg sgt2 menguji hati sy waktu ini, bila mana, blender yg sy pinjam dari sorg kawan secara tiba2 rosak. padahal waktu sy gune, ok jer. dahla blender tuh 3000 lebih rubles. tapi alhamdulillah ALLAH kurniakan ketenangan hati utk terima jer perkara tuh berlaku. n hari ni, sy nak keluar jalan2 ngn adik2 1st year. tapi, masa nk pegi, tudung sy tersangkut kat jaket yg baru sgt2 sy beli. n jaket tuh berharga 2600 rubles. n sy terpaksa gunting tudung hitam saya n jaket tuh agak ngekngok2 gakla b4 pegi. n bile dah abes jln2 ngn adik2, sy nekad nk pegi novie cheremushki sorg2 beli blender kawan sy tuh memandangkn esok sy dah nak balik mlysia.

n dgn kuasa ALLAH, masa nak balik dari beli blender tuh, sekali lagi tudung sy tersangkut. selama nih tak pernah2 nk sangkut pon. ya ALLAH, terpaksa la sy duduk sorg2 kat tepi dinding ngn blender yg berat n betulkn zip tuh. tp ALLAH tak izinkn jaket tuh dibetulkn kot n zip tuh mmg dah rosak teruk n sy hanya butangkan baju jer.

sebenarnya, waktu sy beli jaket tuh, mmg sy berniat beli sbb utk bawak ke egypt. tapi, kuasa ALLAH, sehari b4 sy pegi egypt, DIA tarik nikmat utk gunakan jaket tuh. dan sy belum sempat dapat kesemua duit utk buat kek pisang, tp jumlah kerugian ngan beli blender ngan jaket yg rosak, actly, sy tak dapat untung ape2pon. tak sempat sy pegang nikmat keuntungan kek pisang itu, tapi ALLAH ambil dahulu....

tapi sy redha, sebab sapela sy utk merungut atau mengeluh atau bersedih....sebab ALLAH yg hadirkan nikmat duit itu. dan sume duit yg ada pada sy pon, sape punyer? sy punyeke???? TAK LANGSUNG! sy TAK BERHAK langsung atas sume duit sy...cz sume tuh ALLAH PUNYE!

dan begitu banyak dugaan hadir sebelum sy ke egypt ni. moga pemergian ke egypt ini dpt menenangkan hati sy. teringat tyme 1st year dulu, nak sgt2 ke egypt, tapi ALLAH takdirkan sy melecur ngn air panas n membuatkan sy tak dpt pegi egypt n sekaligus tak dapat buat final bioorganic chemistry dan kene repeat final. subhanallah..... cantik sungguh perancangan ALLAH...dan siapalah kita utk mengeluh kerana pastinya sume itu ada hikmahnya...

doakan sy selamat pegi egypt....selamat sampai mlysia.....doakan urusan sy di malaysia balik nih dipermudahkn....

Saturday, December 26, 2009

dah doa kat DIA??????

bismillahirrahmanirrahim......
selawat buat junjungan besar Rasulullah SAW.....

alhamdulillah, hari nih dh masuk hari ke 9 dlm tahun yg baru, dan masing2 dengan azam yg baru, azam hijrah yg baru....hijrah yg bermaksud berpindah dari yg buruk kepada yg baik iA....

sebenarnya esok sy ada colloq pathology, tapi tak tahu mengapa mood study tuh tak seperti sebelum2 nih. sy runsing cari mana mood tuh. n byk kali ingt lek nape kene stad tapi tetap mood tak kunjung tiba. mungkin dek hati yg semakin keras dek byk perkara2 kotor yg menghinggapi hati... :(

saje nk kongsi apa yg sy borak ngn sorg sster pagi td. byk kata2nya yg sgt2 membuatkn sy terpukul n rasa mcm kene 'lempang'. sy mengadu takleyh nk concentrate stad. asyik stad, then nampak beg atas almari. rase mcm nk turunkn beg tuh lani gak sbb tak sabar2 nk jumpe family. asal stad jer asyik teringt family. then rasa mls sgt2 nk stad patho memandangkn nih last test b4 cuti. sepatutnyer nihla test plg semangat n sbb pasni nk cuti tp takthula kenapa ngn sy...then sis tuh bertanya...

"farahin dah DOA KAT DIA?"

"farahin dah MINTAK KAT DIA?"

"farahin dah MERAYU KAT DIA?"

sy ter'pukul' sebentar ngn kata2 nya. aah, betol....mood ini, perasaan ini, DIA juga yg hadirkn. n takde apa yg mampu hilangkan perasaan ini melainkan HANYA DIA. dan segala perasaan ini harus dikembalikan pada DIA. dan ada lagi kata2 sister tersebut yg sgt2 buatkn sy tersedar....

"aah... diorg comel
inshaAllah lagi comel bila dididik dgn baik
tp AWAS! anak2 pun boleh menjadi satu perkara yg melalaikan bila cinta bkn kerana Allah
so kene fhm...
bahwa walau macam mana pun, kene ingat matlamat kita diciptakan
memang tak slh, untuk mengambil dunia
tapi bukanlah utk tenggelam di dalamnya"

ya ALLAH, baru tersedar kembali...sepupu2 comel, emak, ayah, sume tuh ujian DUNIA juga. tapi selalu tenggelam ngn ujian DUNIA nih. :(

"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan" (18:46)

betapa kurangnya diri ini berdoa pada setiap apa yg terjadi. betapa kurangnyer lagi pergantungan padaNYA dalam apa yg berlaku dlm setiap hari...meskipon mood2 dan emosi yg tak stabil, pastinya ALLAH yg hadirkan. pastinya DIA sahajala yg mampu menghilangkan kesemua tersebut.

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" (2:186)

"Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya)." (27: 62)

"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." (40:60)


bila terfikir kembali, ya ALLAH apa nk buat cuti dh nak stat nih? takutnyer byk masa terbuang...terus sy terasa n terpukul lagi bila ada suara hati berkata..

"ramai lagi kawan2 tak dapat zacot pharmacology...ramai juga yg perlu buat final microbes...ko nih, ALLAH dah bg masa byk...n ALLAH mudahkn, ko tak reti2 nk guna masa n bersyukur ngn apa ALLAH bg ke? ko nak guna masa tuh utk tgk movie pulak. patutnyer ko kene topup diri! tahun depan dah bermula 1 tanggungjawab besar utk ko. sbb tuh ALLAH mudahkn ko sekangnih. tp ko taknak bersyukur lak!"

ya ALLAH....:'(
sweetnyer ALLAH....mudahkan aku utk sem nih...
baeknyer ALLAH....:(
ya ALLAH....
jgnlah ENGKAU palingkan hatiku....jgnlah biarkn aku terus dlm kemaksiatan yg masih sgt2 byk melekat di hati. :(

Sunday, December 6, 2009

always be there for me~


Allahu Akbar…

If you ask me about love
And wanna know about it
My answer would be
It’s everything about Alla
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The One that made us all and free
And he`s The Guardian of HIS true believers

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s deep in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
Coz as HE promise HE will always be there…

HE brings us out from the darkness into the light
Subhanallah capable of everything
We should never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through our short time we have in this life
Soon it`ll all be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s deep in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
Coz as HE promise HE will always be there…
Allahu Akbar…

ALLAH..pliz give me the strength~


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Insya Allah
Insya Allah we`ll find the way

tenanglah wahai hati...... ;(

tenanglah wahai hati yg bersedih...
kembalilah pada yg menciptaMU utk menentukan apa yg terbaek harus kau tempuh dalam hidupmu...
bersabarlah wahai hati yg menangis...
kerana engkau tidak keseorangan...
engkau tidak dibiarkn hanya dengan kesenangan...
tetapi...
ALLAH kadangkala menguji untuk menunjukkn kasih sygNYA padamu...

lebarknlah senyumanmu wahai bibir...
dengan senyuman melahirkan aura manis di hatimu walaupon engkau tidak merasakannya...

menangislah semahumu....
menangisla semahumu di tunduk sujudmu pada Tuhan Yg Menciptakn kesedihanmu...
merayu dan mengharaplah pada DIA yg menghadirkan rasa SEDIHMU...
kerna...hanya DIA yg berhak menarik dan menenangkn hatimu...

ALLAHU AKBAR...
ALLAHU AKBAR....
ALLAHU AKBAR....

"Ya Allah, aku mohon pilihan kepadaMu dengan ilmuMu dan
aku mohon ditakdirkan untuk mendapatkan yang terbaik antara dua atau beberapa
perkara dengan kekuasaanMu, juga aku mohon kepadaMu akan keutamaanMu yang
agung, karena sesungguhnya Engkau adalah Maha Kuasa sedang aku tidak kuasa apa-apa,
juga Engkau adalah Maha Mengetahui sedang aku tidak mengetahui dan Engkau adalah
Maha Mengetahui segala sesuatu yang ghaib.

Ya Allah, jikalau Engkau mengetahui bahwa perkara ini memang baik untuk agamaku,
kehidupanku dan akibat perkaraku, baik untuk urusanku
sekarang dan urusanku di kemudian hari, maka takdirkanlah itu untukku dan
permudahkanlah mendapatkannya padaku, selanjutnya berilah keberkahan padaku dalam
urusan itu.

Tetapi jikalau Engkau mengetahui bahwa perkara ini adalah buruk untuk
agamaku, kehidupanku dan akibat perkaraku, baik untuk
urusanku sekarang dan urusanku di kemudian hari, maka belokkanlah itu dari diriku dan
belokkanlah aku daripadanya, lalu takdirkanlah mana-mana yang baik untukku di mana saja
adanya kebaikan itu dan seterusnya berikanlah keridhaan padaku dengan melakukan yang
baik tadi."


Tuesday, December 1, 2009

hak Al Quran...



dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....
selawat junjungan buat Rasulullah SAW yg sgt2 dirindui...

sy sgt2 tergerak untuk kongsi perkara nih dengan semua pembaca2 blog sy...alhamdulillah, dh lame sgt2 terasa dengan perkara nih..setiap dari umat ISLAM tahu apa itu Al Quran...setiap hari kita baca, kita alunkn dengan suara2 yg merdu. ada yg belajar taranum dan alunkan dengan sangat2 indah. ya ALLAH indahnya bahasa2 ALLAH... dan bila mana anak2 dapat khatam al Quran, masyaALLAH, betapa gembiranya hati mak ayah anak2nyer sudah pandai baca Quran. bila sudah berkali- kali khatam, masyaALLAH, cukup gembiranya hati masing2. dh byk kali khatam.

tp adakah itu menunjukkn kita sudah menjalankn hak2 kita terhadap Al Quran itu?
adakah dengan khatam Al Quran berkali2 itu menunjukkn kita sudah bagus n betul2 memanfaatkn Al Quran?

tersentuh sangat2 dengan kata2 Hassan Al Banna dalam RISALAH TA'LIM ;

tak pernah aku melihat sesuatu yg sangat2 DIJAGA tapi DIABAIKAN...
tak pernah aku melihat sesuatu yg sangat2 DIPELIHARA, tapi DISIA2KAN...

sangat2 tersentuh dengan word nih. ya, mmg sy akui sangat2 kebenarannya, tak usah memandang kepada orang laen, pandang kepada diri sendiri, dulu, sy sndri sgt2 menjaga kedudukan Al Quran, kalau boleyh letak kat tempat paling tinggi sekali. kalau tgk org letak kat bwh cket jer, sy dh terasa mcm nak marah. beli Quran bukan main banyak, tp sy dokla buat hiasan dekat almari kat rumah tuh. tp bila sekarang, baru sy sedar, sebenarnyer, tanggungjawab dan hak sy terhadap Al Quran itu, bukanlah setakat menjaga dengan rapi. mmg tak kata SALAH utk kita jaga Al Quran dgn rapi, tapi sebenarnya ada tanggungjawab lebih besar utk kita buat dengan al Quran.

dulu mase nk spm, ada jugak sy baca2 tafsir Quran nih. tp mmg tak paham ape2pon. adala dpt cket2 cte para nabi. tp nk buat sy 'basah' dengan kata2 dan ayat Quran, mcm tak dpt ape2. alhamdulillah sekarang, ALLAH kurniakn sy hati yg mampu utk 'basah' juga dgn kata2 Quran. walaupon ada juga masa2 futur menghiasi membuatkn hati ni KERAS tak mmpu dibasahi.

so, apa sebenarnyer hak2 kita terhadap al Quran nih?

1) kerap membaca
2) meletakkn al Quran sebgai sumber RUJUKAN
3) al Quran sebagai ASAS kpd sumber perundangan DUNIA

cube kita renung2kan di mana sebenarnya kedudukan al Quran di dlm diri dan hidup kita sekarang?

alhamdulillah, ramai atr kita yg beribadat dengan kerap mmbaca al Quran. tp cuba lihat dunia kita sekarang, sekeliling kita, adakah kita benar2 menjadikan Quran sbg sumber rujukan dan sumber perundangan? hurm...dan adakah kita bila mmbaca Quran, kita benar2 memahami apa isi kandungan al Quran itu sendiri?

cuba kita ubah dengan cara membaca Quran dan menghayati maksud ayat yg kita baca td. tak mahal tafsir Quran yg ada. dan tak lokek juga duit kita gunakn utk memahami sendiri sumber rujukan dan peninggalan yg Rasulullah SAW tinggalkn utk kita.

"Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu'min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar"( al Isra' : 19 )

dan teringat juga dalam buku nk SPM dulu, ada rasanya jawpan al Quran ini sbg petunjuk. tp masa tuh, macam dok hafal jawapan jela kan. bukannyer paham kenapa petunjuk itu.

cuba kita renung2kn, apakah ALLAH turunkan al Quran ini sbgi sumber rujukn utk SETIAP umat nabi Muhammad SAW hanya dengan utk membaca dengan mengalunkan berlagu2 tanpa memahami ada perkara yg lebih besar utk ALLAH sampaikn kepada kita?

sy teringt ade satu talk apabila dia ditanya tentang apakah itu ISLAM sebenarnya...dan jawapannya...

ISLAM itu adalah jalan utk menuju ALLAH, dan bagaimana cara utk menuju kepada ALLAH itu? adalah dengan merujuk kpada Al Quran. dan bagaimana hendak memahami dan mengikuti selebihnya apa yg al Quran ingin smpaikn, tgk kepada Rasulullah SAW....

hurm, semoga sama2 kita berusaha utk menghayati dgn selebihnya apa kndungan al Quran yg sbenarnya. jika dahulu, al Quran dijadikan sbg neraca keadilan, tersemat dalam ceramah dan nasihat, tetapi sekarang, juz jadi BAHAN HIBURAN dan juga HIASAN...

astaghfirullah...astaghfirullahal azim...moga ALLAH sama2 pelihara kebersamaan kita bersama al Quran...semoga ALLAH kurniakn kita hati2 yg basah utk memahami setiap apa yg terkandung dlm al Quran itu...

umno games~

bismillahirrahmanirrahim....
selawat junjungan besar buat Rasulullah SAW...

alhamdulillah, selesai sudah mggu yg ade colloq yg sangat membebankn jiwa rasanyer. terasa waktu sekarang mengcompensatekn waktu tido yg tungang langgang dek pharmaco dan microbes...

alhamdulillah selesai sudah umno games.. walaupon sy tak ke sana kerana mcm jadi 'mak' kat bilik ni, anak2 pegi berjual, tp dgr cte sahabat2 yg ke sana pon sy rase sgt2 hepy. petang tuh, ada ramai yg bertandang ke bilik sy. melihatkn wajah mereka, tergambar suatu kepenatan yg teramat kerana berjaga malam utk menyiapkan juadah2 utk berniaga.

alhamdulillah, alhamdulillah, dengan kuasa dan izinNYA, byk jualan gerai KAMI yg habis dijual. alhamdulillah, segala pujian hanyalah kembali kepadaNYA. sy teringat rumet sy yg tido mungkin pukul 4 pagi ke 5 pagi semata2 utk menyiapkn cupcakes nyer. sy tak mmpu nk tolong, tertunggu2 die nk siapkn last2 sy ttido. dan hanya bngun bile die kejut utk solat isyak berjemaah bersamanya.

tuh di hostel sy, mengenai sahabat2 yg bertungkus lumus menyiapkn juadah jualan di hostel lain pula. ade sorg adik cerita kpd sy ;

"die tido lagi lambat dari sy rasanyer kak. tp pagi2 lepas subuh pukul 7.30 die dah keluar. sebab dorg ade shif sape jaga dari pukul berapa n tukar2 org. kagum sgt2 kak. yg sy nih ha, dah tertido2 tunggu dorg."

tersenyum sy membacakn apa yg ditulis di screen laptop sy nih. smbil mengucapkn alhamdulillah tak terhingga kpdNYA di atas nikmat hidayah ini. ada lagi kata2 nya yg sgt2 membuatkan sy tersenyum dan syukur sgt2.

"masa sy dh tertido tuh kak, sy ada la jugak dengar2 ade yg ckp, penatnyer, ngntoknyer, tak laratnyer...tp bile ada yg mengeluh, ada yg ingtkn semula, INGAT BALIK KENAPA KITA SUSAH PAYAH UTK SEMUA NIH, KENAPA KITA BERJUAL NIH. bestnyer suasana itu kak!"

makin tersenyum sy. alhamdulillah....alhamdulillah, tiada ukhuwwah yg lebih indah daripada itu sy rasakan. bila mana ada yg mengeluh2, tapi ada suara2 yg mengingatkn semula, utk kita sentiasa refresh dan perbaharui niat kita, supaya kita lebih kuat untuk membuat suatu perkara walaupon sepenat manepon kita.

terus sy teringat kepada kata2 yg amat sy pegang dlm diri walaupon kadang2 terjatuh juga n lalai dek futur yg menghiasi...

PENCERAHAN BUKAN UNTUK ORG MANJA
USAHLAH MENGHARAPKN AKAN KEREHATAN DI DUNIA, KERANA KEREHATAN SEBENAR UTK KITA ADALAH DI SYURGA

sdgkn ALLAH sendiri sentiasa berada dlm kesibukan, apatah lagi kita yg sebagai HAMBANYA yg tidak punya apa di DUNIA ini.


"Semua yang ada di langit dan bumi selalu meminta kepadaNya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan" ( ar rahman : 29 )

tetapi seringkali kita LUPA n LALAI untuk bersyukur kepadaNYA sedangkn DIA telah memberikan pelbagai macam nikmat utk kita. terutamanya nikmat IMAN n ISLAM, HIDAYAH, UKHUWWAH KERANA ALLAH...

teringat kata2 seorang sahabat dlm tazkirah yg baru sgt2 sy dgr baru2 nih ;

HATI SEORANG MUKMIN ITU TIDAK BERHENTI DARI BERZIKIR HANYA PADANYA...

astaghfirullah...sedangkn hati kita, terutamanya hati sy, masih byk lagi noda2 hitam yg terpalit, masih byk lagi 'zikir2' yg bukan utkNYA...semoga tidak dipalingkan hati2 kami dari nikmat hidayahMU ini ya ALLAH....

Tuesday, November 10, 2009

~copy from YG~sgt2 best utk dikongsi~huhu...

Assalamualaikum awak,


Saya menulis bukan untuk menyindir,bukan untuk membangkang, jauh sekali untuk berkata tidak setuju.Saya paham kerana saya juga merasakan perkara yang sama.Saya paham apabila awak kata hati berbunga-bunga , saya juga paham apabila awak kata hati awak pedih digigit luka.Saya paham bila awak kata awak confius,tidak tahu nak pilih yang mana.Bila awak kata awak tersepit antara dua perkara itu,ya!saya mengerti.Sungguh! saya paham dan tak pernah menafikan.

Awak,saya cuma nak suruh awak berhati-hati. Berhati-hati semasa mendaki.Kerana tangga itu sangat tinggi.Memang awak boleh panjat,tapi awak perlukan sesuatu sebagai alas.Awak perlu letakkan kerusi supaya senang mendaki.Tapi awak perlu ingat,jangan ambil kerusi yang patah, jgn lupa baiki kerusi yang bergoyang,kerana awak akan jatuh semasa memanjat.Awak akan terluka,tercedera mungkin juga pergi selama-lamanya.



Hati-hati awak,hati-hati semasa memanjat.Juga buatlah persediaan untuk memanjat dan persediaan untuk sampai ke puncak.Andai awak berjaya sampai sekalipun,teruskan berwaspada kerana di atas sana curam dan bahaya.Ramai yang telah tiba di puncak setelah penat dan gigih mendaki,tetapi tidak lama kemudian jatuh tergolek semula ke bawah.Ada yang cedera ringan,so guna first aid saja.Tapi ada yang cedera parah,cepat- cepat dibawa ke hospital.Namun ada yang jatuh dan kaku,pergi meninggalkan kita semua.Baru saya paham awak,rupa-rupanya tangga idaman kader-kader hebat itu juga merupakan satu penapisan.



Saya tau awak,semua orang nak naik tangga tu,saya pun nak naik,dia pun nak naik,meskipun kami masih melihat dari bawah.Apatah lagi orang yang sedang mendaki,tentunya perasaan mereka melonjak-lonjak lebih dari kita.Mereka sudah berusaha separuh jalan,cuma ada lagi setengah untuk tiba ke puncak.Tapi begitulah,bukannya senang,bukannya mudah.Kerana kita tidak mahu tergolek jatuh dari atas,apatah lagi mati setelah terjatuh.Kerana tangga di hadapan masih banyak yang perlu didaki,makin curam dan makin licin.Bukan sembarangan orang yang bisa tiba di sana,orang yang tak cukup bersedia akan jatuh saat mendaki,mungkin juga jatuh setelah

tiba,kerana akar masih tidak cukup kuat untuk mencengkam tanah.Ingatlah awak,setiap tangga yang kita pegang itu rupa-rupanya penapisan-penapisan yang makin hebat.Memilih kader-kader yang tsabat.


Lihat sajalah Khadijah dan Rasulullah.Bagaiman a baginda dan isteri melalui bahtera tangga kedua.Ya benar!kita mungkin takkan selamanya mampu sehebat Khadijah,tetapi cita-cita untuk menjadi seperti beliau,adalah satu mindset yang semua akhawat perlu ada.Lihatlah Khadijah itu,bisa tabah saat dipulau oleh penduduk Mekah,disekat bekalan makanan dan keperluan.Bukan mudah awak,bukan mudah untuk menjadi penyuntik semangat suami, saat di depannya berdiri ribuan dan ratusan penentang,sedangkan kita berseorangan di belakang.Tatkala memandang ke depan,dia melihat barisan-barisan kukuh mahu menyerang,namun bila dipandang ke belakang,hanya berdiri sekujur tubuh kaki yang mempertahan. Mampu ke kita awak?Rasulullah melihat ribuan jiwa dalam satu jiwa Khadijah.Membuatkan baginda kuat dan terus maju menyebarkan risalah-risalah gemilang.Satu demi satu jiwa diislamkan,satu demi satu hati ditundukkan kepada Al-Kholiq.Bagaimana dengan kita awak?


Iya saya tidak membangkang, malah saya bersetuju.Batu- bata yang disusun akan mengukuhkan antara satu sama lain.Tepat sekali apa yang awak kata.Tapi jangan lupa tambah keluli,besi dan simen untuk mengukuhkan lagi susunan itu.Kerana batuan sahaja takkan mampu berta

han lama.Ia akan roboh dan berkecai.Dan awak,ingatlah bahawa bangunan tinggi memerlukan cerucuk dasar yang kukuh dan kuat untuk bertapak.Hukum fizik tetap hukum fizik.Hukum alam tetap hukum alam.Segah mana pun sesuatu binaan,gugur jua andai base nya tidak kuat.


Tahniah awak,tahniah kerana bercita-cita untuk memulakan pendakian menuju kegemilangan. Maha Suci Allah yang menganugerahkan rasa.Saya gembira melihat rakan-rakan seperjuangan dan awak sendiri mula mendaki tangga,mendahului saya yang masih di bawah.Saya lebih gembira andai akhirnya awak sampai ke puncak yang diimpikan semua,termasuk saya.Bukan saya menulis untuk merobek rasa mulia itu,cuma saya ingin tekankan tentang suatu pembinaan jiwa,iaitu jiwa tangga pertama itu sendiri.


Monday, November 9, 2009

stad utk afto??????


salam wrt sume....

tgh dlm proses menyiapkn projek microbes nih. ttbe sy terpike, ya ALLAH nape aku semangat2 nk wat projek nih? sebab nak dpt aftoke? takyah amik exam n cepat2 leyh relax? hurm....cepat2 perbaharui niat.

teringt juge berperang ngn hati sendiri setiap kali nk colloq microbes. nape aku nk semangat sgt stad nih? sebab nk dpt markah penuh so dat leyh dpt aftoke? atau btol2 stad cz nk dptkn redha ALLAH? hurm....pike2 n renungkn lek diri kita.

mmg kita tak nampak ape kesannyer sekarang bile kita stad kerana colloq atau exam. ataupon bersungguh2 kerana nk dpt afto. tp kita akan nmpak bile kita masuk clinical year nnti.

teringat kata2 ada setengah2 orang mcm nih ;

"nk colloq microbes nih weyh. kene buat betol2, nk colloq pharmaco takyah wat betol2 sgt pon takpe. yela, pharmaco takde aftopun"

betolkah niat kita belajar di situ? hurm....sy nk ajak sgt2 kpd sume kawan2 sy. esp dk2 3rd year skang. kita dh takde mase nk maen2. stad medic mmg kene byk usaha dan carik sendiri. n niat sgt2 memainkn peranan penting bile mane masuk clinical year nnti kita dh tak ingat ape2. hurm...sy pon sgt2 lemah n sgt2 teruk dlm bab menjaga dan memperbaharui niat ini. tp sy mngharapkn semua sahabat2 mari kita saling kuat menguatkn atr satu sama lain. dlm nk mencapai redha ALLAH n SYURGANYA...

hadith 1 ;

Hadis riwayat Umar bin Khathab ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya pekerjaan itu tergantung pada niatnya, dan bagi setiap orang apa yang telah ia niatkan. Barang siapa yang tujuan hijrahnya menuju Allah dan Rasul-Nya, maka (pahala) hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barang siapa yang tujuan hijrahnya adalah untuk mendapatkan dunia atau seorang wanita yang akan ia nikahi, maka hijrahnya itu kepada apa yang kehendaki
.